Dalam tutorial sebelum ini, saya telah menunjukkan tatacara untuk menjadikan Android sebagai klien pentadbir emel luaran (Konfigurasi klien emel pada pelantar Android) iaitu selain daripada Gmail. Tutorial kali ini pula adalah untuk pengguna yang memacukan peranti mereka dengan iOS daripada Apple. Tutorial ini menggunakan iPad sebagai tangkap layar. Untuk pengguna iPhone dan iPod, konfigurasi yang sama boleh ditemui berdasarkan kepada tutorial ini.
Tambahan
Tutorial ini memaparkan tetapan untuk POP3. Bagi mana-mana yang ingin menggunakan IMAP atau tidak boleh akses menggunakan POP3, berikut adalah konfigurasi yang diperlukan:
Server: mail.moh.gov.my
Port: 143
SMTP Server: mail.moh.gov.my
Port: 587
![]() | Pada ruangan laman utama, sentuh ikon Settings. Ini untuk membolehkan kita masuk ke ruangan konfigurasi utama iOS. |
![]() | Sentuh menu Mail, Contacts, Calendars. Ini akan membawa kita ke ruangan senarai emel, buku telefon dan kalendar. Di bahagian akaun, sentuh Add Account... untuk menambah akaun baru. |
![]() | iOS menyediakan beberapa klien emel yang akan dikonfigurasi secara automatik. Dalam contoh ini, saya menunjukkan tutorial untuk klien emel yang tiada dalam senarai. Sentuh menu Other. |
![]() | Masukkan nama (untuk dipaparkan dalam emel yang dihantar nanti). Masukkan alamat emel dan kata laluan. Berikan nama kepada klien emel ini untuk mudah dikenali. Kemudian sentuh Next. |
![]() | Terdapat dua pilihan untuk klien emel iaitu IMAP dan POP3. Anda perlu sahkan dengan pihak penyedia perkhidmatan untuk konfigurasi ini. Dalam contoh ini, saya memilih POP3. Seterusnya masukkan maklumat-maklumat untuk Incoming Mail Server dan Outgoing Mail Server. Selalunya, kedua-dua konfigurasi adalah sama kecuali ianya mempunyai konfigurasi yang berlainan. Sentuh butang Save. |
![]() | iOS akan cuba melakukan sambungan capaian dengan SSL. Sekiranya gagal, iOS akan memaklumkan untuk cuba membuat capaian biasa. Dalam contoh ini, emel yang saya tunjukkan tidak menggunakan sambungan SSL. Sentuh butang Yes. |
![]() | Kembali semula ke bahagian Mail, Contacts Calendars. Kita dapat melihat satu akaun emel yang baru telah dihasilkan. Sentuh akaun tersebut kerana beberapa konfigurasi perlu dibuat sebelum boleh digunakan. |
![]() | Sentuh pada SMTP di bawah Outgoing Mail Server. Kita perlu periksa sama ada semua konfigurasi yang dilakukan oleh iOS secara automatik sebelum ini sempurna atau tidak. |
![]() | Sentuh pada nama pelayan di bawah Primary Server. |
![]() | Lihat pada ke seluruhan konfigurasi. Sekiranya sama seperti yang diberikan oleh pihak penyedia emel, sentuh butang Done. Dalam contoh ini, saya perlu mengubah nombor port untuk pelayan kepada 2525. Sentuh butang Done. |
![]() | Kembali semula ke bahagian utama akaun emel tadi dan sentuh konfigurasi Advanced. Ini untuk menyemak sama ada konfigurasi lain adalah sama seperti yang diberikan oleh pihak penyedia. |
![]() | Di sini, kita boleh tentukan tindakan yang akan dilakukan oleh iOS apabila emel yang diterima dibuang daripada sistem. Jika penyedia emel menyediakan ruangan storan yang terhad, pastikan anda memilih untuk When removed from Inbox supaya emel dibuang terus daripada pelayan. Saya juga telah membetulkan nombor port kepada 110. |
![]() | Setelah selesai, cuba akses ke bahagian emel iOS dengan sentuh pada butang Email. Dalam contoh disebelah, iOS sedang memuat turun emel-emel daripada pelayan emel. Indikasi menunjukkan proses yang sedang dilakukan. |
![]() | Sekarang kita buat ujian untuk menghantar menerusi emel yang baru. Dalam contoh ini, dapat dilihat pada bahagian From menunjukkan saya menggunakan emel tersebut. |
![]() | Setelah beberapa saat, saya memeriksa dalam akaun Gmail untuk melihat emel baru diterima. Dengan ini sah bahawa semua konfigurasi emel saya telah berjaya. |
Selamat mencuba.