Pautan sauhan (anchor link) sengat berguna dan bagi memudahkan proses pelayaran sekiranya laman tersebut mengandungi ribuan teks penulisan yang memaksa pengguna untuk menggelungsur dari atas sehingga ke bawah.

Pautan sauhan akan membawa pelayar terus ke barisan atau tempat yang sepatutnya pada laman yang sama. Namun begitu, oleh kerana keadaan yang melompat terus ke bahagian sauhan yang ditetapkan, pelayar kadang kala keliru sama ada dia berada pada laman yang sama atau dilaman yang lain. 

Jadi bagi mengurangkan kekeliruan ini dan juga menambahkan seri laman web yang biasa, kita akan menambah fungsi JQuery Scroll Sliding kepada pergerakkan ini.

Proses ini tidak akan berjaya sekiranya Javascript dimatikan pada pelayar (browser). Klik demo di bawah untuk melihat hasil yang akan dilakukan.

Only local images are allowed.

Langkah-langkah di bawah adalah proses untuk integrasi Javascript ini ke dalam laman web anda.

 

3 Langkah Untuk JQuery dan Pautan Sauhan

1. Muat turun fail yang mengandungi JQuery di bahagian lampiran di bawah. "Extract" dan pindahkan ke dalam direktori laman web anda. Seterusnya masukkan kod untuk menghubungkan fail javascript tersebut dibahagian <head>:

<script src="js/jquery.js" type="text/javascript"></script>
<script src="js/jquery.anchor.js" type="text/javascript">
</script>

2. Masukkan pautan yang akan diklik oleh pengguna: 

<a href=”#lokasi” class="anchorLink"> ... </a>

3. Akhir sekali, letakkan pautan sauhan pada lokasi yang akan dilompat apabila pautan di atas diklik:

<a name=”lokasi” id=”lokasi” >

Dan semuanya selesai. Kod aturcara ini adalah percuma dan anda boleh memuatturunnya untuk kegunaan laman web persendirian atau komersil.

Artikel: 
Penilaian: 
Your rating: None Average: 3 (1 vote)
File attachments: