https://onedrive.live.com/about/en-gb/ (dahulunya dikenali sebagai SkyDrive)



SkyDrive (kini dikenali sebagai OneDrive) atau dahulunya dikenali sebagai Microsoft Live Folder merupakan antara perkhidmatan perkongsian fail menerusi sistem storan simpanan atas talian (cloud storage). Telah dilancarkan pada tahun 2007 dan diguna pakai oleh beberapa pengguna terpilih sahaja.



Mengapa perlu guna SkyDrive? Memang satu persoalan yang sangat popular. Kita perlu merujuk kepada keperluan dan kepentingan dalam kerja-kerja seharian. Seandainya 90% kerja kita bergantung kepada produk Microsoft Office, SkyDrive merupakan pilihan terbaik. Jika tidak boleh beralih kepada perkhidmatan Dropbox yang lebih fleksibel.



SkyDrive menerapkan elemen produk Microsoft Office ke dalam sistem pengurusannya. Bermakna setiap dokumen atau fail yang dicipta menerusi produk ini boleh dipaparkan, disunting dan disimpan terus menerusi perisian pelayar seperti Firefox atau Internet Explorer walaupun komputer tersebut tidak dilengkapi dengan produk ini.



Selain itu, satu kelemahan yang ada pada Microsoft Office adalah pengurusan revisi (revision). Microsoft mewujudkan satu fungsi pemantauan perubahan dokumen (Microsoft Word 2007: Pantau perubahan dokumen) yang bagi sesetengah pengguna tidak terlalu konvesional. Dengan SkyDrive, setiap perubahan dokumen di simpan dalam jadual semakan sejarah (revision history table) yang lebih memantau setiap perubahan, siapa dan bila ianya dilakukan.



Only local images are allowed.
Jadual semakan fail Dipaparkan bersama dengan "screesnhot" setiap revisi yang disimpan. Memudahkan pengguna untuk mengakses dan membandingkan perubahan yang telah dibuat sebelumnya.



Kelebihan ditawarkan oleh SkyDrive



  • Kapasiti storan simpanan adalah sebesar 7GB (melebihi Dropbox). Kelebihan pengguna yang mempunyai akaun lama, kita akan ditawarkan untuk meningkatkan kapasiti storan sehingga 25GB secara percuma!
    Only local images are allowed.
    Only local images are allowed.

  • Office Web Applications: Microsoft telah mengimplementasikan perisian Microsoft Office pada suntingan ke-4 SkyDrive membenarkan pengguna mencipta, menyunting, menghapus dan berkongsi sebarang fail Microsoft Office terus daripada pelayar web.

  • Integrasi dengan perisian Microsoft Office: bagi pengguna yang memiliki perisian Microsoft Office, kita boleh memuat turun fail daripada SkyDrive, melakukan aktiviti pemprosesan teks di desktop dan memuat naik fail yang diubah terus ke dalam pelayan. Proses sinkronasi, simpanan dan revisi semuanya dijalankan secara automatis dibelakang program Microsoft Office. Hebat betul!

  • Sokongan PDF dan Open Document: selain fail Microsoft Office, SkyDrive juga berupaya untuk membaca dan memaparkan dokumen berformat PDF dan Open Document (Open Office) serta lain-lain format yang menggunakan asas XML seperto Word Perfect.

  • Integrasi dengan Hotmail: SkyDrive digabungkan bersama dengan perkhidmatan emel daripada Microsoft iaitu Hotmail. Kita dibenarkan untuk memuat naik fail ke dalam SkyDrive dan berkongsi dengan rakan-rakan menerusi Hotmail.
    Only local images are allowed.

    Capaian fail-fail lain seperti gambar dan video boleh dimuatkan terus ke dalam emel menerusi SkyDrive. Paparan emel akan lebih jelas dengan bantuan elemen media tanpa membebankan saiz sebenar emel tersebut. Fail yang dilampirkan boleh dibuka terus dalam Hotmail tanpa sebarang masalah.

  • Berkongsi pada jaringan sosial: bagi pengguna yang mempunyai akaun Facebook atau Twitter, perkongsian boleh dilakukan terhadap laman-laman sosial ini dengan mudah. Berikan kebenaran untuk aplikasi laman tersebut mengakses akaun SkyDrive dan mula berkongsi.

  • Integrasi dengan Bing: enjin carian Microsoft, Bing juga telah diintegrasi bersama-sama dengan SkyDrive. Carian fail-fail dengan status umum akan disenaraikan oleh Bing.

  • Slaid foto: foto dan gambar yang dimuat naik ke dalam SkyDrive akan dipaparkan menerusi paparan slaid secara automatis.

  • Muat turun sebagai .zip: Satu kelebihan ada pada SkyDrive adalah ianya boleh dimuat turun dalam format .zip (mampatan) sama ada berbilang fail atau folder.


Aplikasi klien SkyDrive



Microsoft sehingga kini telah melepaskan aplikasi klien untuk pelantar berikut:



  • iOS

  • Windows Phone

  • Windows 8


Di mana aplikasi ini mempunyai akses secara terus ke dalam akaun simpanan SkyDrive. Pengguna boleh menjelajah dan melihat semua fail yang disimpan secara terus.



Selain itu, terdapat aplikasi desktop yang boleh dimuat turun dan dipasang pada komputer. Aplikasi ini menyediakan satu folder yang akan sinkronasikan senarai fail secara automatis dengan akaun SkyDrive. Bermakna, kita hanya perlu heret-dan-lepas untuk memuat naik fail.



Only local images are allowed.



Kekurangan SkyDrive



  • Storan simpanan yang ditawarkan adalah 25GB tetapi kuota yang dibenarkan untuk sinkronasi dilakukan adalah sebanyak 5GB.

  • Kuota 25GB adalah dikhaskan kepada penyimpanan dokumen Microsoft Office sahaja. Bagi fail-fail berformat lain, kuota dibenarkan hanya 5GB.

  • Lebihan kapasiti digunakan untuk simpanan foto dan lampiran Hotmail.

  • Saiz maksimum fail yang dibenarkan untuk dimuat naik adalah 100MB.

  • Proses sambungan antara SkyDrive dengan Microsoft Office agak perlahan dan lembab berbanding menggunakan perisian klien desktop yang lebih efisien dan mudah.
Artikel: 
Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)