Ajax membolehkan sebarang maklumat atau data dipanggil dan dihantar kembali ke pelayan dibahagian belakang (background) tanpa perlu melakukan pertukaran alamat laman web yang dipaparkan.

Only local images are allowed.

Segala pemprosesan yang melibatkan penghantaran, pneterjemahan maklumat, penyimpanan dan pemaparan kembali dilakukan secara langsung dan serentak tanpa perlu melibatkan perubahan alamat yang sedia ada. Semua maklumat ini dijalankan dengan menggunakan objek XMLHttpRequest (XMLHttpRequest atau XHR merupakan satu kelas gabungan skrip bahasa yang membolehkan maklumat dihantar ke pelayan dan diterima kembali data ke dalam kelas skrip tersebut).

Laluan pemprosesan Ajax digambarkan seperti dibawah dan juga perbezaan antara laman web yang tidak menggunakan Ajax. Gambar rajah yang pertama menerangkan proses laman web tanpa Ajax dan keduanya dengan Ajax.

Only local images are allowed.

Ini adalah gambaran perjalan bagi satu laman web tanpa Ajax. Maklumat atau data yang dihantar akan diproses terlebih dahulu dan sama ada perlu disimpan di pangkalan data atau dihantar kembali terus ke laman web yang berlainan. Manakala dengan Ajax, laluan proses maklumat adalah seperti ini:

Only local images are allowed.

Dengan Ajax, segala proses yang berlaku seperti di atas tadi akan dilakukan oleh Ajax dan segala maklumat yang diproses akan dihantar kembali ke laman web yang sama.

 

Analogi Pemprosesan dan Perbandingan Web Klasik-vs-AJAX

Only local images are allowed.

Artikel: 
Penilaian: 
Your rating: None Average: 4 (1 vote)