Bagaimana membuatnya?

Anda pastinya tertanya-tanya bagaimana untuk membuat favicon ini. Senang sahaja. Pertama sekali apa yang anda perlu lakukan adalah hasilkan satu gambar yang bersaiz 16 x 16 pixels dengan menggunakan perisian grafik seperti PhotoShop atau Foreworks.

Kemudian simpan fail tersebut dalam format GIF atau BMP pada resolusi warna 256. Jangan gunakan resolusi lain kerana favicon tidak akan terhasil kerana piawaian ikon untuk web adalah 256.

Tukarkan ke format ICO

Sekarang kita perlu tukarkan gambar kita tadi dalam format ICO supaya dapat dibaca oleh semua pelayar web. Terdapat banyak perisian yang boleh lakukannya tapi saya cadangkan agar anda gunakan IconForge daripada CursorArts. Anda boleh carinya dalam Google...

Kemudian simpan/tukarkan fail gambar tadi sebagai favicon.ico.

Memasukkan favicon dalam laman web

Selepas anda selesai menghasilkkan fail ICO sebelum ini, sekarang masukkan koding ini di dalam <head> pada laman web anda.

<link rel="shortcut icon" href="https://www.drupalnote.my/direktori/favicon.ico">

Pastikan anda muat naik fail ICO tadi ke dalam pelayan web anda jika tidak ia tidak akan menjadi.

Selamat mencuba.

Artikel: 
Penilaian: 
No votes yet