Membuat Analisis Laman Web Anda

Anda boleh mengalisis laman web anda menggunakan laman web ini. Web Optimizer. Website ini memberikan anda info yang lengkap tentang saiz-saiz fail dan masa untuk laman web anda dipaparkan.

Sedikit Pengubahsuaian

Buangkan kod-kod yang tidak diperlukan. Gunakan CSS luaran supaya laman web akan lebih ringan apabila "cache" dihasilkan. CSS luaran juga boleh menjimatkan masa membangun laman web yang memerlukan "style" yang sama.

Pastikan CSS dan XHTML anda sah

Adalah penting bagi seorang pembangun laman web menggunakan kod CSS dan XHTML yang sah. Elakkan penggunaan Jadual HTML atau Table. Pastikan penyusunan "layer" anda mengikut turutan, ini akan memudahkan engine carian mengindeks laman web anda.

Kurangkan Saiz Gambar

Gambar yang besar akan membuatkan laman web mengambil masa yang lama untuk dipaparkan, guna format gambar yang lebih kecil seperti PNG. Jika anda menggunakan format JPG atau JPEG, pastikan "ratio campression" adalah 80%.

Kecilkan Kod CSS dan JS anda

Anda boleh kecilkan kod dan JS anda menggunakan beberapa perisian yang terdapat. Perisian ini akan bertindak sebagai "zip" untuk mengecilkan kod CSS dan JS anda.

Artikel: 
Penilaian: 
2
Your rating: None Average: 2 (1 vote)