Ini adalah perkara yang penting sebelum anda membina laman web kerana resolusi skrin akan mempengaruhi dan memberi kesan yang besar terhadap laman web anda.

Jadi, beberapa tips ingin saya kongsikan dalam membina laman web yang menepati citarasa, profesional dan boleh dipaparkan walau berlainan jenis resolusi skrin.

1. Saiz laman tetap (Fixed Width)

Tetapkan keseluruhan laman anda pada saiz 800 x 600. Resolusi ini merupakan antara yang paling kecil biasa digunakan oleh pengguna. Anda boleh lajarkan isi kandungan sama ada ke kiri (left aligned), tengah (center) atau ke kiri (right aligned). Contoh: Yahoo.com, CNN.com dan KripkornStudios.com

Pro : Anda boleh menetapkan kedudukan semua elemen dengan tetap tanpa sebarang perubahan pada berlainan resolusi skrin.

Con : Pada skrin resolusi yang teramat besar, laman web anda akan kelihatan seperti banyak ruangan kosong.

Tips : Pada elemen <TABLE>, pastikan anda menetapkan nilai tetap pada tata tanda "width". Contoh:

<table border="1" width="300" ...

2. Saiz laman variasi (Variable Width)

Teknik ini menggunakan peratus dalam tetapan tata tanda elemen-elemen yang merangkumi kandungan laman web seperti <table>. Contoh: Microsoft.com; kandungannya akan mengikut saiz resolusi skrin. Sekiranya anda cuba kecilkan saiz tetingkap pelayar kandungannya akan mengecil dan sebaliknya.

Pro : Laman web akan memenuhkan keseluruhan pelayar pada sebarang resolusi skrin.

Con : Agak susah untuk menetapkan elemen-elemen dalam laman web (kedudukan teks dan gambar)

Tips : Dalam elemen <TABLE>, tata tanda "width" ditetapkan dengan nilai peratusan. Contoh:

<table width="100%"><tr><td width="50%"></td><td width="50%></td></tr></table>

3. Flash (Flash Website)

Anda menggunakan elemen flash bagi memaparkan keseluruhan laman web anda.

Pro : Kebolehan untuk membina laman web yang cantik, tidak mempunyai "scrollbar" dan memenuhi tetingkap laman web.

Con : Kandungan dalam flash tidak dapat disalin atau dipindahkan ke dalam apa jua perisian teks seperti Microsoft Word. Memerlukan masa yang lama untuk dibuka dan tidak akan di indeks oleh Google Bot.

4. Laman berbingkai (Frame Website)

Laman web dibina berasaskan pada tatatanda <FRAME> atau <IFRAME>.

Pro : Setiap bingkai pada laman web hanya dimuat turun sekali sahaja sehingga tiada input yang diberikan. Mempercepatkan proses pelayaran, kandungan yang penting dapat dipaparkan secara tetap (menu, header, logo) dan setiap bingkai hanya mempunyai kesan tersendiri tidak ke semua bingkai.

Con : Laman web anda berpontesi untuk di "black list" oleh enjin carian. Pengguna mungkin akan beranggapan anda mencuri hasil karya dari laman-laman web orang lain.

Rumusan

Berdasarkan kepada ciri-ciri yang telah diterangkan seperti di atas, dapat saya rumuskan agar sebolehnya anda mengelak daripada menggunakan teknik bingkai kerana potensi yang ditinggi untuk disenaraihitamkan oleh enjin carian.

Saya cadangkan agar anda menggunakan gabungan teknik saiz tetap dan variasi saiz dalam keseluruhan laman web anda. Dengan cara ini paparan elemen seperti teks, gambar dan lain-lain dapat diatur susun dengan lebih tepat dan memenuhi keseluruhan pelayar pengguna. Ia juga kelihatan lebih profesional dan elegan.

Artikel: 
Penilaian: 
2
Your rating: None Average: 2 (1 vote)