Dengan cara ini, anda dapat memahami dgn mendalam untuk mengintegrasikan koding yang kami berikan dengan laman web anda. Untuk lebih pemahaman, anda boleh merujuk carta alir di bawah ini.

Only local images are allowed.

Pertama, anda perlu memastikan koding yang akan digunakan dalam menghasilkan borang masuk dan keluar. Terdapat 2 pilihan iaitu PHP dan Javascript. Sekiranya keseluruhan laman web anda dibina dengan koding PHP, carta alir PHP perlu diikuti. Seandainya laman web tersebut dibina dengan koding HTML, pilihan Javascript adalah yang paling sesuai.

PHP perlu diintegrasikan bersama dgn SQL (pangkalan data) untuk menyimpan, menyemak dan merujuk semua data-data pengguna yang telah mendaftar. Sebarang input yang dimasukkan dalam borang akan dihantar oleh koding PHP ke SQL. SQL akan memastikan semua maklumat adalah sepadan dan tepat dengan maklumat yang disimpan dalam pangkalan data. Keputusan yang diproses oleh SQL kemudiannya akan dihantar kembali dan dipaparkan di laman web.

Sekiranya proses berjaya, pengguna akan masuk sebagai ahli berdaftar. Seandainya proses tidak berjaya, PHP akan memaparkan kembali borang masuk dan memaparkan ralat skali.

Berbalik kepada HTML dan Javascript, proses yang sama akan dilakukan tetapi cuma berbeza dari segi elemen-elemen yang digunakan dan tahap keupayaan koding. Javascript akan menggunakan "Cookies" sebagai pangkalan data. Kelemahannya, proses ini adalah tidak global dan maklumat tidak di simpan dalam pelayan (server). Hanya "cache" dalam komputer pengguna sahaja yang memainkan peranan.

Sekarang anda sudah memahami bagaimana proses borang masuk dan keluar ini berfungsi. Bermula dari sini, anda akan dapat mengetahui topik yang perlu anda pelajari dalam portal kami untuk anda membuat sendiri borang keluar dan masuk.

Artikel: 
Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)