Setelah selesai Memasang dan menetapkan server PHP secara manual (Bahagian 1) kita teruskan dengan langkah-langkah pemasangan PHP.

Pemasangan PHP

  1. Ekstrak fail-fail dalam arkib php-5.2.10-Win32.zip ke satu folder. Dalam tutorial ini, fail-fail PHP saya tempatkan dalam folder c:\php
    Only local images are allowed.
  2. Copy dan paste fail php.ini-recommended dari folder php tadi ke folder Windows anda (c:\windows\ atau c:\winnt\) dan ubah nama fail tersebut kepada php.ini
    Only local images are allowed.
  3. Copy dan paste fail libmysql.dll dari folder php ke folder sistem Windows (c:\windows\system32\ atau c:\winnt\system32\).
  4. Buka fail php.ini dengan menggunakan mana-mana text editor (notepad, etc.). Cari extension_dir = "./" dan ubahkannya untuk merujuk kepada folder extension php anda. Dalam contoh ini, saya perlu mengubah baris tersebut kepada extension_dir = "c:\php\ext\"
    Only local images are allowed.
  5. Cari baris ;extension=php_mysql.dll dan buang semicolon (uncomment)di hadapannya supaya menjadi extension=php_mysql.dll untuk mengaktifkan extension MySQL.
    Only local images are allowed.
  6. Simpan perubahan yang dilakukan setelah selesai mengedit fail php.ini
Artikel: 
Penilaian: 
No votes yet

Komen

parasolx's picture
Admin

tutorial ni menarik betul.. im very impressed..

tutorial ini menerangkan step by step nk pasang server dengan php dan mysql secara berasingan...

great job johnburn

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

muridsifu's picture

Salam johnburn, kalau pemasangan PHP/MySQL untuk Linux/Unix base punya tutorial ada x?

johnburn's picture

kl nk nt saya buatkn
buat untuk windows ni sbb mostly kt sini pkai windows

parasolx's picture
Admin

sangat2 menyokong.. sebab ade yang berminat untuk memasang pada Linux/Unix.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

johnburn's picture

kt linux bleh pkai xampp (lampp) gak atau install satu2 cm yg dlm tutorial ni gak
kl pkai lampp tu, sgt mudah, just extract ke /opt dan runkn script untuk start. pe2 pn, mngkn nt aku tnjukkn la