Kehadiran "SPAM" di laman web anda bukan sahaja merendahkan kredibiliti laman anda sebaliknya menunjukkan bahawa anda sebagai seorang pengurus laman web tidak peka dan kurang mengambil berat mengenainya.

Dalam artikel ini, saya senaraikan beberapa pilihan atau cara-cara untuk mengatasi masalah "SPAM" ini. Cara-cara yang dinyatakan mungkin ada dan mungkin tidak disediakan sekiranya anda menggunakan jenis pelantar perisian CMS yang berlainan. Tetapi anda boleh cuba untuk mencari modul-modul yang hampir sama dengan yang saya nyatakan kerana kebanyakan ciri yang ditulis adalah berkaitan rapat dengan Drupal.

Untuk laman web yang dibina dengan pengaturcaraan sendiri, anda boleh cuba aplikasikan langkah-langkah ini untuk kegunaan laman web anda.

Cara-cara untuk menghalang "SPAMMERS"

1. Wujudkan pendaftaran pengguna

Kebanyakan laman web pada masa sekarang dilengkapkan dengan proses pendaftaran pengguna sebelum paparan maklumat dibenarkan untuk dilihat. Mungkin anda terasa keadaan ini agak menyulitkan untuk pihak pelawat kerana mereka terpaksa melalui beberapa proses sebelum dapat melihat maklumat yang diinginkan. Dengan mewujudkan proses pendaftaran, kita dapat mengawal sepenuhnya kandungan untuk setiap maklumat yang bakal dihantar.

Selain itu, beberapa fungsi seperti komen, ubahsuai kandungan dan fungsi-fungsi lain adalah terbatas kepada pelawat biasa. Melalui cara ini, "spambot" atau mesin yang direka untuk menyebarkan maklumat tertentu seperti pengiklanan akan tersangkut dibahagian ini. Namun, kadang kala cara ini berjaya diatasi oleh "spambot" dengan melakukan pendaftaran secara manual dahulu dan seterusnya log masuk sebagai pengguna yang sah dan seterusnya menyerahkan proses penyebaran "SPAM" kepada "spambot".

2. Aplikasi CAPTCHA

Ini adalah antara yang paling popular dan paling berkesan. CAPTCHA merupakan elemen tambahan yang memaparkan huruf-huruf pengesahan yang perlu diisi dengan tepat sebelum setiap kandungan yang dihantar akan diproses. Keberkesanan CAPTCHA sehingga kini memang tidak dapat dinafikan. Antara yang paling kerap digunakan adalah penghasilan huruf-huruf pengesahan dalam bentuk gambar. Oleh kerana hanya manusia sahaja yang dapat membaca huruf-huruf dalam bentuk gambar dan tidak "spambot", teknik ini begitu berjaya mengendalikan dengan baik.

Namun, "spambot" kini sudah dilengkapi dengan sistem untuk menyahtafsirkan bentuk tulisan pada gambar dan sesetengahnya berjaya untuk menterjemahkan huruf tersebut. Selain itu, kadang kala, imej yang dihasilkan terlalu sukar untuk dibaca oleh mata manusia dan menimbulkan kebosanan kepada pengguna.

Yang paling saya cadangkan, adalah tukarkan CAPTCHA yang berbentuk gambar kepada cabaran persoalan matematik. Persoalan matematik biasanya sukar untuk diatasi oleh "spambot" kerana setiap persoalannya akan sentiasa ditukar dan proses penghitungan dengan tepat hanya boleh dilakukan oleh manusia dan tidak "spambot".

3. Halang penghantaran pautan

Dua langkah di atas memang menjadi dan khas untuk pengguna berdaftar. Untuk pelawat biasa yang mana laman web yang mewujudkan kebolehan untuk menghantar komen secara bebas tanpa perlu mendaftar boleh menggunakan teknik ini untuk menjaga kandungan laman web. Kebiasannya "spambot" akan cuba untuk menghantar komen dengan memasukkan pautan-pautan ke laman web tertentu.

Oleh itu, dengan mewujudkan satu tapisan sebelum kandungan tersebut dipaparkan, iaitu dengan menghalang sebarang penghantaran pautan dalam komen atau kandungan menyebabkan aktiviti "spambot" ini akan terhalang.

4. Penukaran penulisan emel

Sesetengah laman web memaparkan alamat email pengguna secara terbuka. Sebenarnya teknik ini tidak disarankan kerana perisian tertentu mampu untuk mendapatkan alamat email setelah diprogramkan dan akan menghantar email-email pengiklanan terhadap email tersebut. Ini akan menyusahkan pihak pengguna.

Oleh itu, wujudkan satu penukaran atau penulisan semula bentuk email daripada yang asal. Antara contohnya dengan penukaran "." kepada penulisan seperti "[dot]" yang mana sebagai contoh "cubaan@yahoo.com" akan menjadi "cubaan@yahoo[dot]com". Penulisan semula ini tidak mampu untuk dibaca oleh perisian dan beranggapan ia adalah teks biasa dan bukan alamat email.

Artikel: 
Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)

Komen

zailir's picture

bgamana utk mehgahasilkan captcha?

parasolx's picture
Admin

bergantung kepada sistem laman yang digunakan. tapi rata-rata semua sistem sememangnya mempunyai fungsi captcha sama ada terus dari pemasangan asas atau mungkin boleh cari modul tambahan untuknya.
cuba tinjau2 sket pada bahagian tetapan sistem, mungkin sudah dipasangkan, tapi belum diaktifkan.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Blog Z's picture

Macam mana dengan tick box dekat last komen..macam mana nak buat..Terima kasih pasal info niii

parasolx's picture
Admin

salam.. saya tak berapa pasti apa yang dimaksudkan? sama ada untuk follow up next komen atau sistem tick sebagai salah satu sistem captcha?

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training