Apa itu "Bounce rate"

Servis percuma yang disediakan oleh pihak Google ini dapat membantu kita dalam mengkaji statistik kemajuan sesuatu laman.

Dalam kebanyakan servis statistik, mungkin anda pernah melihat satu pantauan iaitu "Bounce Rate" tetapi mungkin ada yang tidak pernah mengetahui apa yang dimaksudkan dengannya. Ianya merupakan peratusan pantauan pengunjung yang mengunjungi sesuatu laman dan meninggalkan laman tersebut tidak kurang dari 5 saat tanpa melayari laman-laman lain melalui sebarang pautan.

Sekiranya nilai peratusan tinggi, maka pengunjung tidak meluangkan masa yang lama dalam laman web sebaliknya terus meninggal atau beralih ke laman web yang lain. Menurut sumber Google, satu laman web yang mempunyai peratusan "Bounce Rate" bawah dari 50% adalah baik dan agak sukar untuk mencapai kurang dari 40%.

Elemen yang mempengaruhi kadar lantunan laman

Sekiranya anda mendapati kadar lantunan laman web terlalu tinggi, pertimbangkan faktor-faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah tersebut:

  • Reka bentuk (design) yang sangat teruk
  • Laman web tidak memenuhi kehendak pengunjung
  • Laman mengambil masa yang lama untuk dibuka
  • Tajuk berita/isi kandungan yang sungguh membosankan
  • Laman mempunyai kandungan yang tidak relevan (bersangkut paut/bercampur gaul)

Langkah-langkah untuk mengurangkan kadar lantunan

  1. Kandungan yang berkaitan: Cuba penuhi setiap keperluan pengunjung dengan kandungan yang bersangkut paut dengan misi laman. Elakkan dari memasukkan perkara yang tidak berkaitan seperti iklan melampau dan promosi sesuatu yang tidak relevan. Pengunjung akan terus meninggalkan laman anda sekiranya mereka tidak menemui apa yang diingini.
  2. Reka bentuk laman utama: Pilih atau reka laman utama dengan meletakkan perkara terpenting di bahagian paling atas atau yang mudah dilihat. Boleh dimasukkan elemen seperti warna dan mengetengahkan tajuk-tajuk hangat serta isu sesama yang difikirkan boleh menjadi satu tarikan.
  3. Jelas: Elakkan dari mencampur gaul semua perkara. Kurangkan penggunaan blok-blok maklumat bagi mengelakkan pengunjung keliru untuk mendapatkan maklumat yang diingini.
  4. Sediakan carian: Aplikasikan kemudahan carian untuk pengguna sebagai satu pilihan. Kebanyakan pengunjung akan cuba mencari menggunakan editor carian sekiranya perkara yang ingini tidak terdapat pada laman utama.
  5. Hasilkan tajuk berita menarik: Cuba gunakan tajuk berita atau artikel yang menarik, jelas, mudah difahami, ringkas dan memberikan gambaran awal kepada pengunjung. Anda juga boleh mengaktifkan berita ringkas sebelum pengguna meneruskan kunjungan untuk mendapatkan artikel penuh.
  6. Buang POPUP: Hampir kebanyakan laman menggunakan tetingkap popup bagi mempromosikan sesuatu perkara. Langkah ini lebih menyerabutkan dan menyusahkan pihak pungunjung.
  7. Kandungan yang bernas: Penghasilan artikel atau kandungan yang berkualiti, padat dan jumlah kesalahan penulisan menjadi faktor utama untuk pengunjung membaca.
Artikel: 
Penilaian: 
Your rating: None Average: 4 (2 votes)

Komen

blogger_boy's picture

mcm mana denagn Blog BB???
http://fpmstudios.com/blogger/
ok??

------

[center]Bersekutu diantara sesama itu akan saling menguatkan. Jika kita melihat ada geng kita lemah, kita akan bantu untuk menguatkan mereka. Dan tatkala kita lemah, mungkin mereka juga akan menolong kita. Marilah kita membentuk satu kumpulan yang saling bantu-membantu dan menguatkan.[/center]

parasolx's picture
Admin

kalu nak tahu mengenai bounce rate.. kena register dengan mana2 service percuma untuk statistic web.

yang paling bagus adalah Google Analytics.. bileh dah register, baru bleh dapat statistic secara keseluruhan.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

sensasi2020's picture

Amat bertepatan sekali info2 yg diberikan, mengambarkan suasana kerja yg jitu, lengkap dan mudah difahami. Kebanyakkan mereka akan lari bilamana artikel yg kita tulis tidak bertepatan dgn tajuk.

------

sensasi2020

parasolx's picture
Admin

Salam.. terima kasih atas pandangan tersebut. sesungguhnya pihak kami di KS sentiasa memastikan kualiti dan isi kandungan artikel adalah yang pertama berbanding bilangan artikel yang dikeluarkan.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training