Dalam membuat atau memutuskan sesuatu keputusan, kita sering terperangkap antara dua cara yang boleh dilakukan iaitu sama ada secara pilihan atau secara paksaan. Namun dalam artikel kali ini saya hanya melibatkan dalam urusan pembangunan laman web.

Adakah "Pilihan"?

Apabila melibatkan penyediaan "pilihan", kita sering tersepit dengan pilihan yang sepatutnya diberikan kepada klien atau pihak tertentu. Sekiranya pilihan yang diberikan tidak menepati kemahuan dan keperluan mereka, kita akan berikan pilihan yang baru.

Situasi 1

Masalah ini jika dilihat dari sudut pembangunan laman web, situasi sebegini selalu terjadi. Dari segi rekaan laman web, terdapat fungsi yang membolehkan pelawat/pengunjung memilih bentuk dan jenis tema laman seperti warna, saiz tulisan dan tema secara keseluruhan.

Dari sudut pengunjung, anda memberikan peluang kepada mereka untuk memilih sendiri keadaan dan bentuk reka laman mengikut citarasa sendiri. Namun dari sudut penyedia (anda), ianya menambahkan beban kerja anda untuk menyediakan lebih banyak pilihan.

Situasi 2

Pengunjung atau pengguna akan cuba memohon atau mencadangkan sesuatu perkara yang sudah disediakan dalam bentuk yang lain seperti tutorial bertulis ditambahkan dengan tutorial video. Untuk menyelesaikan masalah ini, pihak penyedia/pembangunmembuat dua tutorial yang sama tetapi dalam bentuk persembahan yang berlainan iaitu satu dalam bentuk teks dan satu lagi dalam bentuk video.

Hakikatnya penyedia melakukan dua kerja yang sama bagi untuk memberi pemahaman yang menyeluruh mengenai perkara yang sama.

Adakah "Paksaan"?

Apabila berbicara mengenai paksaan, sama ada satu pihak memaksa penerimaan yang disediakan atau sebelah pihak lagi terpaksa menerima apa yang disediakan. Kedua-duanya hanya mempunyai satu arah perkongsian.

Situasi 1

Templat atau reka bentuk satu-satu laman ditetapkan kepada saiz 1900 piksel kelebarannya yang sangat sesuai dipaparkan pada saiz monitor yang beresolusi besar. Kebanyakkan monitor pada masa sekarang menyokong saiz sehingga tahap ini.

Namun, bagi pengguna yang masih menggunakan resolusi monitor bersaiz kecil akan menyebabkan hampir separuh paparan laman terselindung. Dalam kes ini, penyedia memaksa pengguna untuk mendapatkan monitor beresolusi lebih besar dan pengguna terpaksa menggunakan bar tatal (scroll bar) bagi melihat paparan yang terselindung

Situasi 2

Laman anda menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama. Keadaan ini memaksa pengguna yang mahir dalam bahasa ini sahaja untuk terus melayari laman. Pengguna yang kurang mahir akan memaksa diri untuk cuba memahami isi kandungan atau meninggalkan terus laman.

Aspek mana yang lebih sesuai?

Dalam menentukan aspek yang terbaik, sama ada "pilihan" atau "paksaan", masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Sungguhpun anda mampu untuk menggabungkan pilihan dan paksaan dalam satu masa, kekeliruan dan tersepit di pertengahan jalan mungkin akan berlaku.

Antara langkah yang boleh digunakan untuk menggabungkan kedua-dua aspek ini:

Anda sediakan kotak undian yang dijalankan untuk tempoh tertentu bagi membolehkan pengguna membuat "pilihan" terhadap perkara-perkara yang akan disediakan. Keputusan yang tertinggi akan dipilih dan dijalankan. Kesimpulannya, anda menyediakan "pilihan" dan perkara yang menjadi majoriti dipilih. Pada masa yang sama, anda "memaksa" golongan minoriti untuk menerima keputusan majoriti.

Walaupun apa jua usaha yang anda lakukan adalah mustahil untuk kita memuaskan semua keinginan setiap pengunjung ke laman kita. Perkara yang penting dalam hal ini adalah kita perlu mengenali, mengetahui dan mengkaji setiap fokus laman, keperluan dan peranan ianya diwujudkan.

Laman yang berteraskan kepada pemaparan gambar-gambar lebih fokus kepada bentuk grafik dan ianya kurang sesuai dipaparkan dalam bentuk blog. Laman jenis forum pula kurang sesuai dibentuk sebagai laman portal.

Hakikatnya pemilik/pembangun perlu pegang kepada misi dan visi anda sendiri. Sebarang pendapat dan suara ramai diambil sebagai matlamat masa hadapan atau untuk lebih maju kehadapan. Jangan terlalu mementingkan keperluan pengguna, anda terpaksa membuang masa melakukan semua perkara.

Sekiranya pengguna betul-betul ingin mendapatkan maklumat dari laman anda, tidak mengira ianya disampaikan dalam bentuk "pilihan" atau "paksaan", mereka akan kekal di situ. Tetapi sekiranya hanya ingin membaca satu artikel atau kandungan, sehebat mana atau selengkap mana keperluan laman sekalipun, meraka tetap akan meninggalkan laman anda.

Artikel: 
Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 3 (2 votes)

Komen

blogger_boy's picture

uuwahh artikel yang hebat para.
tapi kalu nk di ikutkan kalu pekerja tuh mahir mmg xde masalah dalam perkara nie.
tapi kalu mcm bb nie..skill rendah jek..so sifat paksaan mmg akan wujud :)

------

[center]Bersekutu diantara sesama itu akan saling menguatkan. Jika kita melihat ada geng kita lemah, kita akan bantu untuk menguatkan mereka. Dan tatkala kita lemah, mungkin mereka juga akan menolong kita. Marilah kita membentuk satu kumpulan yang saling bantu-membantu dan menguatkan.[/center]

parasolx's picture
Admin

actually, pada pandangan para, tidak mengira skill webmaster tuh di tahap mana, tetapi kita kena perlu tahu kemampuan kita dan apa yang ingin kita persembahkan kepada pengunjung.
jika kita cuba penuhi semua kehendak pengguna tetapi kandungan laman web kita tersasar dari tujuan asal kita rasanya itu merugikan juga.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training