Persoalan yang biasa ditanya "Macam mana saya mahu bermula?"

Ye betul... itulah persoalan yang biasa ditanya dan antara soalan lain seperti "Macam mana nak buat web?", "Tolong ajar saya!" dan macam-macam lagi. Tetapi ingat, terutama sekali bagi yang baru sahaja berminat, tiada sesuatu yang datang bergolek di depan mata dan tiada satu perkara yang senang dapat dipelajari dalam masa yang singkat.

Anda perlu tabahkan diri, cuba pelajari dengan sendiri terlebih dahulu dan sekiranya masih buntu, barulah bertanya kepada yang lebih mengetahui dengan mengemukakan persoalan yang lebih terperinci dan bukan secara umum.

  • Tapi bukan itu yang ingin saya bicarakan tetapi bagaimana cara untuk anda bermula dalam bidang ini.
  • Terlebih dahulu biarlah kita mengetahui serba sedikit sejarah pembangunan laman web.
  • Pada mula diperkenalkan internet dan laman web mula diwujudkan, pengaturcaraan bahasa yang asas iaitu HTML giat digunakan.
  • Kemudian mulalah wujudnya CSS, Javascript, Java, PHP, ASP dan macam-macam lagi.

Ketika ini, pembangunan laman web belum lagi mendapat tempat kerana tidak semua orang rajin untuk mempelajari bahasa pengaturcaraan lebih-lebih lagi HTML (walaupun asas), PHP dan Javascript. Kebanyakkan mereka lebih cenderung untuk mengupah webmaster. Ini baru pengaturcaraan, belum masuk lagi bahagian rekaan laman web, Photoshop, Fireworks, boleh dikatakan memang banyak untuk anda pelajari. Sudah pastinya tidak mampu dikuasa dalam masa terdekat.

  • Dalam mengatasi masalah ini, satu kumpulan "Open Source" telah diwujudkan bagi mengumpulkan ke semua webmaster-webmaster dari seluruh dunia untuk menghasilkan satu platform atau perisian siap sedia laman web.
  • Perisian ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi untuk membantu webmaster yang baru dalam menyelenggarakan laman masing-masing walaupun tidak pernah mempelajari kod-kod pengaturcaraan secara mendalam.
  • Perisian ini lebih dikenali sebagai "Content Management System (CMS)" atau Sistem Pengurusan Kandungan.

Content Management System (CMS)

CMS ini adalah satu sistem yang dibina dengan gabungan banyak tenaga pakar dalam bidang pengaturcaraan laman web menjadi seperti satu perisian yang mudah, senang dan berkuasa untuk diuruskan oleh pengguna baru.

Perisian ini adalah laman web yang sudah siap sedia dengan dilengkapi dengan sistem keselamatan, pengurusan dan bermacam-macam lagi.

Bulletin Board atau lebih mesra dikenali sebagai forum oleh sesetengah pihak.

Jadi adalah disarankan kepada pengguna yang baru menceburkan diri dalam bidang pembangunan laman web, sekiranya anda inginkan jalan pintas untuk memiliki laman web sendiri, gunakan CMS sebagai langkah pertama.

Terdapat pelbagai jenis CMS yang percuma dan berbayar boleh didapati. Tapi dalam konteks ini, saya lebih tekankan kepada CMS yang sudah lama bertapak dan paling kerap digunakan iaitu Drupal, Joomla, Wordpress dan beberapa "Bulletin Board".

Portal

Saya akan bicarakan hanya 2 CMS jenis portal yang popular iaitu Drupal dan Joomla. Kedua-dua CMS ini dikategorikan sebagai portal kerana keupayaan sistem yang terbina mampu untuk menguruskan pelbagai jenis dokumen, paparan maklumat dan corak penyampaian data-data sesuai untuk digunakan secara global oleh setiap pengunjung.

Kebiasaanya, sesuatu laman yang berlandaskan kepada portal ini LEBIH ke arah "output" atau sebelah pihak (pengguna). Bermakna, webmaster menyediakan maklumat kepada pengunjung.

Tetapi anda boleh lakukan lebih daripada itu dengan beberapa elemen seperti komen, muat naik fail dan lain-lain lagi. Tetapi ini perlulah kepada kemahiran dan pelajaran yang lebih lanjut.

Anda juga pasti tertanya-tanya, antara kedua CMS ini, mana yang lebih baik? Adalah tidak wajar sekiranya saya berat sebelah di sini tetapi saya berikan analogi yang senang untuk difahamkan oleh semua pengunjung.

Analoginya adalah, Drupal adalah Linux manakala Joomla adalah Windows.

Linux (Drupal) adalah satu perisian yang berasaskan kepada "framework" atau kerangka dan ia bukan sahaja satu sistem pengurusan.

  • Dengan kerangka ini anda boleh membina sistem anda sendiri lebih dari yang sedia ada.
  • Tetapi penggunaan Linux ini lebih cenderung kepada pengguna yang mahir dengan kod-kod asas pengaturcaraan kerana setiap sistem yang terbina adalah berdasarkan kepada kod-kod asas dan kurang mesra pengguna.
  • Seperti yang kita tahu, sistem sekuriti atau keselamatan Linux sememangnya menjangkau lebih jauh daripada sistem-sistem lain.
  • Sekiranya anda cenderung ke arah keselamatan laman web anda, sememangnya Drupal adalah pilihan tepat.

Manakala Windows (Joomla) merupakan perisian yang lebih mesra pengguna ditambah pula dengan tema-tema dan template yang menarik berjaya memancing ramai pengguna dan hampir ke semua komputer dilengkapi dengan sistem ini.

  • Anda tidak perlu mempelajari kod-kod asas untuk menggunakan Windows kerana semuanya telah tersedia.
  • Apa yang perlu, adalah pasangkan perisian (module, extension, plugin) dan terus gunakannya.
  • Namun begitu, sistem sekuriti atau keselamatannya adalah lebih lemah berbanding Linux tetapi tidak bermakna tidak selamat langsung.
  • Sekiranya anda lebih selesa dengan paparan laman web yang menarik, sistem pengurusan yang mesra pengguna, Joomla adalah lebih sesuai untuk anda.

Blog

Yea, kita dapat melihat pada hari ini, memang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan blog-blog terbaru di dunia internet. Anda boleh memilih sama ada untuk gunakan secara percuma seperti Blogspot atau diuruskan oleh anda sendiri dengan menggunakan Wordpress sekiranya telah melanggan pengehosan tersendiri.

  • Wordpress diklasifikasikan sebagai jenis Blog kerana sistem yang terbinanya lebih ringkas, ringan dan menyokong sistem input dan output berbanding Portal.
  • Lebih senang difahami yang mana webmaster (tuan tanah) menyediakan satu artikel dan pengunjung boleh memberikan sebarang pendapat atau komen terhadap artikel tersebut.

Oleh kerana sifatnya yang ringan, pantas dan ringkas, jenis CMS Blog ini mampu untuk mengurus pengguna yang ramai pada satu-satu masa tetapi bergantung juga kepada keupayaan pelayan web (server).

Selain itu, ciri-ciri ini juga lebih disukai oleh robot-robot seperti Google bot dan Yahoo bot dan kerap dikunjungi untuk mengindeks keseluruhan blog anda.

Bulletin Board

Lebih senang difahami oleh ramai orang iaitu FORUM. Sistem yang terbina dalam jenis ini adalah lebih ringkas, kadar capaian maklumat dari pangkalan data lebih pantas dan berkuasa untuk menguruskan lebih ramai pengguna pada satu-satu masa berbanding Portal dan Blog.

  • Ini kerana Bulletin Board dibina dengan berlandaskan kepada sistem input dan output yang lebih terbuka.
  • Jenis ini tidak semestinya menunggu webmaster untuk menyediakan artikel sebaliknya pengguna sendiri boleh menghantar sebarang artikel dan dibahaskan.
  • Kadar pemprosesan capaian maklumat (Query) dari pangkalan data adalah dalam lingkungan 10 hingga 20 saat sahaja membolehkan sistem memaparkan pelbagai jenis maklumat kepada pengguna tidak mengira saiz data itu adalah besar atau kecik dalam masa yang lebih singkat.

Paparan tema yang ringkas membantu supaya "loading page" lebih cepat supaya pengguna tidak merasa tertekan untuk menunggu sebarang jawapan daripada pengguna yang lain. Bulletin Board juga lebih ke arah satu sistem jaringan sosial antara pengguna-pengguna yang lain.

Rumusan

Jadi itu adalah serba sedikit pengenalan kepada beberapa jenis dan ciri CMS yang dapat saya huraikan. Mungkin kepada yang pernah mencubanya, setiap jenis CMS ini boleh lakukan lebih daripada sistem yang asal. Pada hakikatnya, setiap jenis CMS ini tidaklah terhad fungsinya seperti yang saya nyatakan di atas.

  • Anda mungkin boleh bangunkan blog dengan menggunakan jenis Portal tetapi langkah ini kurang bijak dipraktiskan kerana "Query" yang besar akan melambatkan laman web dan mungkin pembaca blog kurang berpuas hati dengan prestasi blog anda nanti.
  • Juga anda boleh jadikan Portal sebagai Bulletin Board, tetapi seperti tadi juga, kepantasan sesuatu laman web itu merupakan kunci utama kepada kepuasan pengguna dengan ditambah reka bentuk laman web yang menarik.

Hakikatnya terpulang kepada anda sendiri untuk memilih dan setiap pilihan ada kehebatannya tersendiri. Semuanya bergantung kepada kemahiran, kerajinan, usaha dan kekreatifan anda.

Tidak perlu untuk meniru laman web yang hebat-hebat tetapi dengan melahirkan identiti laman anda sendiri, ia adalah lebih bermakna bermakna berbanding "pirate" atau "copy cat".

Akhir kata, dalam proses pembangunan laman web ini, kesabaran merupakan kunci utama dan jangan terlalu mengharapkan sesuatu anda dapat kuasai dan peroleh dalam masa yang singkat.

Saya juga dulu belajar dari sistem DOS sehinggalah hari ini rasanya masih lagi belum habis belajar.

Jadi sama-samalah kita berusaha dan berkongsi dan yang penting, bantulah diri anda sebelum mendapat bantuan dari orang lain..

Artikel: 
Penilaian: 
4
Your rating: None Average: 3.3 (3 votes)

Komen

tetamu's picture

Buat laman web sama macam bidang lain juga. Kalau tiada minat, susah nak jumpa ketabahan. Bila tiada ketabahan, tiadala sabar.. tiada sabar, upah aje Webmaster.. :D

-kurma

zailir's picture

salam-saya baru menceburkan diri dlm pembinaan web site utk kegunaan sendiri dan masih byk yg perlu belajar. sya dapati kripkornstudios.com soalah-olah satu hadiah yg sangat berharga utk saya. t/kasih dan usaha anda adalah sangat dihargai.

parihe's picture

tips2 byk lam tenet tp ak ni xtau keywords nk search... haha

parihe's picture

Joomla senang & Drupal mencabar...

parasolx's picture
Admin

yea betul.. tp itu untuk versi yang dahulu.. untuk drupal 7 yang baru ni, lebih tekan kepada usability. diorg dah upgrade dari segi kepenggunaan. sama juga dengan wordpress 3, diorg upgrade untuk lebih mudah digunakan.

joomla 1.6 focus kepada access level dgn grouping content flexibilty. sekarang ni just pilih sistem yang sedang untuk kita guna. tp tak salah kalu untuk mencuba.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training