Terdapat segelintir pembangun laman web masih menggunakan teknik dan gaya penulisan yang panjang memenuhi satu ruang laman sehingga sukar untuk dibaca. Perenggan tersangat penting dalam beberapa sebab, dan sekiranya anda mahu penulisan anda dibaca, anda perlu praktis menggunakannya.

Penulisan di laman web berbeza dengan cetakan di atas kertas atau buku. Pembaca akan menggunakan penunjuk seperti penanda buku atau pen bagi membantu dan mengawal proses pembacaan pada bahan cetakan.

Namun berbeza keadaan proses pembacaan pada skrin yang mana agak pelik melihat pembaca menggunakan jari semasa mereka membaca. Jadi, perenggan merupakan pembantu terbaik dalam hal ini.

 

Dari Segi Fizikal dan Mata Pembaca

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Keadaan ini boleh mengurangkan tekanan pada mata pembaca memandangkan skrin memancarkan cahaya yang boleh menyebabkan saluran dan otot mata menjadi lebih cepat penat berbanding membaca buku.

Pemerengganan juga menjadikan hasil penulisan lebih menarik dan tertarik untuk dibaca. Laman yang panjang dan penuh dengan tulisan menimbulkan rasa bosan pembaca untuk terus membaca.

Selain itu, pemerengganan mengasingkan idea dan isi kandungan supaya tidak bercampur. Ini membolehkan pembaca mencari bahagian yang diperlukan dengan lebih cepat -- tanpa perlu membaca keseluruhan laman.

Melalui cara ini, anda boleh mengembangkan satu isi atau idea dengan lebih berkesan tetapi membantu pembaca mencari kata kunci yang diperlukan.

 

Bagaimana Menentukan Tempat Untuk Pemerengganan

Soalan yang terbaik... Satu perenggan merupakan kumpulan ayat atau beberapa frasa yang mempunyai maksud, isi kandungan dan idea yang sama. Sekiranya anda ingin mengutarakan perkara atau hal yang berbeza, maka di situ perlu dilakukan pemerengganan.

Penulisan dalam internet perlu ringkas, pendek dan padat. Maka setiap satu perenggan seharusnya pendek. Cetakan lebih sesuai dengan perenggan yang panjang tetapi untuk laman sesawang, 3 - 5 baris untuk satu perenggan sudah memadai.

Pemerengganan dibuat seandainya anda ingin menekankan atau menghasilkan satu impak kepada suasana pembacaan. Sebagai contoh, anda ingin menekankan supaya meringkaskan perenggan yang panjang, ianya boleh dilakukan seperti ini:

Pastikan setiap perenggan adalah pendek dan ringkas.

Sekiranya ianya berkait dengan dialog, setiap ucapan atau teks percakapan untuk setiap orang perlu diperenggankan. Walaupun teks tersebut terlalu pendek, biarkan ianya sebagai satu baris.

Petikan atau "quotes" yang pendek boleh dimuatkan dalam satu perenggan yang sama. Andainya petikan tersebut terlalu panjang yang memerlukan antara 2 hingga 3 baris, maka asingkan pada perenggan yang lain.

 

Perenggan Adalah Kawan

Sewaktu menulis di laman sesawang, jadikan perenggan sebagai kawan dan sentiasa menggunakannya. Pengamalan sebegini menarik minat dan membuka ruang untuk pembaca membaca artikel anda.

Antara tips yang boleh digunakan untuk menaikkan "mood" dan stail setiap perenggan, sila ikuti artikel ini (akan datang).

Artikel: 
Tag #: 
Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 5 (1 vote)

Komen

zailir's picture

bercakap pasal peanggan ni, sya selalu ingat pesan cikgu BM masa sekolah menengah dahulu. katanya, kalau buat karangan hendaklah menggunakan perangan yg pendek shj - paling panjang ada 8 baris dlm satu peranggan.

nasihat cikgu itu saya ingat sampai sekarang. bagi saya 4 baris dlm satu perengan sudah cukup. kadang-kadang, 2 baris dan 1 baris pun lagi baik.

tulisan mestilah padat dan tepat - ayat yg berjela-jela akan membosankan pembaca dan pembaca sebenarnya kalau boleh mahu mendapatkan maklumat hanya dgn sekilas pandang shj.