Artikel kali ini akan menyentuh mengenai ciri-ciri dan langkah-langkah untuk menghasilkan kata laluan yang kuat, sukar diketahui dan paling selamat. Ikuti beberapa tips di bawah ini bagi membolehkan maklumat sulit anda sentiasa terjaga.

Kunci untuk kata laluan selamat: Kepanjangan dan kekompleksan

Kata laluan yang ideal seharusnya panjang dan mengandungi huruf, simbol, nombor dan tanda baca (punctuation).

  • Sebolehnya, gunakan sekurang-kurang 14 aksara atau lebih
  • Lebih besar kepelbagaian aksara dalam kata laluan lebih bagus
  • Gunakan hampir ke semua aksara pada papan kekunci berbanding yang selalu digunakan

Hasilkan kata laluan yang mudah diingat

Terdapat banyak cara dan tips untuk menghasilkan kata laluan yang panjang dan kompleks tetapi mudah untuk diingat dan dihafal. Di bawah ini tips yang boleh anda gunakan:

Tindakan Cadangan Contoh
Mula dengan satu atau dua ayat (lebih kurang 10 perkataan) Fikirkan sesuatu yang bermakna Kata laluan panjang dan kompleks adalah selamat. Ini adalah rahsia. (10 perkataan)
Tukarkan frasa ayat kepada bentuk aksara Ambil huruf pertama setiap perkataan klpdkasiar (10 aksara)
Tambahkan kekompleksan  Jadikan separuh setiap huruf adalah huruf besar kTPDkASIar (10 aksara)
Masukkan nombor untuk tambah kepanjangan Letakkan dua nombor yang bermakna ditengah-tengah ayat kTPDkAS85Iar (12 aksara)
Masukkan tanda baca untuk tambah kepanjangan Letakkan tanda dibaca diawal ayat ?kLPDkAS85Iar (13 aksara)
Masukkan simbol Letakkan simbol di akhir ayat ?kLPDkAS85Iar} (14 aksara)

Uji kekuatan kata laluan anda

Penguji kata laluan akan menilai kata laluan yang dibina dan setiap kekuatan diberikan tahap dan skor. Anda boleh mencuba Penguji Kata Laluan.

Lindungi kata laluan anda

Langkah terbaik dan paling selamat untuk mengingati kata laluan adalah mencatatnya. Tidak menjadi masalah untuk anda mencatat kata laluan tetapi pastikan ianya selamat.

Ikuti Lima (5) Langkah Untuk Menyimpan Kata Laluan.

Tabiat biasa yang perlu dielak dalam kata laluan

Penjenayah siber sekarang menggunakan pelbagai perisian bantuan yang boleh menyahkod kata laluan dalam masa yang singkat.

Elakkan dari menggunakan:

  • Perkataan dari sebarang jenis bahasa dalam Kamus. Perkataan ini adalah kunci kepada kelemahan kata laluan.
  • Perkataan yang dieja terbalik, selalu tersalah eja dan singkatan.
  • Aksara yang bersiri (sequence) atau berulang (repeat). Seperti: 12345678, 2223344, abcdefg
  • Maklumat peribadi. Tarikh lahir, nama ibu, nama ayah, I/C
Artikel: 
Penilaian: 
4
Your rating: None Average: 3.7 (3 votes)

Komen

Muhamad Nooh bin Lasa's picture

Assalamualaikum...Banyak tip-tip yang berguna,bernilai dan terkehadapan.Selamat maju dalam membina akhlak mulia.Jazakumullah hukhoiran...tq

parasolx's picture
Admin

Alhamdulillah.. semoga tuan mendapat kebaikan daripada kandungan yang dimuatkan.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training