1xx Info/Informasi
HTTP_INFO - Memproses permintaan dan pemprosesan berterusan.
100 Continue
Bermaksud pelayan menerima arahan atau permintaan yang dihantar dan ianya mengarah klien supaya meneruskan proses penghantaran maklumat yang diminta. Sekiranya maklumat yang dihantar adalah cukup besar, maka satu maklum balas akan dimaklumkan yang menyatakan pelayan tidak mampu untuk menguruskan permintaan tersebut
101 Switching protocols
Pengguna meminta supaya pihak pelayan menukar protokol sedia ada dan pihak pelayan melaksanakannya.
102 Processing
Permintaan sedang diproses.
2xx Berjaya/Selesai
HTTP_SUCCESS - Maklum balas status untuk proses yang berjaya, diterima dan direspon.
201 Created
Permintaan telah dipenuhi dan keputusannya dihantar dalam bentuk yang telah diproses.
202 Accepted
Permintaan diterima dan dijalankan, tetapi masih belum lengkap.
203 Non-authoritative information
Pelayan selesai memproses segala permintaan tetapi menghantar maklum balas yang mungkin datang dari sumber lain.
204 No content
Pelayan selesai memproses permintaan tetapi tiada sebarang maklum balas dihantar.
205 Reset content
Pelayan selesai memproses permintaan tetapi tiada sebarang maklum balas dihantar. Berbeza dengan 204, respons ini meminta pemohon mengulang kembali permintaan tersebut.
206 Partial content
Pelayan hanya menghantar maklum balas/maklumat tidak sepenuhnya kerana terlalu atau permintaan yang tidak lengkap.
207 Multi status
Maklum balas yang dihantar dalam bentuk XML dan mengandungi kod aturcara yang menyamai dengan kod respons HTTP.
3xx Pelencongan
HTTP_REDIRECT - Klien/pelayan perlu mengambil langkah tambahan untuk melengkapkan segala proses permintaan.
300 Multiple choices
Menunjukkan permintaan yang dihantar mempunyai banyak pilihan. Ianya mungkin mengandungi permintaan untuk jenis video, senarai fail-fail yang berlainan jenis atau penyambungan perkataan berlainan.
301 Moved permanently
Segala permintaan sepatutnya dibawa atau melencong ke alamat URL yang sebetulnya kerana ke semua kandungan atau maklumat yang minta telah dipindahkan.
302 Found
Kod respons dan gerak balas yang paling popular dan dikehendaki. Menunjukkan setiap permintaan diproses, maklumat ditemui dan maklum balas dihantar.
303 See other
Respons terhadap permintaan yang dihantar akan ditemui melalui URL yang lain dan perlu melalui kaedah GET.
304 Not modified
Menunjukkan sumber yang diminta tiada sebarang kemas kini sejak kali terakhir ianya diminta dan dihantar.
305 Use proxy
Maklumat dan permintaan hanya akan diproses sekiranya ianya dihantar melalui "proxy"
306 Switch proxy
Maklumat atau sumber tersebut tidak lagi digunakan.
307 Temporary redirect
Respons ini memberitahu bahawa URL yang diminta dilencongkan buat sementara waktu.
4xx Ralat klien
HTTP_CLIENT_ERROR - Permintaan yang dihantar yang mungkin mengandungi ralat atau tidak dapat ditunaikan oleh pihak pelayan.
400 Bad request
Permintaan yang dihantar mengandungi arahan yang tidak difahami dan tidak dapat dipenuhi.
401 Unauthorized
Permintaan yang dihantar perlu disertakan dengan kod pengesahan bagi setiap permohonan mendapatkan maklumat dari sumber.
403 Forbidden
Permintaan yang dihantar sah tetapi pihak pelayan enggan untuk melayan permintaan tersebut walaupun permintaan tersebut dihantar bersama kod pengesahan (401)
404 Not found
Permintaan untuk sumber tersebut tidak ditemui dan mungkin akan tersedia dalam beberapa ketika nanti.
405 Method not allowed
Permintaan untuk sumber menggunakan bentuk permintaan yang tidak disokong oleh penghantaran maklum balas.
408 Request timeout
Permintaan yang dilakukan ketika pihak pelayan sedang dalam keadaan rehat.
413 Request entity too large
Permintaan yang dilakukan melebihi tahap upaya pihak pelayan.
414 Request-URI too long
URL yang diminta atau dihantar melebihi tahap upaya pihak pelayan untuk memproses.
415 Unsupported media type
Permintaan untuk sumber tidak menyokong jenis media yang sesuai dan tidak disokong.
5xx Ralat Pelayan
HTTP_SERVER_ERROR - Pelayan mengalamai ralat yang menyebabkan permintaan tidak dapat ditunaikan sepenuhnya.
500 Internal server error
Ralat yang dipaparkan oleh pihak pelayan sekiranya masalah yang dihadapi tidak dapat dikenal pasti.
501 Not implemented
Pihak pelayan mengalami kesukaran untuk mengenalpasti bentuk permintaan atau permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi.
502 Bad gateway
Pihak pelayan bertindak sebagai "gateway" atau pintu pengawal yang mengawal setiap keluar masuk permintaan dan maklum balas yang dihantar.
503 Service unavailable
Pihak pelayan tidak dapat dicapai.
504 Gateway timeout
Pihak pelayan bertindak sebagai "gateway" dan tidak menerima sebarang permintaan dan maklum balas.
505 HTTP version not supported
Komen
Re: Status Gerak Balas Kod HTTP
thank for info para
[center]Bersekutu diantara sesama itu akan saling menguatkan. Jika kita melihat ada geng kita lemah, kita akan bantu untuk menguatkan mereka. Dan tatkala kita lemah, mungkin mereka juga akan menolong kita. Marilah kita membentuk satu kumpulan yang saling bantu-membantu dan menguatkan.[/center]
Admin
Re: Status Gerak Balas Kod HTTP
sama-sama. ilmu perlu dikongsikan dan aku pun baru tau setiap kod nih ade maksud dia tersendiri.
Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training