Adakah anda ingin membuat web sendiri? Tetapi anda mempunyai persoalan berikut:

  • Apa yang perlu saya tahu untuk membuat web?
  • Apa yang perlu saya guna untuk membuat web?
  • CMS? Drupal? Joomla. Apa itu?
  • Keselamatan Web saya macam mana?
  • Hosting yang mane sesuai?

Jika anda mempunyai persoalan diatas, disini saya cuba berikan anda jawapan yang terbaik untuk anda dengan ilmu saya yang tidak seberapa ini.

Apa yang perlu saya tahu?

Soalan ini sering dikemukan oleh ramai pengguna yang ingin membuat web. Dan kebiasaanya anda akan dijawab dengan:

  1. Pergi belajar HTML CSS PHP serta setaranya.
  2. Guna Joomla, Drupal CMS
  3. Google saje.
  4. Saya pun tengah belajar lagi, jom kita belajar bersama-sama.

Jika jawapan di atas mengelirukan anda dan menambahkan persoalan yang bermain difikiran anda seperti "Saya tahu kena belajar HTML ni, tetapi sampai mana harus saya belajar sehingga saya boleh membuat laman web ni".

Jadi, jangan salahkan orang lain jika jawapan diatas diberikan kerana semuanya betul. Tetapi yang paling penting, soalan anda itu tidak jelas dan luas. Bila kita sebut mengenai laman web, laman web ini mempunyai banyak cabang.Laman web boleh dipecahkan kepada beberapa cabang seperti:

  1. Blog
  2. Forum
  3. Laman web sendiri
  4. Laman web perniagaan
  5. Portal
  6. E-commerce
  7. Help Desk
  8. Gallery
  9. Wiki
  10. dan macam-macam lagi.

Oleh itu, sebelum anda meminta bantuan sila jelaskan tentang tepat, apakah jenis web yang ingin anda bangunkan. Contohnya, tolong saya membina laman web perniagaan.

Di sini saya cuba huraikan serba sedikit panduan untuk membuat jenis-jenis web di atas.

  • Blog - Biasanya untuk membuat blog anda tidak perlu mengetahui koding-koding yang kompleks, dan hanya perlu tahu serba sedikit dalam HTML dan CSS terutamanya dalam bahagian koding background, color, font size. Anda tidak perlu membuat koding sendiri untuk blog kerana terdapat banyak koding yang sudah siap untuk digunakan seperti Wordpress dan Drupal. Di samping itu, terdapat website yang menawarkan perkhidmatan blog online seperti blogspot.com.
  • Forum - Forum juga sama seperti blog, gunakan koding yang sudah siap seperti Vbulletin dan phpBB. Berkenaan dengan antaramuka forum pula, pengetahuan sedikit dalam CSS sudah cukup untuk membolehkan anda mereka bentuk forum anda.
  • Laman web peribadi - laman web peribadi biasanya kita mulakan dari kosong, untuk membina laman web ini penegtahuan dalam HTML dan CSS amatlah penting.
  • Laman web perniagaan - untuk membina laman web perniagaan, saya sarankan akan menggunakan Joomla untuk meningkatkan keselamatan website anda. Walau bagaimanapun, jika anda sudah mahir dalam PHP dan SQL, mulakan dari kosong adalah terbaik.
  • Portal - Membina portal tidak memerlukan pengetahuan yang tinggi kerana sudah terdapat koding yang sudah siap seperti Drupal, Joomla, XOOPS, serta PHP-Nuke. Walau bagai manapun, pengetahuan yang tinggi dalam bidang PHP akan dapat membantu anda membuat modul-modul anda sendiri.

Apa yang perlu saya guna?

Ini satu lagi masalah ramai pengguna yang baru ceburi bidang pembangunan laman web. Disini saya cuba senaraikan keperluan yang anda mesti ada untuk membina laman web.

  • Dreamweaver - perisian ini sangat mudah untuk digunakan terutama untuk orang-orang yang baru mula belajar membuat web. Tutorial dreamweaver banyak terdapat di internet. Saya dalam proses untuk membuat tutorial menggunakan dreamweaver.
  • PhotoShop - Perisian ini digunakan untuk membina gambar bagi laman web anda. Terdapat banyak lagi perisian seumpana ini seperti PaintShop Pro, tetapi saya sarankan anda menggunakan Photoshop. Sebagai permulaan, saya sarankan anda cuba mempelajari perkara yang berkaitan dengan layer.

Ini adalah asas perisin penting dalam pembangunan laman web. Di sini juga saya cuba senarikan beberapa lagi perisian yang pilihan bagi anda untuk anda gunakan dalam proses pembinaan laman web.

  1. Notepad - Saya lebih suka menggunakan notepad untuk kerja-kerja pengubahsuai koding yang ringkas. Pastikan akan mahir dalam HTML dan CSS untuk menggunakan notepad.
  2. Microsoft Studios 2008 - Perisian ini kebiasaanya digunakan untuk pembangun laman web dalam bahasa ASP. Perisian ini cukup berkuasa. Kemahiran yang agak tinggi diperlukan untuk menggunakan perisian ini.
  3. CSS Validator - Perisian ini boleh dimuat turun dari W3.org. Perisian ini digunakan untuk memastikan koding CSS anda adalah sah.

Statik vs Dinamik

  • Statik - laman web yang mempunyai beberapa laman dan isi kandungannya tidak berubah.
  • Dinamik - laman web yang memerlukan pangkalan data sebagai tempat simpanan maklumat.
  • Persoalan seterusnya.

HTML vs FLASH vs PHP

Saya sering terbaca persoalan tentang bahasa apa yang perlu saya gunakan untuk membuat web? HTML ke? Flash ke? Atau PHP.

Di sini saya ingin nyatakan, setiap laman web asasnya adalah HTML, walaupun website anda itu menggunakan FLASH, tetapi ia perlu dimasukkan di dalam HTML. Oleh itu pengetahuan dalam HTML adalah penting.

Pembinaan laman web menggunakan Flash dapat menarik minat pelayar, walau bagaimanapun, berhati-hati semasa membuat web menggunakan Flash kerana anda perlu mengambil kira keupayaan pelayar anda. Sesetengah pengguna tidak dilengkapi dengan pemain Flash, dan sesetengah pula mempunyai sambungan internet yang perlahan.

Untuk asas membina laman web, saya tidak sarankan anda menggunakan PHP, kerana untuk memahami PHP, anda perlu mahir dalam HTML terlebih dahulu. Mulakan dengan HTML dan bila anda rasa selesa dengan HTML, baru anda membuka langkah dalam bidang PHP.

Keselamatan Laman web

Terus terang saya ingin nyatakan kepada mereka yang baru berkecimpung dalam bidang laman web, tiada laman web yang sempurna dan tidak dapat digodam. Cuma perbezaanya adalah lambat atau cepat. Di sini saya ingin berkongsi pengetahuan yang saya ada dalam bidang pengodam laman web.

  • SQL Injection - teknik ini digunakan untuk mencapai pangkalan data anda dan membuat kerosakan pada data. Jika keadaan lebih teruk, pangkalan data anda mungkin dipadam.
  • Brute Force - teknik ini digunakan untuk memecahkan kata laluan anda.
  • Access Driver Tech - Salah satu teknik yang bagi saya, cukup berkuasa untuk mereka yang tidak mempunyai asas dalam bidang mengodam untuk mengodam laman web anda.

Namun anda tidak perlu bimbang jika anda menggunakan CMS, kerana sistem keselamatan bagi CMS ditulis dan diperiksa oleh golongan pakar. Apa yang anda perlu bimbang, jika anda membuat laman web anda bermula dari kosong. Pastikan anda mengetahui serba sedikit tentang SSL dan certificate. Ini dapat membantu anda menlindungi laman web anda.

Hosting

Anda tidak perlu bimbang mengenai hosting, kerana banyak syarikat peniagaan di Malaysia menawarkan khidmat hosting. Pilih yang bersesuaian dengan anda. Bagi peringkat permulaan, dapatkan hosting yang menawarkan package sekurang-kurangnya 1Gb untuk ruangan hardisk dan 10Gb untuk bandwidth.

Menjadi webmaster sebagai pekerjaan

Untuk menjadi seorang webmaster, anda perlu mengetahu banyak bahasa pengaturcaraan laman web, bagi saya sendiri perjalanan saya untuk menjadi seorang webmaster masih jauh. Saya ingin berkongsi sedikit info tentang perkara yang perlu anda tahu untuk menjadi seorang webmaster

  • Bahasa Pengaturcaraan Laman Web : HTML,PHP,XML,XHTML,DHTML,JavaScript, ASP dan juga ColdFusion.
  • Bahasa Pangkalan Data : MySQL, Post SQL, mSQL, SQL dan Access.
  • Server : Apache, IIS, Linux, Unix
  • Teknik SEO : Google, Yahoo,
  • Keselamatan : SSL, Certificate, exploit dan juga Real Time Coding Error.
  • E-Commerce : Paypal, E-Gold, Liberty,
  • Perangai : Mesra pelanggan, menepati masa projek dan juga mudah dibawa berbicara.

Sebagai penutup ingin saya jelaskan satu perkara yang penting dalam proses pembelajaran membina laman web, banyakan permbacaan, sabar dan janganla mengharapkan jawapan atau respon yang cepat daripada meraka yang mahir. Dan yang paling penting, jangan terlupa untuk menggunakan khidmat terbaik daripada UNCLE GOOGLE.

Artikel: 
Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 4.7 (6 votes)

Komen

parasolx's picture
Admin

Artikel ini merupakan yang paling hangat dan paling kerap dibaca. Tinggalkan komen anda di sini dalam semua segi, kritikan, idea tambahan atau apa-apa sahaja.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

mikecor79's picture

setakat nie i dah faham...minat tul aku..timakasi

anko1945's picture

trimas..aku baru sudah bca buku create web using cms..pas2 jln2 kat web ko nih..faham ar aku..ble nk realese tutor DW?

melkin's picture

InsyaAllah ... aku akan buat dalam Forum/Komuniti.

emp's picture

aku sgt setuju paragraph last skali tuh

ben's picture

tq atas penerangan ringkas tersebut.
sekurang2nye sy faham tentang apa tu web.. cantikk..!!
teruskan usaha murni anda

drupalnote's picture
Admin

gunakan microsoft word untuk bangunakan web ni saya sangat2 x sarankan kerana codingnya tidak menepati piawaian. elokla bangunakan dari asas gunakan notepad.

sabhi87's picture

assalamaulaikum  menarik dan amat teramat bgs..terus kan usaha saudara..

Ash_my's picture

kalau cam fungkur.org 2 kan,dier pkai joomla! kn? tp sy dh masuk lmn web joomla! 2 cma xtaw pas2 nak wat pe...tp nak wat gak web cam fungkur.org 2..huhuhuhu...any1 here can help me on diz *big probs??

*for a beginner like me..

parasolx's picture
Admin

kepada ash_my,

memandangkan anda seorg beginner, beberapa perkara perlu anda titik berat terlebih dahulu dan faham iaitu apa itu joomla, ape itu extension joomla, admin, cpanel dan mcm2 lagi basic things u need to learn before you can develop a website likely fungkur.org. saudara/i bleh mintak sesiapa tolong develop that kind of stuff tapi mcmne sekalipun tetap saudara/i kena tau mcmne nak handle all of those thing.

jadi pada saranan saya, cuba belajar dari asas dulu, jgn letak harapan terlalu tinggi. belajar asas mcmne nk install joomla, interface dia mcmne nak guna, nak post artikel, handle basic2 setting artikel. then selepas itu bile dah serasi dgn joomla, then baru fikir pasal template, how you want the site look like? bagi idea.. kalu xbleh design, bagi designer website yang buat.. but little cost kena kuar la sket kan sbb nk bleh capai kemahiran utk buat template memakan masa yang lama sedangkan you nk guna dlm masa terdekat kan..

then selepas itu, baru cuba guna2 joomla secara penuh.. semua tutorial untuk basic joomla mcm installation, admin, upload to real server ada di dalam portal ini.. rajin2 la membaca dan bertanya di bahagian KOMUNITI..

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Ash_my's picture

thank for da advice that you give to me...maybe it is quite helpful i think..

DarkAries's picture

Aku berminat sangat nak belajar pembangunan website... aku harap aku dapat bermula dari sini sehinggalah aku dapat membuat website sendiri. Sekiranya ada salah dan silap, leh la tegur aku. By the way, this so nice website...

parasolx's picture
Admin

xde masalah.. kami semua di sini sedia membantu kepada yang memerlukan.
explore dahulu semua kandungan yang ade.. kalu tak paham bleh antar komen terus pada artikel atau pegi ke bahagian forum.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

orenmerah's picture

aku nak tulis komen pun tak pandai... tapi ada cita2 murni gak nak belajar pasal it ni... mujurlah ade kripkorn ni.. err kripkorn tu ape makna dia la??
baguih dok ada la..

Ariif's picture

klau cms tuu..nak pilih yg mne satu drupal atau joomla? website guna drupal kan?

parasolx's picture
Admin

Mana2 CMS pun same. Dia akan provide function dan feature yg lebih kurang sama. Bergantung kepada jenis dan keperluan kita. Tp yg boleh sy katakan, bile dah selesa dengan drupal, hampir semua developer dh tak guna dah cms yg lain. Sebab drupal dia ade satu x-factor yang bile dh explore kita akan stick dengannya.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Ariif's picture

ohhh..ok terima kasih beri pandangan:)

sensasi2020's picture

Salam admin...jika kita serba sedikit ada asas dalam code HTML. adakah boleh diedit atau ditambah code yang berkaitan di template blogspot?

 

Sekian, terima kasih.

------

sensasi2020