API atau Application-Programming Interface adalah satu set arahan pengaturcaraan dan standard untuk akses menerusi aplikasi web menggunakan perisian aplikasi web. Pihak pembangunan aplikasi tersebut akan memberikan atau mengeluarkan API untuk diguna pakai oleh umum agar satu interaksi dan perkongsian dapat dilakukan dengan mudah.

Sebagai contohnya, pihak Facebook mengeluarkan API untuk aplikasi butang "Like" supaya memudahkan pihak lain menggunakan fungsi tersebut seterusnya menyabungkan hubungan antara lamannya dengan Facebook. Melalui cara ini, sesiapa yang klik butang "Like" sama ada di Facebook atau laman pembangunan, data-data disinkrosi dan dikemas kini secara terus.

Kegunaan dan fungsi API

API dicipta dan dibangunkan untuk perhubungan antara aplikasi-dan-aplikasi. Ianya bukan digunakan antara aplikasi-dan-pengguna. Menerusi API, dua aplikasi yang berlainan boleh berhubung, berkongsi dan berinterkasi antara satu sama lain. Bermakna setiap aplikasi yang ingin dihubungkan dengan mana-mana apliaksi yang lain tidak memerlukan proses terjemahan atau pengubahsuaian kod aturcara semula. Dengan erti kata lain, API adalah pintu kepada laluan informasi yang ingin diperolehi dari sumber luaran.

API banyak digunakan dalam aplikasi berasaskan laman web berbanding perisian yang dipasang di operasi sistem komputer kerana maklumat yang dihasilkan menerusi internet setiap masa dikemas kini. Contohnya seperti Drupal, API yang disediakan oleh satu modul A boleh digunakan fungsinya oleh modul B tanpa perlu modul B menulis kembali kod aturcara yang sama. Sekiranya berlaku perubahan API dalam modul A, modul B hanya perlu kemas kini kod panggilan API yang digunakan sebelum ini sahaja tanpa perlu mengubah semula keseluruhan kodnya.

Bagaimana API ini berfungsi?

API berfungsi dan berinterkasi menerusi medium internet. Bermakna internet perlu disambungkan agar API ini dapat berfungsi. Penghantaran dan penerimaan data-data ini dipakejkan dalam satu format protokol maklumat yang dinamakan sebagai XML (Extended Markup Language). XML hanya mengandungi maklumat data sahaja berbanding format yang lain. Ini merupakan salah satu pemilihan protokol penghantaran dalam API.

Setiap penghantaran atau maklumat XML ini mengandungi maklumat-maklumat tertentu bergantung kepada jenis API yang dibina. Ianya menentukan tempat penghantaran, penerima dan maklumat yang akan diproses. Sebgai contoh, sekiranya penghantar maklumat adalah dari laman Drupal ke Facebook, kata kunci atau "key identification" perlu dimuatkan dalam setiap penghantaran dan penerimaan data dalam XML. Ini bagi membolehkan proses yang dilakukan adalah tepat.

Selain daripada bahasa aturcara XML, beberapa protokol sokongan digunakan juga bagi membolehkan perkhidmatan ini dijalankan iaitu:

  • SOAP (Simple Object Access Protocol): SOAP bertanggung jawab untuk mengkodkan maklumat ke bentuk XML supaya dapat difahami dan dibaca oleh perisian aplikasi jaringan yang lain.
  • UDDI (Universal Description, Discovery and Integration): berfungsi seperti "Yellow Pages" yang mengumpul dan menyimpan maklumat-maklumat API melalui sistem direktori XML agar semua perkhidmatan dapat berhubung dan berkomunikasi

Kelebihan API

Ada beberapa keuntungan yang boleh dimanfaatkan penggunaan API terutama untuk golongan pembangun, perniagaan dan pembekal perisian itu sendiri:

  • Pemaju boleh mempercepatkan proses pembangunan aplikasi dengan mudah melalui proses mengintegrasikan alat kawalan dan sistem
  • Syarikat tidak perlu membayar untuk beberapa aplikasi perisian yang berbeza dan peranti keras untuk membuat aplikasi semuanya berfungsi.
  • Dengan mengintegrasikan fungsi persidangan ke aplikasi yang ada, syarikat tidak harus melatih kakitangan IT dan pekerja tentang bagaimana mengurus dan menggunakan perisian baru.
  • Syarikat yang melepaskan API membolehkan pelanggan mereka mengakses perkhidmatan perhubungan dalam kaedah baru, cara yang lebih cekap, meningkatkan pengenalan jenama dan kesetiaan pelanggan.
Artikel: 
Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 3 (2 votes)