Apabila kita sudah mengenali dengan mendapat perkara-perkara yang dititikberatkan dalam SEO, sekarang adalah masa untuk kita mendalami lagi kelebihan dan beberpaa tips serta panduan penting dalam mengoptimumkan SEO ke satu tahap yang lebih tinggi.

Dalam internet terdapat bukan sahaja beratus, tetapi beribu artikel-artikel yang ditulis berhubung dengan SEO. Ada artikel yang mengulang kembali kandungan yang ditulis oleh penulis sebenar dan aktiviti ini memang tidak boleh dielakkan. Oleh kerana dunia internet adalah dunia tanpa batasan, perbuatan ini tidak boleh disalahkan kepada satu pihak sahaja.

Dalam mengawal dan memastikan original kandungan tidak dicetak semula di mana-mana bahagian, kami memohon kerja sama untuk memberikan pautan kembali ("backlink") kepada mana-mana artikel yang ditulis terutama sekali yang berkaitan dengan SEO.

 

Pengalaman membantasi segalanya

Kebanyakan artikel yang ditulis adalah hasil dari sumber rujukan kami dari pelbagai elemen seperti buku. Namun yang paling jelas adalah hasil dari pengalaman kami bergiat dalam bidang ini.

Tips-tips berkaitan dengan SEO ini adalah hasil dari eksperimen kami melakukannya dalam kebanyakan laman web yang dibangunkan. Apabila anda sudah memahami SEO secara sempurna, ianya sangat mudah untuk dilakukan. Tidak mustahil untuk membolehkan laman anda diindeks oleh Agen Carian dalam masa satu atau dua minggu sahaja.

Satu artikel yang bakal menggegarkan semua pembangun laman web iaitu "Faktor-faktor yang mempengaruhi kedudukan dalam senarai carian" adalah kompilasi dari semua perkara. Gunakan artikel ini sebagai rujukan kerana sememangnya isu yang dibincangkan sangat bermakna.

Selain itu beberapa lagi artikel-artikel yang boleh dijadikan panduan dikumpul dan dibukukan di bahagian ini. Anda tidak perlu untuk mencari sumber rujukan tambahan sekiranya anda mampu untuk menghantar, berkongsi dan saling bertukar pendapat dibahagian Kolabrasi. Kami sangat menghargai usaha anda.

Artikel: 
Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)