Contoh proposal cetakan perlu menyatakan dengan jelas proses-proses percetakan yang akan dilakukan. Dalam proposal untuk laman web, seharusnya menyatakan elemen-elemen berkaitan dengan pengehosan web, sistem yang akan digunakan untuk menguruskan kandungan, aplikasi yang dibangunkan dan jenis bahasa pengaturcaraan yang digunakan serta beberapa perkara teknikal yang difikirkan sesuai.

Garis panduan kandungan laman

Satu proposal laman web perlu menyatakan dengan jelas bahan-bahan yang akan terkandung pada laman web nanti.

Ini boleh diterangkan dengan satu piawai atau garis panduan mengenai kandungan sama ada secara teks atau visual berkaitan dengan seksyen, bahagian dan fungsi yang akan diterapkan ke dalamnya.

Garis panduan kandungan ini akan menjaga kedua-dua belah pihak iaitu bagi pihak pelanggan mereka mendapat apa yang dihajati dan disebelah anda sebagai pembangun tidak akan melalui proses pengubahsuaian atau penambahan diluar daripada perancangan.

Dengan panduan sebegini, membolehkan anda bekerja berdasarkan kepada persetujuan yang dimenterai melalui kontrak dan membolehkan ianya dijalankan dengan lebih lancar berdasarkan kepada jumlah kos pembinaan yang serta penambahan bayaran seandainya terdapat permintaan tambahan.

Jenis atau bentuk pembinaan laman

Adalah penting dan perlu dinyatakan bentuk pembinaan laman yang akan anda jalankan dalam proposal tersebut.

Sesetengah laman yang dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan HTML yang statik akan dibangunkan secara manual untuk setiap perkara. Ini termasuklah setiap halaman dan kemas kini kandungan.

  • Contoh laman yang lain, yang menggunakan HTML tetapi dibangunkan dengan sistem pengurusan kandungan (CMS), yang mana menggunakan pangkalan data bagi menyimpan maklumat-maklumat serta kandungan laman.
  • Penggunaan CMS contohnya Drupal, adalah percuma tetapi proses susun galur, modifikasi dan pengubahsuaian sistem secara khas (custom) merupakan perkhidmatan yang menjanjikan satu kelainan berbanding laman web yang lain.
  • Anda juga boleh bangunkan laman web berasaskan kepada Flash yang menawarkan persembahan kandungan menerusi interaktif multimedia namun menuntut tempoh masa yang lebih lama.

Walau apa pun bentuk dan jenis pembinaan laman, ianya harus dinyatakan pilihannya dan perlu dijelaskan dalam proposal agar mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

Pengehosan

Jangan tertinggal untuk menyatakan bentuk dan jenis pengehosan yang akan digunakan. Pihak pelanggan perlu mengetahui bahawa jenis pengehosan yang disediakan mampu untuk menampung sistem yang bakal dibangunkan dan digunakan oleh mereka.

Anda perlu menitik berat perkara seperti bilangan trafik yang datang serta ruangan storan penyimpanan maklumat yang cukup untuk satu tempoh jangka waktu tertentu.

Nyatakan bersama kos penyelenggaraan dan langganan yang akan dirangkumi oleh penghosan ini.

Penyelenggaraan

  • Setelah laman tersebut siap dibina dan dilancarkan sepenuhnya, ianya perlu diselenggara.
  • Penyelenggaraan mungkin merangkumi beberapa aspek penting seperti perkara-perkara yang melibatkan hal teknikal dan tingkat upaya pengehosan web sekiranya perlu selain kemas kini kandungan dan reka bentuk laman.
  • Ke semua ini perlu dinyatakan dengan jelas dalam proposal yang menyentuh perihal berkaitan tempoh, masa dan kos yang akan ditanggung.
  • Bagi yang menggunakan CMS, nyatakan bahagian yang perlu dijalankan sendiri oleh pelanggan dan bahagian yang akan diselenggara oleh anda.
  • Kos penyelenggaraan untuk CMS selalunya dikira berdasarkan kepada jumlah jam kerja yang anda laksanakan.
  • Ini bagi memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa laman mereka berada dalam keadaan dan situasi yang paling terkini.

Tempoh tamat

Kebanyakan pembangun gemar untuk melakukan kerja-kerja di saat-saat akhir. Sungguhpun mereka menyedari bahawa pembangunan laman web akan melalui beberapa kitaran, perubahan dan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

Pelanggan akan sentiasa melihat dan mengikuti peratusan perkembangan laman dari semasa ke semasa.

Dengan mengambil kira projek tertentu, anda perlu menyatakan tempoh tamat dan batu aras proses pembangunan.

Anggaran

Setelah anda menyatakan dengan lengkap dalam penulisan berkenaan perancangan pembangunan laman, tempoh masa yang akan diambil, pengehosan dan penyelenggaraan, anggaran kos pembangunan seterusnya perlu dinyatakan.

Hal ini mungkin boleh berbincang secara kasar dengan pihak pelanggan berkaitan dengan jumlah perbelanjaan yang sanggup dikeluarkan.

Dengan ini, anda boleh merancang pembangunan yang akan dilakukan berdasarkan kepada jumlah bayaran suapay tidak tersasar terlalu jauh dan bukan sekadar menghantar satu nilai yang tidak mungkin dapat ditampung oleh pihak pelanggan.

Persetujuan melalui kontrak

  • Setelah proposal dipersetujui oleh pihak pelanggan, tibalah masanya untuk proses tanda tangan kontrak.
  • Kontrak merupakan persetujuan antara kedua-dua belah pihak untuk projek yang bakal dijalankan dengan kos yang akan dibayar.
  • Kontrak perlu menyatakan jadual pembayaran serta perkara-perkara yang berkaitan dengan perundangan bagi pengesahan sekiranya berlaku perkara-perkara berbangkit.
Artikel: 
Penilaian: 
2
Your rating: None Average: 2 (1 vote)