Namun begitu, terlalu banyak panduan juga mungkin akan memeningkan sesetengah pihak. Jadi di sini saya sediakan 7 panduan yang padat dan sesuai untuk digunakan oleh semua jenis golongan, semua jenis laman dan tahap pembangun laman web.

Muat turun laman yang pantas

Seperti yang anda ketahui, sesuatu laman yang dimuat turun lebih pantas lebih mendapat perhatian para pengunjung, seperti pakcik Google. Setiap laman seharusnya boleh dimuat turun lebih pantas, carian yang padat, paparan informasi yang segera dan elakkan penggunaan apa-apa gadget yang menyebabkan laman anda lambat untuk dibuka.

Cuba bandingkan dengan Uncle Google, setiap carian maklumat dapat dipaparkan secara terus dan belum pernah lagi berlaku maklumat tidak dapat dipaparkan.

  • Jadi, pastikan setiap elemen dalam laman web anda seperti "flash", gambar dan "object" dioptimumkan sebaik mungkin dari segi extension, saiz fail, tahap kualiti dan resolusi.
  • Pastikan laman anda tidak mempunyai sebarang ralat dalam bahasa pengaturcaraan, menyebabkan laman lambat untuk dibuka.
  • Sebolehnya, gunakan teks berbanding gambar, tetapi pastikan ia padat dan senang difahami.

Laman pengenalan yang membazir

Adakah anda begitu menghargai seni multimedia? Kerana sesetengah pengguna yang begitu hendak menunjukkan kemahiran dalam multimedia menyediakan laman pendahuluan atau dikatakan "Intro Page".

  • Tetapi bagi saya, laman intro ini boleh tidak memberi makna kerana pengunjung terpaksa menunggu sekian lama sekadar untuk menikmati animasi itu sahaja.
  • Pada pandangan saya adalah lebih baik jika anda letakkan paparan animasi itu terus pada laman utama anda.
  • Melalui cara ini, anda menyediakan pilihan sekiranya pengunjung hendak menyaksikan animasi teruskan, atau bagi pengunjung yang tetap, mereka boleh terus dapatkan maklumat terbaru.

Sebelum itu, nasihat saya, jangan sesekali muatkan logo syarikat, pertubuhan atau kelab pada laman pendahuluan dan tertera perkataan "Enter Site" atau "Klik Untuk Masuk" kerana cara ini sememangnya langsung tidak professional dan keanak-anakan.

Tambahan lagi, ini membuang masa pengunjung, mereka mahukan laman anda, bukan logo laman anda.

Buang GIMIK yang mengganggu

Perkara pertama yang menjadi misi pembangun laman web adalah tidak mahu pengunjung lari dari laman anda.

  • Jadi pastikan anda tidak meletakkan sebarang GIMIK pada laman utama seperti "popup window", iklan sebesar-besar alam dan muzik latar yang kuat yang memaksa pengunjung memperlahankan pembesar suara.
  • Elakkan juga sebarang animasi atau paparan yang berterbangan, berkelip-kelip atau melompat-lompat sehingga mengganggu isi kandungan laman anda.
  • Multimedia dan animasi ini semestinya menjadikan laman anda menarik tetapi cuba jangan penuhkannya di laman utama.
  • Anda boleh gunakan kaedah lain seperti meletakkan pautan untuk pengunjung mendengar lagu-lagu latar atau sediakan pautan gambar-gambar kecil di satu sudut sebelum saiz sebenar dipaparkan.
  • Cara ini memberikan pilihan kepada pengunjung, jika berminat mereka akan klik, jika tidak mereka akan abaikan.
  • Sentiasa pantau iklan-iklan yang diletakkan pada laman anda. Cuba seminimum mungkin sediakan ruangan untuk iklan tersebut agar kandungan utama laman tidak diganggu oleh iklan-iklan ini.

Cuba anda bayangkan, satu laman yang penuh dengan ratusan iklan, sedangkan kandungan laman diabaikan, anda sudah alihkan pandangan pengunjung secara tidak langsung.

Secanggih mana pun langkaran laman itu, jika dikotori dengan iklan-iklan ini, amatlah tidak bermakna.

Kandungan tepat dan padat

Setiap artikel yang dikarang perlulah padat dan tepat isinya dengan menggunakan tajuk artikel yang jelas. Blog-blog kebiasaanya akan dilimpahi dengan teks-teks yang panjang.

  • Cuba optimumkan penulisan blog dengan menggunakan "list" dan pemerengganan sekiranya pelbagai perkara dibincangkan dalam tajuk tersebut.
  • Jika artikel terlalu panjang, cuba asingkan dengan melakukan sub-topik supaya pembaca boleh memilih kandungan tertentu sahaja untuk dibaca.
  • Gambar boleh memberikan seribu maksud dan penerangan, cuba maksimumkan penggunaanya dalam artikel.
  • Seandainya artikel tersebut sememangnya panjang dan tidak boleh diringkaskan, cuba letakkan pautan dan sedikit pendahuluan sebelum paparan penuh dipaparkan.

Jika pengunjung hendak membaca, dia boleh teruskan, jika tidak berminat, dia boleh abaikan.

Kordinasi reka bentuk berlainan

Teknik ini pada mulanya boleh dibanggakan, tetapi pengunjung mungkin akan terkejut kerana setiap kali laman bertukar, corak dan reka bentuk laman juga turut bertukar.

  • Kita mahukan pengunjung selesa dan menyesuaikan diri dengan reka bentuk laman kita. Posisi logo, penggunaan warna yang tetap dan proses pelayaran di laman yang sama memberikan kordinasi yang sesuai kepada pengunjung.
  • Tetapi ini tidak bermakna anda langsung tidak boleh menghiaskan laman berlainan dengan corak tersendiri tetapi jangan terlalu drastik sehingga seperti berada di laman web orang lain.
  • Kedudukan dan bentuk logo, menu utama dan paparan kandungan yang tetap dan sama dari satu laman ke satu laman tidak menyebabkan pengunjung hilang arah walaupun anda menukar sedikit penggunaan warna atau gambar.
  • Atau, biarkan pengunjung memilih untuk menggunakan tema laman bagaimana, tetapi cara ini menambahkan beban untuk menyediakan pilihan tema.

Mudah untuk dilayari

Setelah anda berjaya untuk menarik minat pengunjung ke laman, seharusnya kita pastikan bahawa pengguna senang untuk bergerak dari satu laman ke satu laman dan kembali ke laman yang dikehendaki.

  • Anda pastinya biasa melihat dan mendengar "breadcrumbs" dan antara lain tujuannya membolehkan pengunjung mengetahui lokasi mereka semasa melayari laman.
  • Selain itu, kedudukan menu utama juga amatlah penting. Kedudukan menu pilihan yang biasa digunakan adalah disebelah atas kiri atau atas sahaja.
  • Tujuan lain adalah supaya sekiranya paparan resolusi pengunjung adalah lebih kecil berbanding dengan resolusi anda, menu tersebut masih lagi kelihatan dan hanya kandungan laman sahaja yang tersembunyi.

Cuba letakkan juga pautan-pautan yang penting dibahagian bawah sekali laman kerana sifat manusia akan membaca dan melihat laman anda dari atas sampai ke bawah.

  • Pautan penting di bahagian bawah membolehkan pengunjung terus mencapai maklumat penting tanpa perlu untuk skrol kembali ke atas.
  • Elakkan dari penggunaan Menu-menu Misteri seperti "drop-down" atau "show-hide" kecuali anda memang mengetahui pengguna sukakannya.

Kerana, kalu saya sebagai pengunjung, saya tidak mahu membuang masa mencuba satu per satu menu untuk pastikan tiada lagi menu yang tersembunyi. Saya mahukan maklumat penting terus nampak di hadapan saya.

Pastikan laman anda siap

Akhir sekali, jangan SESEKALI lakukan seperti ini: "Under Construction", "Dalam proses pembangunan, sila datang semula"! Ini akan merendahkan intergriti laman anda.

Sekiranya kandungan tersebut belum lagi siap, jangan paparkan.

Tetapi jika anda mahukan laman anda seperti seolah-olah sentiasa dikemaskini, cuba gunakan sedikit harapan kepada pengunjung supaya sentiasa kembali ke laman anda seperti "Akan datang, Tutorial Dreamweaver".

Atau cuba paparkan sedikit artikel anda, biasanya ambik bahagian pendahuluannya dan letakkan dibahagian bawah, "Akan bersambung dalam minggu ini".

Akhir kata, ini merupakan 7 panduan penting yang boleh digunakan pada mana-mana laman, sesiapa sahaja dan tidak juga kurang kepada laman web yang sudah lama bertapak. Di harapkan panduan ini dapat dimanfaatkan oleh semua.

Artikel: 
Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 5 (2 votes)

Komen

Affendy's picture

:) saya budak baru belajar, kalau inda salah tolong betulkan terus

wizan's picture

Memang betul!! Masih ramai yang guna musik background, animasi lip lap lip lap macam laman anak sekolah. Jika laman peribadi kita tak terkejut.. ini laman syarikat! Saya kira, mereka masih baru atau baru dapat laman web pertama dan ketinggalan dalam segi rekabentuk dan sistem navagasi. Apa nak kata, sebagai designer, kita boleh bagi cadangan. Namun sedih jugak bila pelanggan berdegilll akhir kita mengalah. Saya pernah hadapi hal yang sama.. puas kita explain.. akhhirnya dia setuju selepas saya tunjukkan contoh laman "budak-budak" dan laman ala ala korporat luar negara yang memberi khidmat hampir sama dengan dia..

muiz's picture

tolong ajarin gimana buat web