Sejak berkurun dahulu, "meta tags" atau tag meta merupakan elemen pertama yang digunakan dalam teknik pengoptimuman agen carian. Dan ianya menjadi perhubungan terus antara tag meta ini dengan kandungan atau artikel yang anda tulis.

Tetapi, hari ini kita dapat melihat algoritma semakin maju dan kepentingan tag meta ini semakin hari semakin berkurangan terutama sekali untuk Google. Namun begitu, masih ade Agen Carian lain yang menggunakan elemen tradisional ini untuk memaparkan sedikit huraian dibawah senarai pautan carian. Jadi pengguna akan mendapat gambaran awal mengenai laman web yang bakal dikunjunginya dan seandainya kandungan tersebut relevan dengan kemahuannya, tidak mungkin laman anda akan dilawati. 

Meta penerangan

Dan juga masih ada agen carian yang menggunakan tag meta ini untuk mengira dan menilai prestasi dan populariti laman web anda. Meta penerangan atau "Meta description" merupakan elemen dan bahagian untuk anda menulis dan menerangkan secara ringkas laman tersebut. Ini dapat membantu Agen Carian dalam mentaksirkan kandungan laman.

Luangkan hanya beberapa minit sahaja untuk menulis penerangan dan sebolehnya jangan abaikan atau dibiarkan kosong sahaja. Sebagai contoh, untuk laman web yang menggunakan tema web portal antara penerangan yang boleh dilakukan:

<meta name="description" content="Perkara-perkara penting yang perlu anda ketahui dalam membina laman web portal">

Meta kata kunci

Meta kata kunci atau "meta keywords" pula elemen untuk mengoptimumkan kata kunci yang telah anda pilih sebelum ini. Kadang kala Agen Carian seperti pandang tak pandang kepada elemen ini tetapi ianya adalah lebih baik daripada tiada langsung. Anda boleh memasukkan beberapa kata kunci seerti (atau kata kunci yang mungkin tersalah taip oleh pengguna) di bahagian meta kata kunci.

Contoh di atas semula, antara kod tata cara yang boleh digunakan:

<meta name="keywords" content="web portal, tutorial web portal, online web portal, portal 2.0, portal komuniti">

Meta robot

Elemen meta robot perlu diberikan perhatian lebih. Dalam tag ini anda menerangkan atau menetapkan laman tertentu yang TIDAK akan diindeks atau dilayari oleh perisian agen carian. Kebiasaannya anda mahu menyimpan kandungan tersebut di dalam sistem tetapi tidak mahu ianya diindeks atau dipaparkan kepada tonton umum.

Jadi kita perlu menggunakan meta robot bagi mengawal dan menetapkan arahan kepada perisian tersebut. Kebiasaannya langkah ini lebih mudah dilakukan dengan menggunakan robot.txt yang diletakkan di pangkal direktori laman web.

Artikel: 
Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)