Bagi yang baru dalam laman web ni, tentu dah tertanya-tanya, CMS ni ape? CMS adalah singkatan dari Content Management System atau Sistem Pengurusan Kandungan dalam bahasa Melayunya. Bagi yang ingin mengetahui apa ke menda CMS ni, sila baca blog saya ini seterusnya.

Namun pada ketika itu pembinaan laman web hanya bertumpu kepada penggunaan aturcara paling mudah iaitu HTML.

Pelbagai perisian yang membantu pembangunan laman web naik melonjak ketika itu dan yang paling saya ingat adalah Microsoft Frontpage yang begitu popular. Diikuti pula dengan Dreamweaver dari Micromedia. Namun, dunia internet berkembang terlalu laju, terlalu cepat.

Maka HTML sahaja tidak cukup untuk menarik minat, maka diperkenal lah CGI script. CGI dengan bantuan dari HTML membolehkan pengguna meninggalkan komen, hantar email, buku tetamu (kira input dari pengguna dapat dimasukkan terus ke dalam laman).

Manakala untuk sokongan paparan pula, kehadiran CSS menyemarakkan lagi tugas seorang pereka laman web dalam menghasilkan satu reka laman yang bombastic. Tapi tidak cukup lagi, muncul pula PHP script yang membolehkan laman web dibina seperti satu perisian disokong pula dengan kehadiran sistem pangkalan data seperti MySQL, SQL, SQLLite, Oracle, Postgrel dan macam-macam lagi. Belum bercerita lagi pasal ASP, JSP dan VB.NET. Semuanya merupakan perkara asas atau kita cakap bahan mentah untuk membuat laman web.

Dahulu, seorang pembangunan laman web terpaksa mempelajari dengan mendalam perkara-perkara asas ini sebelum dapat menghasilkan satu paparan laman tersebut. Tetapi oleh sebab permintaan laman web yang terlalu tinggi, kebanyakan orang ingin menghasilkannya sendiri. Namun, banyak perkara yang perlu dipelajari. Dari segi reka cipta tuh satu, dari segi nk siapkan rangka awal tuh satu hal lagi.

Sehubungan itu, maka beberapa pereka laman web professional dengan sepakatnya mencipta satu perisian laman web siap sedia atau lebih senang kita panggil CMS (Content Management System).

Content Management System (CMS)

Kalau saya terus bercakap dalam bahasa ini, anda mungkin akan lebih pening. Jadi biarkan saya beri sedikit analogi mudah untuk anda faham. Jadi analoginya adalah kita hendak membina sebuah almari (website).

Secara tradisionalnya, anda seorang tukang kayu (webmaster) akan cuba mencari sumber-sumber asas seperti kayu, paku, gergaji dan kayu ukur (HTML, PHP, SQL). Seterusnya mempunyai lakaran awal untuk almari tersebut (Story Board). Kemudian anda mula mengukur kayu, potong mengikut saiz dan cantumkan untuk dijadikan almari (bina rangka awal laman web).

Belum sempurna lagi, almari tersebut masih nampak kayu asalnya. Jadi anda mula mengecatnya dengan warna-warna berlainan supaya nampak lebih cantik (menghias laman web dengan gambar dan kombinasi warna yang sesuai).

Situasi ini memakan masa, kepakaran dan melecehkan. Jika anda seorang tukang kayu, memang tugasan ini seperti tugasan yang biasa anda lakukan. Tetapi kalu anda bukan seorang tukang kayu macam mane? Mungkin anda boleh upah tukang kayu lain untuk buat untuk anda (freelancers) atau berkeras untuk membuatnya sendiri tapi TAK PANDAI? Alternatif yang ada sekarang ialah

DAPATKAN ALMARI SIAP PASANG DI GIANT.

Mudah bukan. Hanya ke Giant, beli dan balik ke rumah pasang mengikut manual yang disediakan. Sekarang anda sudah ada almari tersebut siap dengan cat yang cantik lagi.

Jadi di sini, analogi almari siap pasang inilah yang kita namakan CMS dalam pembangunan laman web. Biar pun anda bukan seorang webmaster, tidak tahu menahu langsung mengenai aturcara asas, namun anda boleh membina laman web persendirian menggunakannya.

Berbalik kepada analogi tadi, almari tersebut mungkin satu patern atau sama dengan mana-mana almari yang dibeli oleh orang lain. Jadi di sini, sekiranya anda mempunyai sedikit kepakaran dalam menghias, mungkin anda boleh cat dengan warna lain menjadikannya lain dari yang lain. Samalah keadaannya dengan laman web ini.

Jenis-jenis CMS

CMS mempunyai pelbagai jenis dan setiap jenis mempunyai fokus dan bidangnya yang tersendiri. Sekiranya anda ingin membina laman web berasaskan jenis portal iaitu laman web yang memaparkan artikel, muat turun, penyenaraian, komen serta penyumbangan daripada pengguna; antara yang anda boleh guna adalah Drupal atau Joomla.

Sekiranya anda seorang kaki blog, yang paling bertanggungjawab dalam hal ini adalah Wordpress atau Blogspot kerana sistem pembinaannya lebih menjurus kepada satu hala iaitu webmaster sediakan artikel dan pengguna membaca dan memberikan komen. Tidak terlalu melibatkan jaringan sosial sesama pengguna.

Seandainya anda mahu mewujudkan satu laman web yang mahu menghimpunkan idea, perbahasan dan perbincangan, jenis yang lebih sesuai adalah dari kategori Bulletin Board atau forum.

Bulletin Board skopnya jauh tersimpang dari idea asal tetapi merupakan salah satu cabang CMS. Antara yang terlibat dengan Bulletin Board (forum) adalah phpBB atau SMF (Simple Machine Forum).

Mana Satu Yang Lebih Sesuai Untuk Saya?

Itu merupakan persoalan yang perlu anda tanya dahulu kepada diri anda. Ramai yang selalu meluahkan persoalan ini di mana-mana tempat di internet. Sebaliknya anda perlu tahu dahulu anda mahu membina laman web yang bagaimana. Apa kandungannya. Jika mahukan laman web perbahasan, forum lebih sesuai.

Pastikan anda meletakkan dahulu tujuan utama anda kemudian barulah pilih sistem mana yang bersesuaian. Hakikatnya mana-mana sistem adalah sama tetapi bergantung kepada anda untuk menggunakannya sepenuhnya. Tidak hairan sekiranya Wordpress yang fokus kepada blog boleh digunakan sebagai forum untuk perbahasan dan forum digunakan sebagai blogging. Semuanya bergantung kepada anda.

Anda perlu mempunyai idea terlebih dahulu, apa yang ingin dilakukan. Seterusnya bertanyakan kepada komuniti yang boleh menolong anda. Promote sikit Kripkorn Studios ini.

Rumusan

Sekiranya anda masih baru dan ingin menceburkan diri dalam dunia pembangunan laman web, saya cadangkan agar anda menggunakan Sistem Pengurusan Kandungan kerana ia adalah pakej lengkap. Sistem sekuriti yang bagus dan dicipta dan dibangunkan oleh seorang yang pakar.

Di Kripkorn Studios ini, kami menyediakan pembelajaran secara total penggunaan CMS ini iaitu Drupal. Manakal untuk forum pula kami sediakan tutorial untuk phpBB. Akhir kata, jangan takut untuk menggunakan Drupal dan phpBB kerana ia sangat mudah untuk digunakan.

Artikel: 
Penilaian: 
4
Your rating: None Average: 3.8 (4 votes)

Komen

blogger_boy's picture

saper2 x paham pasal cms tu leh rujuk kat sini....k

------

[center]Bersekutu diantara sesama itu akan saling menguatkan. Jika kita melihat ada geng kita lemah, kita akan bantu untuk menguatkan mereka. Dan tatkala kita lemah, mungkin mereka juga akan menolong kita. Marilah kita membentuk satu kumpulan yang saling bantu-membantu dan menguatkan.[/center]

sno0p's picture

satu penerangan yang amat menarik ....3 bintang untuk artikel ini...hehehehe