Internet Protocol (IP) versi 4 atau lebih dikenali sebagai IPv4, telah digunakan sebagai standard atau piawai untuk menentukan alamat dalam internet di seluruh dunia pada hari ini. Tetapi, disebabkan beberapa isu dan faktor, ianya akan diganti dengan IPv6 yang lebih maju. Antara isu dan faktor yang hangat dibicarakan adalah kehabisan alamat protokol di dunia.

IPv4

Ia menggunakan 32 bits untuk menghasilkan satu-satu alamat atau secara formulanya 232 = 4,294,967,296 alamat. Satu angka yang teramat-amat besar tetapi disebabkan ledakan penggunaan internet yang begitu besar  pakar menganggarkan ke semua alamat ini akan habis digunakan sepenuhnya antara tahun 2010 dan 2011.

IPv6

Teknologi baru yang bakal menggantikan IPv4 adalah Internet Protokol versi 6 yang menggunakan 128 bits berbanding 32 bits dalam menghasilkan dan menentukan satu-satu alamat. Jadi jumlah alamat yang mampu dihasilkan oleh IPv6 adalah 2128 = 3.4 x 1038. Satu angka yang lebih besar dan boleh dikiaskan dengan jumlah keseluruhan bintang-bintang di angkasa dan kuasa duakan bilangan tersebut.

Isu mengenai kehabisan alamat internet ini telah memaksa komuniti seluruh dunia untuk mencipta satu alamat yang lebih kompleks. Kehadiran algoritma yang lebih kompleks dapat menjamin keselamatan dan kejituan satu-satu jaringan hubungan terutamanya dalam network. Sebelum ini, IPv4 yang digunakan dalam rangkaian mobil mempunyai kekurangan dan kelemahan yang mana peranti tersebut mampu untuk melompat dan memasuki mana-mana rangkaian yang dapat mampu dikesan. Kehadiran IPv6 menyelesaikan masalah ini kerana bilangan alamat yang banyak tidak memerlukan algoritma kompleks dilakukan.

Berikut adalah antara gambaran yang mungkin boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah peningkatan IPv4 kepada IPv6 sepenuhnya. Demografik di bawah adalah antara langkah yang boleh diambil oleh syarikat-syarikat penyedia untuk sama-sama memastikan kekurangan alamat internet dapat diselesaikan.

Perbezaan alamat IPv4 dan IPv6

Perbezaan yang ketara yang boleh dikesan dan dilihat adalah bentuk dan pembentuk alamat antara kedua-duanya. IPv4 menggunakan 1 bait nombor perpuluhan yang diasingkan dengan titik (.). Contohnya 202.123.25.210. Manakala IPv6 menggunakan sistem nombor perenambelas yang diasingkan dengan kolon (:). Contohnya 2001:odb8:ac10:fe10:0000:0000:1233:1209

Kelebihan yang ketara dalam IPv6 adalah kemampuannya untuk membawa muatan yang lebih besar berbanding jumlah tetap pada IPv4. Dengan erti kata lain, transformasi atau penukaran alamat dari IPv4 kepada IPv6 boleh dilakukan tanpa menjejaskan bentuk dan penghantaran data-data yang digunakan pada masa sekarang. Namun hasil disebabkan kurangnya kesedaran dan proses yang memerlukan kos peningkatan yang tinggi, hanya 1% daripada keseluruhan syarikat perkhidmatan menggunakan IPv6 manakala yang lain masih kekal dengan IPv4.

Isu dan permasalahan dengan IPv6

Masalah dan isu yang mungkin dihadapi adalah proses halaan atau "router" alamat internet sedia ada. IPv6 mempunyai pakej yang dua kali ganda lebih besar berbanding IPv4 yang kemungkinan akan mengurangkan tahap efisien penghala untuk mengendalikan permintaan alamat yang besar ini. Oleh itu, dalam IPv6 wujudnya kaedah untuk meringkaskan alamat tersebut.

  • Andaikan IP adalah
    2001:0db8:85a3:0000:0000:8a2e:0370:7334
    Dalam nombor perenambelasan ini, ianya tidak peka kes (case-insensitive)
  • Aturan pertama: nombor sifar (0) yang mengarah ke kiri boleh dimansuhkan.
    fe80:0:0:0:202:b3ff:fe1e:8329
  • Aturan kedua: jujukan angka sifar boleh dimansuhkan dan digantukan dengan kolon berganda (::).
    fe80::202:b3ff:fe1e:8329

Kesimpulan

  • Satu-satu alamat IPv6 menggunakan 128 bits manakala IPv4 hanya 32 bits
  • IPv6 menghasilkan lebih banyak alamat berbanding IPv4
  • IPv6 menjadikan proses penghalaan menjadi lebih mudah berbanding IPv4
  • IPv6 mengasingkan alamat kepada kumpulan kecil dengan kolon (:) manakala IPv4 menggunakan noktoh (.)
  • IPv6 mampu untuk membawa muatan yang lebih besar berbanding IPv4
Artikel: 
Penilaian: 
4
Your rating: None Average: 4 (1 vote)