Sungguhpun begitu, dalam mencapai kriteria yang diketengah dan diutarakan sebagai laman yang mudah serta ringkas kadang kala sukar dipenuhi bergantung kepada fokus dan konsep laman itu sendiri. Namun begitu, idea melalui imaginasi seorang pembangun membolehkan ianya dikategorikan sebagai laman yang ringkas dan mudah.

Berikut adalah antara kenyataan dan kebaikan yang dapat diperolehi dengan mengekalkan konsep ringkas dan mudah. Ia juga menjurus kepada teknik meringkaskan bentuk rekaan laman.

Mudah untuk dilayari

Laman yang ringkas tidak mempunyai kandungan yang terlalu padat, semak dan terlalu ekstrim. Ini memudahkan pengguna untuk melayarinya dengan;

  1. laman web mempunyai bilangan seksyen/halaman yang sedikit
  2. reka bentuk yang tersusun, mudah untuk mencari informasi tertentu

Laman web yang ringkas menyelesaikan masalah pengguna yang kabur untuk mengunjungi keseluruhan halaman. Antara tips yang boleh diamalkan untuk memudahkan proses pelayaran adalah:

  • gunakan hanya satu menu navigasi
  • pastikan mennu tersebut konsistan pada semua halaman
  • gunakan sub-menu secara individu untuk setiap seksyen
  • elakkan daripada menggunakan menu "drop-down" -- sekiranya boleh; supaya semua menu dapat ditonjolkan sepintas lalu. Sekiranya masih ingin menggunakan kesan ini, pastikan susunan menu kemas dan mudah dilihat.

Laman ringkas cepat dimuat turun

Memang tidak dinafikan, laman yang ringkas mempunyai saiz halaman yang lebih kecil. Jumlah saiz fail yang kecil lebih cepat dimuat turun. Penggunaan fail Stylesheet dan Javascript yang sedikit mengurangkan jumlah capaian untuk satu-satu permintaan. Seterusnya mengurangkan capaian HTTP yang membolehkan laman dimuat turun dan dibuka dengan lebih pantas.

Kandungan mudah untuk "diimbas"

Ketiadaan puluhan elemen dekoratif yang kompleks menjadikan satu-satu kandungan menjadi tumpuan utama secara keseluruhan. Kandungan yang diletakkan sebagai subjek utama kepada pengguna akan lebih mudah dilihat dan diimbas.

Satu kajian yang dijalankan menunjukkan 79% pengguna yang diuji akan melakukan imbasan terhadap satu-satu laman web yang baru kunjunginya. Manakala hanya 16% sahaja yang meneliti satu persatu perkataan yang ditulis. Kita perlu mengambil kesempatan terhadap 79% pengguna ini berbanding memaksa mereka untuk menjadi sebahagian 16%. Dengan kaedah ini, kita boleh menjamin pengguna tersebut akan kembali ke laman web kerana sifat mesra pengguna wujud di situ.

Mudah direka, senang dibina

Rekaan laman yang mudah akan menyenangkan proses pembinaan melalui kod aturcara. Rekaan yang mempunyai satu atau dua seksyen pembahagi kandungan lebih mudah dibina berbanding halaman yang terdiri daripada lapan kawasan berfungsi, teknik typografi yang kompleks dan latar belakang yang perlu dicerai-berai kemudian dicantum kembali.

Ambil perhatian terhadap laman yang ringkas TETAPI kod pengaturcaraannya yang lebih kompleks dan panjang berjela. Letakkan satu matlamat, laman yang ringkas mempunyai kod tulang belakang yang sama ringkas. Gunakan kemahiran dan kekreatifan untuk implemenkan ke semua atribut seperti padding dan margin dalam teknik pembinaan.

Kod yang ringkas mudah diperbaiki

Pengaturcaraan yang ringkas lebih mudah untuk kita mencari pepijat yang mungkin berlaku. Bayangkan proses mencari atribut untuk CSS yang mempunyai 300 fail luaran berbanding hanya 10 fail yang menyumbang kepada satu elemen HTML.

Fikirkan dan kaji tatacara untuk meringkaskan kod anda secara efektif. Teknik mengabungkan dan menyatukan kod CSS untuk atribut, properties dan definitions akan dapat banyak membantu. Buang serta hapuskan baris-baris kod yang tidak digunakan. Tidak perlu untuk ditinggalkan nota sebagai rujukan sekiranya kod tersebut tidak digunakan.

Fail yang kecil menjimatkan penggunaan ruang dan jalur lebar

Bayangkan penjimatan yang anda dapat sekiranya; satu halaman berbentuk ringkas bersaiz 100kb berbanding halaman yang padat, kompleks dan berserabut bersaiz 1MB.

Dalam masa sehari anda menerima kunjungan sebanyak 1000 trafik. Penjimatan hampir 10 kali ganda dapat dilakukan secara tidak langsung. Konsep "Simplicity" bukan sekadar menekankan kepada saiz fail HTML yang dimuat turun, tetapi semua elemen yang digunakan termasuklah gambar, video atau audio.

Bagaimana untuk meringkaskan laman web?

  • Buang semua deko-deko yang tidak bersesuaian - banyak laman web hari ini menggunakan grafik yang tidak memberi kesan sepenuhnya kepada bentuk penyampaian. Pemansuhan elemen-elemen ini menjadikan laman web kelihatan lebih sofisikated, bersih dan senang mata memandang.
  • Tanya diri anda; "Adakah ini penting?" - persoalan cepu emas. Setiap langkah penambahbaikkan, tanya diri anda sendiri adakah perlu elemen tersebut dimuatkan? Jangan terpengaruh atau terlalu mengikut protokol berdasarkan laman-laman web yang lain. Bina identiti dan jenama anda sendiri.
  • Pastikan tulang belakang sistem seringkas paparan hadapan - kadang kala kita terlalu fokus kepada paparan sehingga terlupa penulisan kod yang bercelaru, sukar dibaca dan tidak konsisten. Pastikan kod memenuhi piawai W3C, tiada pepijat pada pelbagai platform dan mempunyai standard penulisan yang sempurna. Penggunaan CMS Drupal antara pilihan yang baik dalam kerana ianya didatangkan dengan semua konsep ini.
  • Ambil inspirasi daripada laman-laman web yang lain - berikut adalah antara contoh terbaik laman web yang mengekalkan konsep "Simplicity" dalam rekaan dan keseluruhan sistemnya.

Only local images are allowed.

Only local images are allowed.

Only local images are allowed.

Artikel: 
Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)