Melalui kaedah biasa yang sedia ada pada kebanyakan komputer, kita akan menggunakan kekunci "Print Screen" pada papan kekunci untuk menangkap skrin terlebih dahulu. Seterusnya dengan perisian grafik atau pemprosesan teks seperti Microsoft Paint, tangkapan tadi disalin.

Kemudian kita akan melakukan aktiviti seperti "cropping" iaitu memilih atau membuang bahagian-bahagian tertentu pada tangkapan tersebut. Jika perlu, teks dimasukkan, anak panah dan lain-lain tanda yang digunakan untuk merujuk dan memberitahu kepada pihak ketiga.

Kaedah tradisional ini tiada cacat celanya dan sesetengah golongan veteran selesa dengan cara tersebut. Tetapi kita masih mempunyai langkah dan kaedah yang lebih baik, mudah dan pantas dengan bantuan perisian ketiga. Kali ini, kita akan cuba mengenal pasti satu perisian sumber terbuka (Open Source) iaitu Greenshot.

Perisian percuma Greenshot

Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma di laman web rasmi, iaitu http://getgreenshot.org/.

Antara kelebihan utama adalah ianya sangat ringan dengan tambahan lain seperti:

  • keupayaan capaian pantas menangkap skrin paparan sama ada berdasarkan kepada "region", tetingkap atau paparan penuh satu-satu halaman web
  • sangat mudah memasukkan pesanan, rujukan, teks dan sorotan dengan lapisan tersendiri (tanpa dilekapkan terus kepada gambar)
  • berupaya untuk mengeksport ke pelbagai jenis format gambar atau emel.

Selepas dipasang pada komputer, perisian Greenshot akan diaktifkan hanya dengan menekan kekunci "Print Screen". Pada masa yang sama, skrin komputer dalam keadaan beku (freeze) untuk membenarkan gambar ditangkap termasuklah petunjuk tetikus.

Perisian ini juga dilengkapi dengan "image editor" tersendiri yang mudah digunakan yang dinaik taraf daripada perisian Microsoft Paint.

Paparan perisian

[title]-[filefield-fid]
Semasa pemasangan, perisian ini mampu untuk diintegrasi dengan lain-lain perisian sedia ada

[title]-[filefield-fid]
Akses capaian fungsi perisian boleh dibuat dengan klik pada ikon di bahagian taskbar

[title]-[filefield-fid]
Tangkapan diselaras dengan pandu arah menggunakan tetikus untuk kawasan tertentu

[title]-[filefield-fid]
Selepas tangkapan dibuat, pilihan akan muncul untuk tindakan yang akan dibuat seterusnya

[title]-[filefield-fid]
Fungsi editor yang cukup lengkap untuk pemprosesan gambar

[title]-[filefield-fid]
Fungsi-fungsi asas untuk membantu pengguna berinteraksi dengan pengguna yang lain.

Artikel: 
Penilaian: 
No votes yet

Komen

Nazril's picture

saya suka pada ayat ini diatas
"Kaedah tradisional ini tiada cacat celanya dan sesetengah golongan veteran selesa dengan cara tersebut. " hehehe,,
sbb saya mmg suka guna print screen cara tradisional pun, print screen pastu paste dalam paint. pastu edit2 crop2 kat situ jer dah. save as jpg atau png.

tp sebenarnya dgn perisian tambahan nie, akan lagi mudah keje sebenarnya. tak perlu buang masa bnyk sgt nak edit itu ini, main klik2 je.. yang penting perisian nie ringan.

parasolx's picture
Admin

Ya memang betul perisian ini banyak membantu dan begitu mudah. terutama ianya sangat ringan. banyak perisian lain yang saya pernah cuba tapi yang ini paling ringan untuk dipasang pada komputer.

paling menarik adalah ianya diintegrasi dengan perisian Microsoft Word. tangkap sahaja screen capture pada bahagian tertentu, kemudian menu akan keluar untuk kita "paste" terus ke dalam word. tak perlu untuk simpan fail terlebih dahulu kemudian baru drag atau paste pada Paint kemudian paste. sangat sesuai untuk kegunaan saya dalam penyediaan dan penulisan ebook.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training