Dalam pembangunan laman web, kita boleh bahagikan kepada dua unsur atau keutamaan iaitu pembangunan sistem web dan juga pembangunan reka bentuk web.

Pembangunan sistem web melibatkan proses tunjang belakang sistem, kemas kini sistem dan kelancaran sistem untuk berfungsi. Manakala pembangunan reka bentuk web merangkumi proses pemaparan data-data yang dihasilkan oleh sistem, persembahan dan daya penarik kepada laman tersebut.

Pembangunan sistem web

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolxDalam konteks ini, kita lebih ke arah untuk menghasilkan satu sistem yang betul-betul selamat, stabil dan cekap untuk digunakan. Sekali pandang dan baca, jangan kecilkan skop ini mengenai anda membina sendiri sistem tersebut. Penggunaan CMS atau pakej web pasang siap ditakrifkan di bawah tajuk ini.

Penggunaan CMS atau web pasang siap bukan sahaja melibatkan proses pengurusan laman sebaliknya ianya perlu sentiasa dikemas kini dengan versi yang terkini. Anda perlu memastikan ianya menepati piawai keselamatan yang terkini bagi mengelak sebarang masalah pecah masuk.

Pengurusan kandungan perlu diuruskan dengan lebih sempurna. Pastikan anda menyediakan satu carta alir atau memandu pengguna baru menggunakan laman anda. Ini kerana tidak semua pengguna internet mempunyai tahap kemahiran yang sama. Anda perlu bertindak bermula dari bawah.

Apabila satu-satu sistem mencapai satu tahap stabil atau dikatakan matang, elakkan dari merombak atau melakukan perubahan yang drastik kepada sistem sedia ada. Ini akan mencetuskan kekeliruan kepada semua pengguna. Penambahbaikkan boleh dilakukan tetapi elakkan dari pencaturan semula keseluruhan sistem.

Pembangunan reka bentuk web

Tugas seorang pelukis adalah melahirkan maksud pemikiran, idea dan perkongsian sesuatu maklumat dalam bentuk penyampaian secara grafikal. Bagi seorang artistik, idea dan maklumat yang disampaikan sukar untuk difahami oleh orang yang logistik.

Pembangunan reka bentuk laman berbeza dari lukisan. Reka bentuk laman memastikan maklumat yang ingin dipersembahkan disalurkan dengan berkesan, tidak perlu mencari-cari dan segalanya jelas pada waktu pertama kali ianya dilihat.

Dalam erti kata sebenar, anda perlu menghasilkan satu reka bentuk laman yang sedap mata memandang, difahami, jelas dan sesuai dilayari untuk pertama kali ianya dilihat. Kemahiran ini akan membantu laman tersebut mencapai tahap kematangan yang lebih cepat.

Sebagai peranan ini, ilmu pengaturcaraan seperti HTML, CSS dan Javascript adalah asas kepadanya. Perisian seperti Photoshop dan lain-lain yang seangkatannya perlu dikuasai.

Sistem dan reka bentuk? Yang mana penting?

Kedua-duanya penting. Anda tidak boleh menolak salah satu tetapi perlu bijak dan berfikiran matang dalam memilihnya. Ya, memang sukar untuk mengimbangi kedua-dua peranan ini. Anda mungkin bagus sebagai pembangun sistem tetapi anda kurang sempurna dalam mempersembahkan sistem tersebut dalam bentuk paparan.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolxAnda juga mungkin seorang pelukis yang hebat, berupaya untuk hasilkan satu lakaran yang jelas dan mudah difahami. Reka bentuk laman yang profesional menggunakan segala teknik pengaturcaraan tetapi susun galur pengurusan laman mudah dicerobohi langsung tidak membanggakan.

Jadi, sebagai saranan anda perlu membina sistem terlebih dahulu. Bukan mengabaikan bentuk dan rekaan laman tetapi dapatkan dahulu "resepi" dan "perencah" yang sesuai. Apabila ianya melalui proses kematangan, anda mula bertindak untuk melampirkan bentuk persembahan.

JANGAN terlalu gopoh atau mengejar kepada REKA BENTUK laman. Walaupun pandangan pertama itu penting, tetapi pengurusan yang berterusan berfungsi dengan baik adalah lebih penting daripada penampilan.

Anda boleh menjadi kedua-dua peranan ini dengan berbekalkan usaha dan rajin untuk berkongsi maklumat bersama komuniti.

Artikel: 
Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 3 (2 votes)

Komen

shyda89's picture

bagus.saya mula nampak perbezaan antara dua perkara tersebut. ^.^

parasolx's picture
Admin

perbezaan antara perkara ini penting dalam tatacara pembangunan satu-satu laman.
lebih2 lagi dalam proses pemilihan sistem siap sedia iaitu CMS (content management system)

setiap sistem CMS masing-masing mempunyai penekanan dan focus yang lebih terhadap satu-satu segi.
pemilihan perlu bergantung kepada jenis dan tujuan website tersebut agar kita tidak tersilap pilih.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training