Template atau "theme" dalam Drupal berfungsi untuk memaparkan bentuk dan persembahan laman web mengikut reka bentuk dan susunan daripada pihak pembangun. Sistem pengurusan kandungan pada masa sekarang telah mengasingkan bentuk paparan dan kandungan secara berasingan.

Tujuan utama adalah bagi memudahkan setiap urusan dan kendalian sesuatu laman web. Berbeza dengan cara tradisional, kandungan dimuatkan secara terus ke dalam fail-fail HTML. Keadaan ini menyebabkan setiap perubahan kepada paparan perlu dilakukan secara berulang kali pada setiap satu fail HTML.

"Theme" dalam Drupal 7

Secara lalainya, Drupal 7 menggunakan pemprosesan PHPTemplate (iaitu satu kod kerangka pemprosesan PHP) yang membenarkan penggunaan bahasa pengaturcaraan PHP dalam setiap fail theme.

Di samping itu, Drupal 7 masih mengekalkan keupayaannya untuk melakukan preprocessing (atau pra-pemprosesan) dalam setiap paparan laman. Pra-pemprosesan membenarkan kita mengubah suai setiap kod pemprosesan yang dibuat oleh sistem asas Drupal tanpa perlu membuat perubahan kod pada sistem fail asal.

Keadaan ini membolehkan setiap proses kemas kini Drupal dibuat dengan menggantikan fail lama dengan fail baru tanpa perlu menulis kembali kod yang telah diubah sebelum ini. Setiap perubahan kod disimpan di dalam folder theme secara berasingan.

Oleh itu, setiap theme yang dibina dalam Drupal boleh mempunyai stail atau pengesetan yang tersendiri tanpa perlu membuat perubahan besar kepada sistem asas. Dan perubahan ini adalah bersifat spesifik terhadap theme yang digunakan.

Semua ubah suai kod ini disimpan dalam satu fail yang dipanggil template.php.

Penilaian: 
2
Average: 2 (2 votes)

Komen

boy's picture

Apa perbezaan pembangunan template drupal 6 dan 7 ye?

parasolx's picture
Admin

Perbezaan API untuk rendering content. Drupal 7 telah dilengkapi dengan module CCK dalam core. Jadi kita boleh panggil setiap satu field dengan lebih mudah.

Selain itu ada tambahan file tpl.php yang tidak ada dlm Drupal 6. Jadi proses untuk migrate dr D6 kpd D7 sebenarnya lebih mudah tetapi kungkin menjadi lbh susah jika terlalu banyak custom make dibuat.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

parasolx's picture
Admin

Saya akan kemas kini bahagian ini utk maklumat tambahan mengenai perbezaan D6 dan D7 dari segi pembangunan template.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training