"Framework" atau dalam istilah mudahnya, adalah kerangka atau bentuk. Tetapi ianya mempunyai makna yang tersendiri.

 

Pengenalan

Dalam konteks dan pada pandangan saya, "framework" boleh diterjemahkan sebagai:

  • memudahkan satu teknologi yang kompleks
  • merangkumi beberapa komponen, elemen dan dicantumkan menjadi sesuatu yang berguna
  • penyelerasan penulisan kod aturcara yang lebih bersih, konsisten dan tiada ralat
  • memboleh sesiapa sahaja menggunakan dan menghasilkan kod aturcara sendiri.

Penjelasan di atas terlalu besar dan global, jadi saya cuba terangkannya dalam bentuk yang lebih terperinci:

  • "wrapper" - di mana:
    • memudahkan paparan sesuatu teknologi
    • mengurang/menghapuskan tugasan berulang
    • meningkatan daya fleksibel sesuatu perisian
    • boleh digunakan berulang kali menerusi peniskalaan
  • "architectures" - di mana:
    • menguruskan elemen/komponen yang berselerak
    • mewakili set yang mempunyai reka bentuk tertentu
  • "methodologies" - di mana:
    • menghasilkan satu carta aliran kerja yang konsisten
    • menggabungkan dua atau lebih aturcara sendirian

Jadi, sebeleum kita menyebut dengan lebih mendalam mengenai framework, maka lebih baik kita kaji dan fahami apa yang dimaksudkan dengan ketiga-tiga perwakilan di atas tadi.

 

"Wrapper"

Only local images are allowed.

"Wrapper" dalam maksud senang faham bererti pembalut yang mana ianya merangkumi beberapa set fungsi (berkaitan atau tidak) untuk menghasilkan satu sistem atau mencapai matlamat berikut (kebiasaanya belum lengkap):

  1. Mempermudah kepenggunaan
  2. Paparan yang konsisten
  3. Memvariasikan kepenggunaan kod asas
  4. Menghimpunkan proses yang bertaburan ke dalam bentuk yang logik (objek)

Ianya amat mudah untuk difahami yang mana "wrapper" merupakan semuanya yang berkaitan tetapi tidak semua elemen terkandung di dalam satu "wrapper". Setiap elemen di dalam "wrapper" boleh diselitkan di dalam "wrapper" yang lain dan setiap logiknya boleh disusun dari satu arahan ke satu arahan bagi meningkatkan fungsi dan mencapai satu matlamat.

Ertinya, dengan menghasilkan satu "wrapper" yang mengandungi API, kita boleh pindahkan segala fungsi pada kod dasar untuk digunakan pada elemen atau fungsi yang lain bagi menghasilkan satu interaksi antara dua dasar yang berlainan.

 

"Architecture"

Only local images are allowed.

"Architecture" atau seni bina merupakan satu stail rekaan merangkumi elemen-elemen. Secara kasarnya, "framework" memerlukan satu reka bentuk atau kerangka. Seni bina ini berbeza daripada "wrapper" yang mana "architecture" merangkumi beberapa "wrapper" di dalamnya bagi membentuk satu alur atau langkah proses.

Di bahagian ini, sekiranya kita tidak memerlukan satu langkah proses atau elemen ianya boleh diabaikan tanpa membantutkan alur proses yang lain. Atau kita boleh membina satu alur proses yang lain dengan menggunakan elemen-elemen yang terkandung bagi menghasilkan satu fungsi yang baru.

Namun, kelemahan mungkin akan dipaparkan di mana alur proses mungkin akan tersekat, terbantut atau bertembung antara satu sama lain melainkan anda tahu setiap pergerakaan carta proses yang ingin diubahsuai.

 

"Methodology"

Only local images are allowed.

Berdasarkan kepada maksud perkataan tersebut:

  • Method - cara untuk melakukan sesuatu
  • -ology - dalam bahasa saintifiknya membawa maksud sesuatu yang dicipta, konsisten, berulang, dicuba dan disahkan.

Dalam terjemahan kamus, satu badan/aturcara yang mempraktiskan, mengarahkan dan menetapkan pergerakkan dalam satu pergerakkan yang ditetapkan. Berbanding dengan "architecture" yang mana ianya menyediakan perkaitan antara objek-objek atau elemen-elemen yang dimuatkan dalam "wrapper" tetapi "methodology" bertanggungjawab dalam menyediakan interaksi antara komponen-komponen.

Kebanyakkan "methodology" berkaitan dengan aktiviti komunikasi antara objek, menguruskan data-data secara jitu, respon kepada tindakan pengguna dan sebagainya. Segala aktiviti ini akan dihantar ke bahagian "architecture" untuk mencari "wrapper" yang berkaitan yang mengandungi elemen-elemen atau objek yang diperlukan.

Artikel: 
Penilaian: 
Your rating: None Average: 4.5 (2 votes)

Komen

sipipeh's picture

Dari segi pmbangunan web, adakah drupal dikategorikan sbgai framework atau hanya cms biasa?.. sebab bila sy buat carian di google, framework adalah spt cakephp, yii, doophp, dsbnya..

parasolx's picture
Admin

Drupal dibina dengan menggunakan teknologi "Framework" dan juga elemen2 sokongan seperti MVC dan API. Namun fokus utama Drupal adalah kepada pengurusan laman web atau singkatannya CMS. Untuk mengelaskan Drupal dalam kategori framework secara total mmg tidak boleh sebab Drupal lebih ke arah CMS. Oleh sebab itu Drupal dikelaskan sebagai CMS.

Berbalik kepada framework seperti cakephp, ianya tidak tertumpu kepada pembangunan laman web sahaja tetapi boleh digunakan untuk membangunkan satu perisian atau sistem lain. Tetapi Drupal yang dibangunkan menggunakan teknologi framework boleh menerbitkan satu sistem lain seperti pengurusan dokumen, perisian berlandaskan kepada laman web.

Jadi untuk mengatakan Drupal adalah satu framework pun boleh tetapi fokus utamanya lebih ke arah CMS. Tetapi Drupal boleh diterjemahkan kepada satu sistem lain selain dari laman web.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training