Kebanyakan perisian-perisian ini hanya direka untuk menghantar keluar emel menerusinya sahaja. Apabila kita melakukan tetapan untuk menggunakan satu-satu perisian mengendalikan mel, secara tipikalnya kita perlu memberikan maklumat SMTP kepadanya bagi tujuan penghantaran keluar sebarang mel. Manakala terdapat dua protokol lain yang digunakan untuk menerima mel daripada luar iaitu POP3 dan IMAP.

SMTP bertugas mennyedia beberapa set kod aturcara bagi memudahkan proses komunikasi setiap mesej dalam emel untuk digunakan antara pelayan dengan pelayan. Ianya kelihatan seperti kata singkatan yang membenarkan pihak pelayan untuk memecahkan mesej asal kepada beberapa bahagian yang masih boleh difahami oleh sistem pelayan. Sebarang emel seharusnya mempunyai nama penghantar, nama penerima -- atau beberapa penerima -- kandungan mesej dan tajuk emel.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Daripada pandangan pengguna, apabila kita menulis atau menggunakan perkhidmatan emel, ianya dilihat berasingan setiap elemen berdasarkan kepada bentuk dan corak rekaan perisian. Hakikatnya, selepas emel ini dihantar menerusi internet ke semuanya ditukarkan ke dalam bentuk pembolehubah teks sahaja. Teks ini seterusnya dipecahkan dan diasingkan kepada beberapa bahagian dengan identiti masing-masing yang tertentu. SMTP yang menyediakan kod tersebut berupaya untuk memahami dan mencantumkan kembali bahagian-bahagian tersebut.

Antara lain tujuan diwujudkan SMTP adalah untuk membenarkan komunikasi berlaku antara pelayan-dan-pelayan. Sebagai contoh, setiap pelayan mempunyai cara tersendiri untuk menentukan identiti mereka sendiri dan berupaya untuk mengenal pasti apakah jenis komunikasi yang mereka akan lakukan. Selain itu, mereka berupaya untuk mengendalikan sebarang ralat termasuklah kes-kes alamat emel yang tidak wujud. Pelayan ini akan memperkenalkan diri dengan identiti tertentu serta tindakan yang ingin dilakukan. Manakala dipihak yang satu lagi akan mengesahkan tindakan ini dan membenarkan mesej tersebut diterima. Sekiranya terdapat ralat sama ada emel tidak wujud, pihak pelayan penerima akan memaklumkan dengan status ralat kepada pelayan penghantar.

SMTP telah dihasilkan pada di awal tahun 1980 dan dibina dengan struktur binaan pelayan yang mudah untuk membolehkan komunikasi antara pelayan-dan-pelayan berlaku. Pada ketika itu, penggunaan internet hanya melibatkan pengguna-pengguna yang saling mengenali dan rapat dalam satu rangkaian. Oleh itu, SMTP pada waktu itu tidak menekankan kepada soal keselamatan. Disebabkan oleh itu, banyak kes-kes sebelum ini yang mana berlakunya penyebaran virus-virus melalui emel. Pengguna mungkin tertipu menerima fail atau emel daripada kenalan mereka padahal ianya dihantar oleh virus untuk tujuan penyebaran.

Kekuatan dan kelebihan yang ada pada SMTP adalah kebolehpercayaan dan kesederhanaan. Ianya sangat mudah untuk ditetap dan dikonfigurasikan dengan perisian mudah untuk membolehkan komunikasi berlaku. Sebarang ralat dan kecacatan yang berlaku akan dimaklumkan menerusi mesej ralat yang menerangkan mengapa masalah berlaku.

Kebanyakan pelayan pada masa sekarang telah mengemas kini versi perisian protokol SMTP mereka yang dikenali sebagai ESMTP (Extended Simple Mail Transfer Protocol). Ianya telah dicipta untuk membenarkan transmisi bahan-bahan multimedia menerusi emel. Ini termasuklah gambar, video, muzik sama ada menerusi perisian seperti Outlook atau perkhidmatan mel percuma seperti Google atau Yahoo!.

Artikel: 
Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 5 (1 vote)