Tutorial kali ini akan menunjukkan secara lengkap tatacara untuk melakukan konfigurasi bagi klien emel menerusi aplikasi emel yang telah didatangkan dengan Android. Terdapat beberapa aplikasi lain yang boleh dimuat turun di Android Market seperti K-9 Mail. Tetapi yang penting anda perlu mempunyai telefon pintar yang dipacukan dengan pelantar Android.

Tambahan

Tutorial ini memaparkan tetapan untuk POP3. Bagi mana-mana yang ingin menggunakan IMAP atau tidak boleh akses menggunakan POP3, berikut adalah konfigurasi yang diperlukan:

Server: mail.moh.gov.my
Port: 143
SMTP Server: mail.moh.gov.my
Port: 587

Tangkap layar Keterangan
Tangkap layar skrin hadapan Android Pertama, pastikan anda berada di bahagian paparan utama. Sentuh ikon "Applications" untuk ke ruangan aplikasi.
Tangkap layar senarai aplikasi Android Di ruangan aplikasi, sentuh ikon "Email". Sekiranya anda menggunakan klien emel yang lain, boleh gunakan tatacara dan konsep yang sama seperti di terangkan dalam tutorial ini.
Medan kemasukan alamat emel pada aplikasi Android

Ini adalah paparan utama untuk ruangan aplikasi Email. Tiada sebarang emel telah dikonfigurasi sebelum ini.

Masukkan alamat emel anda terlebih dahulu.

Seterusnya masukkan kata laluan untuk emel tersebut.

Sentuh butang Next.

Pemilihan jenis sambungan untuk emel

Sekarang kita perlu memilih jenis protokol sambungan yang disokong oleh emel tersebut. Anda boleh dapatkan informasi ini daripada pentadbir emel tersebut.

Dalam contoh ini, emel yang saya gunakan menggunakan talian POP3 (Post Office Protocol versi 3).

Penetapan konfigurasi Incoming emel

Konfigurasi ini adalah untuk menarik dan memuat turun emel daripada pelayan,

Masukkan nama pengguna dan kata laluan untuk emel sebelum ini.

Seterusnya masukkan alamat untuk POP3 dan nombor port yang membenarkan capaian dibuat. Anda perlu dapatkan maklumat ini daripada pihak penyedia perkhidmatan.

Pilih tahap keselamatan untuk sambungan dan capaian dibuat. Selepas selesai, sentuh butang Next.

Penetapan konfigurasi Outgoing emel

Seterusnya adalah konfigurasi untuk membolehkan kita menghantar keluar emel.

Masukkan alamat untuk SMTP dan nombor port untuk capaian tersebut. Dapatkan maklumat ini daripada penyedia perkhidmatan.

Pilih jenis tahap keselamatan untuk capaian. Pastikan "Require sign-in" diaktifkan.

Masukkan sekali lagi nama pengguna dan kata laluan untuk emel tersebut.

Penetapan jenis keselamatan sambungan

Dalam pilihan Android, terdapat beberapa jenis tahap keselamatan sambungan untuk setiap capaian.

Kebanyakan perkhidmatan emel antarabangsa menggunakan SSL dan TLS. Pihak Google menggunakan TLS.

Sekiranya anda salah memilih jenis tahap keselamatan, tiada sebarang emel dapat diterima dan dihantar keluar. Dapatkan maklumat daripada pihak penyedia perkhidmatan.

Penetapan had bilangan emel yang akan dipanggil

Sekarang Android meminta kita untuk memasukkan konfigurasi tempoh selang masa untuk semakan dilakukan.

Dan jumlah muat turun emel yang akan dilakukan. Pilihan All akan memuat turun dan menyimpan sepenuhnya emel ke dalam telefon.

Aktifkan pilihan Send email from this account by default jika anda mahu ianya menjadi emel utama sistem.

Aktifkan Notify me when email arrives untuk notifikasi emel baru.

Penetapan tempoh selang masa emel dikemas kini

Ini adalah antara pilihan selang masa untuk Android kotak emel.

Jika anda menggunakan perkhidmatan emel yang terhad dari segi kelajuan dan had muat beban, dicadangkan untuk menggunakan selang masa yang lebih besar.

Sekiranya penggunaan emel adalah kritikal, gunakan selang masa yang lebih kecil seperti 5 minit.

Penetapan nama profil emel

Sekarang kita sudah sampai ke tahap akhir.

Masukkan nama untuk konfigurasi emel ini agar mudah untuk kita kenali.

Dan masukkan nama anda yang akan dipaparkan pada bahagian penghantar (sender) setiap emel yang dihantar keluar.

Proses memuat turun emel dari pelayan sedang dijalankan

Setelah anda sentuh butang Done sebelum ini, Android akan mula memuat turun emel daripada pelayan. Proses ini akan selesai setelah 25 emel yang pertama dimuat turun.

Sekiranya tiada sebarang emel dimuat turun atau tiada sebarang proses dilakukan, semak kembali konfigurasi yang kita lakukan.

Emel-emel yang berjaya dimuat turun

Ini adalah contoh emel-emel yang telah berjaya dimuat turun ke dalam telefon saya.

Dalam contoh ini saya menetapkan supaya Android menyemak sehingga 50 emel pertama yang anda boleh konfigurasi sendiri.

ID untuk emel ini ditunjukkan dengan alamat emel dibahagian atas.

Butang untuk mencipta emel baru

Cubaan untuk POP3 telah berjaya. Seterusnya kita akan lakukan ujian terhadap konfigurasi SMTP (Apa itu SMTP (Simple Mail Transfer Protocol)).

Pada telefon Android anda, sentuh butang Advance (butang sebelah kanan Home button).

Sentuh ikon Compose untuk menghantar emel yang baru.

Contoh emel cubaan

Masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan sama seperti emel-emel lain.

Dalam contoh ini, saya lakukan ujian untuk menghantar emel ke akaun Gmail.

Emel berjaya dihantar ke kotak emel yang lain

Selepas beberapa saat, akaun Gmail saya menerima satu emel baru.

Emel yang sama seperti yang dihantar sebelum menunjukkan konfigurasi SMTP telah berjaya. Sekiranya tiada sebarang emel diterima daripada akaun ujian, semak semula konfigurasi.

Dapatkan pengesahan daripada pihak penyedia perkhidmatan untuk maklumat yang diberikan.

Selamat mencuba.

Artikel: 
Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 5 (4 votes)

Komen

celelugika85's picture

Nak tanya sikit tentang SMTP server tu,port dia bukan 587 ke?lagi satu contact dalam moh cube tu boleh import ke dalam phone ke?

parasolx's picture
Admin

Port bergantung kepada email provider. Kebiasaanya mereka guna 587. Cuba buat testing sending email, jika berjaya keluar, maknanya port tersebut boleh digunakan. Tapi aku dah buat testing untuk mohcube pakai 2525 lagi stabil. semua boleh digunakan.

untuk import contact, android boleh import CSV tapi rasanya kena cari tutorial atau guna apps untuk import contact menerusi CSV. tapi paling mudah, import contact ke dalam Gmail, kemudian sync dengan Android.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

syukri awang's picture

Assalamualaikum. aya ingin bertanya. Bagaimana jika saya ingin mengimport contact dari email moh cube. Import ke csv atau vcf? Dari menu email moh cube tiada option untuk import berkenaan.v terima kasih di atas ilmu Tuan kongsikan.

parasolx's picture
Admin

Salam... sebenarnya inilah kelemahan emel MOHCube kerana ianya sememangnya tidak dilengkapi dengan fungsi untuk mengeksport senarai emel. Tapi ada cara yang lain boleh dilakukan. Cuba akses kebahagian Contact yang boleh ditemui di bawah tab Personal (seingat saya la).

Kemudian saudara copy keseluruhan table untuk senarai page by page ke dalam microsoft excel. Kemudian, dari Excel, simpan file menerusi arahan Save as. sebelum simpan tukar dahulu format fail yang hendak disimpan kepada CSV (Comma Separate Value). Siap.

Semoga berjaya.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

syukri awang's picture

Alhamduillah. Berjaya. Akhirnya... Ilmu tuan amat berguna. Syukran jazilan.

Cuma ada satu lg kemusykilan. Saya telah cuba Setting e-mail moh cube didalam outlook express di pejabat (hospital Tanjong Karang) berpandukan kepada konfigurasi yang Tuan ajarkan di blog ini. incoming mail berjaya, outgoing mail gagal. Adakah port 2525 di halang pda rangkain moh.net. terima kasih atas keprihatinan tuan didalam menilai kemusykilan ini.

parasolx's picture
Admin

Salam.. seingat saya, pernah satu buatkan satu email klien pengguna MOH dengan Outlook 2007 dan 2010, semuanya berjalan tanpa masalah. Cuba periksa kembali konfigurasi SMTP (outgoing).. pastikan ianya juga mesti log masuk.

Dan satu lagi kelemahan emel MOHCube menggunakan moh.net nih, connectionnya kurang stabil sedikit. dan boleh dikatakan agak perlahan. jadi perlu bersabar sedikit. cuba tengok selepas sehari. kadang2 dia delay sket untuk pertama kali. tapi selepas itu email dpt dihantar dengan baik.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

phreak.kid's picture

Salam, nak tanya sikit.. dulu saya pkai stock rom HTC Ace gingerbread. Setup email mohcube guna konfigurasi di atas, boleh guna. Baru2 ni saya root android saya dan install custom rom cyanogenmod-7.1.0. tapi bila nak setup email mohcube guna konfigurasi yang sama keluar 'username or password is incorrect' dah 4@5 kali saya cuba tetap tak boleh sedangkan bila login dari browser boleh..So nak tanya macam mana ye nak setup balik email mohcube ni? tima kasih

parasolx's picture
Admin

Salam...jika sebelum berfungsi maknanya root yg baru tuh ade masalah atau mungkin telah dimodify daripada sistem yang asal.kena periksa balik email modification apps tuh.cuba periksa port la.sebab kemungkinan besar masalah tuh berpunca drpd port tak dilepaskan.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Nizar's picture

Terima kasih banyak2 saya nak ucapkan. Process sama jugak untuk outlook 2011 for mac. Sekali lagi saya nak ucapkan, Thanks :)

parasolx's picture
Admin

sama-sama nizar. sepatutnya ada tutorial untuk tetapan email client bagi outlook. tapi masih belum ade kelapangan. tetapi nizar berjaya lakukan maknanya setting yg sama boleh digunakan untuk sesiapa yang berminat menggunakan outlook.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

zahid's picture

TQ sebab sudi menyediakan tutorial ini. Memang spesifik untuk orang MOH. Dah berzaman try cara mat salleh. x boleh2...anda memang kelasss

parasolx's picture
Admin

Sama-sama... sila sebarkan kepada mana-mana rakan yang mencari kaedah yang sama untuk konfigurasi klien emel pada smart phone masing2.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Radzi Aziz's picture

Salam bro. TQ, page ni dah berapa lama jadi rujukan, malas den nak hafal port number server tu. Tapi kalau bole nak minta update sikit la.

Ni setting untuk IMAP:
Server: mail.moh.gov.my
Port: 143

SMTP:
Server: mail.moh.gov.my
Port: 587

Update ye bro, memandangkan page ni rank untuk search setting MOHCube kat Google dah tinggi.

parasolx's picture
Admin

Salam bro. TQ kerana berkongsi maklumat ini. Rupanya MOHCube telah update server dia untuk support IMAP dah. Content telah update untuk bahagian iOS juga.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Hubert's picture

SMTP iaitu outgoing emel saya berjaya. Tetapi incoming emel pula gagal. Server dan port dah ikut seperti yg bro mentioned atas tu. Ada salah ker ? Adoi.. :(

parasolx's picture
Admin

untuk incoming, cuba guna POP3:
server: mohcube.moh.gov.my
port: 110

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Hubert's picture

mohcube tak dapat bro. tapi mail.moh.gov.my yang dapat. aku cuma bermain dgn port dia dan rupa2nya port 110 dapat pula dguna. LOL. TQ bro. :)

parasolx's picture
Admin

owh.. ok.. dah cuba untuk settings guna POP3 mcm dalam tutorial di atas?
saya selama nih guna POP3 tak ada masalah.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

radd's picture

Tak dapat dibantu, mail server mohcube sedang dalam kebengongan buat masa ini. Harap diorang dapat solve problem dengan cepat.

parasolx's picture
Admin

pada outlook, saya guna setting sebegini:
incoming: POP3, cube.moh.gov.my, port 110
outgoing: SMTP, mal.moh.gov.my, port 587

so far xde masalah untuk download dgn send emel. semua berjalan dengan lancar.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Hubert's picture

terima kasih atas tunjuk ajar anda. saya telah mengikut semua panduan di atas dan hampir berjaya. berpandukan komen dari kawan kita di bawah, servernya adalah MAIL.MOH.GOV.MY manakala portnya pula 143 untuk setting IMAP. saya mendapati port 143 tidak dpt diguna (gagal menerima sebarang emel) so saya menggunakan default port iaitu 110 dan akhirnya berjaya. untuk setting SMTP pula, kita ikutlah panduan dari kawan kita dibawah. kena ingat juga bahawa username anda hendaklah digabungkan dengan @moh.gov.my atau @xxxx.moh.gov.my walaupun kita log masuk melalui pc atau laptop menggunakan username sahaja tanpa @moh.gov.my

** Selamat Mencuba kepada Warga MOH

orang Klenek's picture

TRIMA KASIH SAUDARA....... banyak membantu..... THUMBSUP....

parasolx's picture
Admin

Salam, sama-sama. Mohon untuk sebarkan sekiranya boleh.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training