Pembaharuan dalam HTML 5

HTML 5 dipertingkatkan dengan penambahan beberapa tag atribut yang sebelum ini belum dimasukkan. Sekilas pandang, HTML 5 kelihatan seolah-olah beralih ke bahasa pengaturcaraan perisian (seperti PHP) tetapi sebenarnya tidak benar. HTML 5 masih mengekalkan tradisi asalnya yang berlandaskan penyampaian data secara XML.

Tag-tag baru yang diperkenalkan kelihatan agak kompleks tetapi mungkin kerana ianya adalah perkara baru. HTML 5 tidak jauh bezanya dengan HTML 4 tetapi konsep baru ini lebih menekankan kepada keserasian penerimaan dan penyampaian data sahaja. Jadi anda tidak perlu risau untuk mempelajari dari awal.

 

Perubahan Dalam HTML 5 Memberi Kesan Kepada SEO

Sebagai ahli SEO yang berpengalaman, anda sudah tentu ingin mengetahui perubahan dan pembaharuan yang dimasukkan dalam HTML 5 boleh memberikan kesan yang lebih sempurna kepada SEO.

 

Memperkenal Segmenentasi Dokumen

Agen Carian hari ini semakin cerdik dan perlu diterima yang mereka sekarang sudah mengaplimentasikan pengindeksan dokumen laman secara berperingkat atau dari segmen ke segmen. Secara asasnya, segmen dokumen adalah satu dokumen dibahagikan kepada beberapa bahagian (seperti "ruangan utama", "menu", "pengiklanan", "header", "footer") dan setiap bahagian ini merupakan seksyen yang berlainan. Sebelum ini, tiada sebarang cara untuk memberitahu Agen Carian kewujudan segmen-segmen ini.

 

Terbaru: Tag <article>

Tag <article> yang baru dimuatkan merupakan fokus yang penting dalam SEO. Tag <article> ini membolehkan kita untuk menanda dan fokus kemasukkan atau kandungan yang berlainan seperti blog, majalah dan sebagainya. Sebarang kandungan atau kandungan yang dimasukkan dalam tag <article> ... </article> akan mempunyai pemberat yang lebih berbanding elemen yang lain.

 

Terbaru: Tag <section>

Tag ini bertanggungjawab untuk mengasingkan dan menentukan kawasan yang berbeza dalam satu-satu paparan laman. Kelebihan setiap seksyen ini akan mempunyai "heading" atau fokus tajuk yang tersendiri. Pengabungan antara tag <article> di dalam <section> membolehkan keutamaan diberikan kepada maklumat yang penting dan kandungan yang tidak berkaitan boleh diabaikan oleh Agen Carian.

 

Terbaru: Tag <header>

Jangan tersalah anggap, tag <header> bukan perangkum kepada elemen "header" seperti sebelum ini. Sifatnya yang fleksibel membolehkan sebarang tag lain dimuatkan di dalam <header> seperti <h1>, <h2> atau <h3> dan keseluruhan kandungan yang dirangkum akan mewakili sebagai pendahulu dokumen. Sebelum ini HTML 4 mesti mengikut kepentingan "heading".

 

Terbaru: Tag <footer>

Sama seperti <header>, gabungan penggunaan tag <footer> boleh digunakan berulang kali di dalam satu laman. Dan setiap seksyen, <section>, boleh dianggapkan sebagai satu helaian laman yang berlainan dimuatkan dalam satu laman yang lain.

 

Terbaru: Tag <nav>

Navigasi atau "navigation" merupakan elemen terpenting dalam SEO yang mana ianya membantu proses pelayaran keseluruhan laman. Kelebihan tag ini ianya boleh mengenal pasti koleksi pautan pada laman yang seterusnya.

Artikel: 
Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)