Setiap bahasa aturcara mempunyai skop tersendiri dan setiap satu saling bergantung antara satu sama lain. Pembelajaran akan lebih mudah sekiranya anda memahami setiap tugas dan skop aturcara tersebut.

Antara bahasa aturcara yang kami sediakan dan perkaitannya dalam laman ini ialah dan disusun mengikut kepentingan:

  1. HTML/xHTML
  2. CSS
  3. JavaScript
  4. PHP/ASP
  5. SQL
  6. XML

 

Carta Alir Pemprosesan Setiap Bahasa Aturcara

Only local images are allowed.

Terdapat 2 ruangan iaitu ruangan pelayan (Server Side) dan ruangan pengguna (User Side) dan setiap kawasan merangkum bahasa aturcara tertentu.

Laman yang dibina menggunakan aturcara PHP, apabila ianya mula meninggalkan kawasan pelayan, ia akan diterjemahkan kepada HTML bagi tujuan keselamatan. Oleh itu pelawat tidak berupaya untuk melihat paparan kod aturcara asal PHP sebaliknya "View source" yang dilihat adalah HTML. Hanya tuan tanah sahaja yang boleh melihatnya. Begitu juga SQL.

Laman yang telah diterjemahkan kepada HTML, akan dipaparkan terus kepada pengguna. Penambahan elemen aturcara CSS dan JavaScript akan dimasukkan bagi menambah fungsi PAPARAN kepada laman sedia ada. Dengan erti kata lain, kita mengubahsuai dan menambah baik paparan laman.

Di bahagian pengguna, sekiranya terdapat arahan atau input dari pengguna, segala arahan input akan dihantar semula kepada pelayan (server) dengan 2 cara sama ada:

  1. XML
  2. JSON (JavaScript Object Notation)

Dua aturcara di atas merupakan aturcara pengantara antara ruangan pelayan dan pelayar. Kesilapan dalam aturcara PHP dan SQL akan membuka lubang (hole) kepada pengondam untuk mengakses masuk ke dalam sistem laman yang sepatutnya hanya dikuasa oleh pemilik sahaja.

 

Tahap Kepentingan Pembelajaran Bahasa Aturcara

Only local images are allowed.

  1. Fahami dan dalami HTML terlebih dahulu bagi membolehkan anda mengetahui struktur asas untuk pembinaan laman web.
  2. Pelajari CSS bagi memberikan "stail" dan "mood" kepada struktur asas laman tersebut.
  3. Aturcara PHP boleh dipelajari setelah anda memahami dengan jelas HTML dan CSS kerana PHP ianya sangat berkaitan dan penterjemahaan PHP kepada HTML apabila meninggalkan pelayan.
  4. Elemen Javascript boleh ditambah setelah anda mahir dengan PHP bagi meningkatkan fungsi dari satu hala (output) kepada dua hala (input & output)
  5. SQL diperlukan sekiranya anda ingin membina laman yang menyimpan data secara dinamik. Laman yang mempraktiskan dua hala seharusnya mempunyai bahasa aturcara ini
  6. Pelajari XML bagi memudahkan kita memahami aktiviti mesin menghantar maklumat kepada pelayan agar tahap sekuriti laman dapat dipertingkatkan.
  7. JSON merupakan elemen tertinggi bagi menghasilkan laman yang sepenuhnya Dinamik.
Artikel: 
Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 2.5 (2 votes)