Google Docs merupakan singkatan daripada "Google Documents" telah dilancarkan sepenuhnya pada 13 Januari 2010. Ia merupakan aplikasi pengurusan pejabat di atas talian. Maknanya, segala dokumen dan fail-fail disimpan sepenuhnya di dalam pelayan Google. Setiap pemilik akaun Google, anda berpeluang untuk mengakses Google Docs sepenuhnya dengan ruangan storan simpanan sebesar 1GB. Artikel kali ini saya akan mengupas kehebatan dan keupayaan yang disediakan oleh pihak Google ini.



Antaramuka dan akses ke Google Docs



Baru-baru ini, Google telah melakukan kemas kini terhadap bentuk paparannya yang terdahulu dengan klasik kepada rekaan moden serentak dengan pelancaran Google Plus. Anda boleh mengakses ke bahagian Google Docs menerusi pautan https://docs.google.com atau log masuk ke dalam akaun Gmail anda dan klik pada bahagian menu di toolbar yang bernama Documents.



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Paparan Google Docs dengan rekaan terbaru dipaparkan seperti dalam rajah di bawah. Susun atur setiap elemen dibina dengan mesra pengguna. Anda tidak memerlukan masa yang lama untuk membiasakan diri dengan antara mukanya.



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



  1. Fungsi carian: membolehkan kita mencari dokumen sekiranya terdapat beratus-ratus senarai di dalamnya

  2. Menu: capaian mudah untuk menghasilkan dokumen baru

  3. Senarai dokumen: menyenaraikan ke semua dokumen dan fail


Jenis-jenis dokumen yang disokong



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolxGoogle Docs menawarkan sebanyak enam jenis format dokumen yang boleh dihasilkan setakat artikel ini ditulis. Antaranya adalah Document, Presentation, Spreadsheet, Form, Drawing dan Table. Ke semua format ini biasa digunakan di peringkat kerja-kerja pejabat. Jika anda biasa dengan Microsoft Office atau aplikasi Apple seperti Pages atau Keynote format-format ini sememangnya tidak asing bagi anda.



Document digunakan untuk menghasilkan dokumen yang penuh dengan teks atau gambar seperti surat, kertas kerja atau buku. Presentation berfungsi menghasilkan slaid persembahan. Spreadsheet lebih kepada dokumen penyimpanan angka dan kira-kira. Form digunakan bagi menghasilkan dokumen berkaitan dengan borang yang memerlukan input daripada pengguna. Drawing menyediakan kemudahan untuk pengguna berkongsi fail dalam bentuk lukisan. Yang terbaru adalah Table, yang membolehkan kita menghasilkan paparan data dalam bentuk graf berdasarkan kepada maklumat dari fail Spreadsheet atau fail Excel.



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolxApabila butang Create diklik dan pilihan dilakukan untuk penghasilan dokumen baru, Google Docs akan memaparkan paparan dokumen kosong kepada anda untuk mula digunakan. Secara automatis juga, dokumen tersebut di daftarkan pada bahagian senarai-senarai di bahagian paparan utama.



Selain daripada itu, anda boleh memuat naik mana-mana dokumen yang dihasilkan daripada perisian Microsoft Office atau Apple terus ke dalam pelayan Google Docs. Google akan bertanya mengenai pengesahan sama ada ingin ditukarkan sepenuhnya format kepada Google Docs atau dibiarkan dalam format asal. Untuk menggunakan fungsi GDocs sepenuhnya, anda perlu menukarkan kepada format GDocs.



Kelebihan Google Docs



Bayangkan anda berada dalam situasi ini:



Anda perlu menyiapkan satu proposal yang lengkap dan terdapat lebih kurang 10 ahli dalam kumpulan tersebut. Masing-masing dibahagikan tugas menyiapkan bahagian tertentu. Secara tradisionalnya, setiap kumpulan akan menulis dalam dokument Microsoft Word yang berlainan dan kemudian digabungkan selepas semuanya selesai.



Dengan Google Docs, tiada lagi kaedah ini. Apa yang diperlukan, adalah satu pentadbir (ketua) menghasilkan satu dokumen asas yang kosong. Seterusnya dokumen tersebut dikongsi (Share) menerusi Google Docs berdasarkan kepada ID akaun Google. Teknologi Google Wave yang diimplementasikan dalam Google Docs yang terbaru membolehkan setiap kemas kini yang dilakukan oleh pengguna berlainan dipaparkan dalam masa sebenar (real-time).

Artikel: 
Tag #: 
Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 5 (1 vote)