Dalam artikel sebelum ini, konsep "Simplicity" dalam pembinaan laman web menerangkan beberapa laman web yang menggunakan konsep ini sebagai penghias keseluruhan laman. Kepentingan dan kelebihan menggunakan konsep ini diterangkan dengan lanjut dalam artikel tersebut. Tetapi kali ini kita ingin berbicara mengenai sejauh manakah konsep "Simplicity" ini diimplementasikan.

Dalam peredaran dan zaman berteknologi tinggi sekarang, kita dapat lihat begitu banyak perkakas-perkakas yang baru diperkenalkan. Dan untuk era 21-an ini kita digemburkan dengan kehebatan "touch screen device" seperti tablet, telefon bimbit dan laptop. Sambutan yang begitu tinggi dan populariti yang begitu cepat meningkat menyebabkan konsep ini semakin digunakan.

Sekiranya anda mempunyai peralatan tersebut sama ada iPad, Galaxy tab atau apa jua bentuk pastinya anda pernah melayari internet menerusi perisian pelayar (browser) yang didatangkan bersama dengan perisian operasi mereka. Perbezaan yang ketara melihat satu laman web pada skrin komputer biasa dan peralatan ini adalah saiz.

Sungguhpun gajet-gajet ini dilengkapi dengan fungsi "zooming" untuk memudahkan melihat elemen-elemen yang kecil seperti pautan, butang pautan dan lain-lain perkara pada laman web, ianya tidak dapat memberikan satu pengalaman melayari internet dengan lebih sempurna. Ini kerana setiap kali pengguna ingin melawat ke laman seterusnya, mereka terpaksa melakukan aktiviti "zoom" ke kawasan pautan tersebut. Dan sekiranya ianya diteruskan pada laman-laman yang lain, perasaan bosan dan meninggalkan laman tersebut pasti akan terjadi.

Berdasarkan kepada masalah-masalah yang timbul, para pereka laman web sekarang lebih gemar untuk memilih dan cenderung ke arah "simple" sahaja. Di samping memudahkan rekaan itu dibina, ianya memberi impak yang besar kepada corak pelayaran pengguna. Konsep ini bukan sahaja membuang, mengurangkan dan menghilangkan elemen-elemen yang tidak sepatutnya ditunjukan malahan kandungan serta capaian lebih mudah dilakukan.

Google memilih untuk menjadi moden dan "simple"

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Kita jadikan Google sebagai rujukan utama dalam kes ini. Pembaharuan yang dilakukan oleh Google sejak akhir-akhir ini sebenarnya bukan sahaja menarik minat pengguna kekal bersama mereka, tetapi mempunyai tujuan yang lebih besar. Perhatikan rekaan terbaru Google, mereka telah mengemas kini beberapa bahagian dengan:

  • menghasilkan butang yang lebih besar -- memudahkan pengguna 'touch screen' untuk menyentuhnya
  • ruangan/jarak yang lebih besar untuk setiap emel yang disenaraikan -- supaya pautan berfungsi tidak bertindah dan mudah dipilih
  • susunan kandungan yang jelas dan menekankan kepada senarai/emel itu sendiri -- meletakkan kandungan sebagai karaktor utama

Daripada contoh ini, boleh kita simpulkan konsep "simplicity" ini bukan menghasilkan satu laman web yang ringkas dan bersih sahaja sebaliknya mempunyai tujuan dan impak mengapa ianya direka sebegitu rupa. Jika kita imbas sebelum ini, setiap kali laman diakses melalui telefon bimbit atau telefon pintar, satu kod pengenalan akan dijalankan bagi menentukan sama ada ianya dipaparkan pada pelantar jenis apa.

Kod tersebut seterusnya akan mengarahkan sistem membuka dan memaparkan templat, kandungan dan lain-lain perkara yang berkaitan pada versi paparan mobil. Saya pernah membicarakan tentang tatacara atau konsep asas membina templat untuk kegunaan paparan mobil/tablet. Sebagai tuntutannya, anda sebagai "web designer" terpaksa bekerja dua kali bagi memenuhi keperluan pelanggan untuk membolehkan laman dipaparkan di desktop dan mobil.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Simplicity kini telah dipraktiskan bagi membenarkan laman web dipaparkan pada versi mobil tanpa memerlukan penukaran atau templat khas. Seperti Google, anda boleh menggunakan perkhidmatan emel menerusi browser gajet tanpa perlu memuat turun aplikasi khas. Dan paparan yang sama dilihat pada dekstop ditunjukkan dibahagian mobil. Tidak ketinggalan juga Google Plus yang menggunakan konsep yang sama.

Artikel: 
Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 5 (1 vote)