Apabila satu artikel ditulis untuk dimuatkan dalam satu laman web, perkara yang pertama yang anda akan fikirkan adalah mengenai SEO. Tahukah sebenarnya teknik-teknik yang ditulis di ruang-ruang internet sebenarnya hanya membantu sebaliknya bukan perkara pertama yang perlu anda titik beratkan.

Dalam satu penulisan, teknik SEO adalah kandungan itu sendiri (Isi kandungan adalah raja). Walau pelbagai teknik diaplikasikan tetapi sekiranya kandungan itu sendiri tidak memberikan sebarang kesan, anda hanya memperoleh trafik hasil dari kata kunci sahaja. Sebaliknya, jika artikel tersebut memperoleh sama ada kepopularan atau kerelevanan yang tinggi ke semua elemen yang dinyatakan akan datang dengan sendiri.

Kepopularan (popularity)

Seandainya anda seorang penulis internet, memilih kepopularan sebagai sasaran utama memerlukan anda untuk bekerja dengan keras dari segi pemasaran. Kerana bagi mendapat populariti untuk satu-satu artikel adalah melalui hebahan pautan, sebarang emel ataupun melalui jaringan sosial di forum-forum.

  • Populariti satu artikel boleh diukur dengan bilangan pautan kembali (backlink) dan bilangan laman dipapar atau dibaca (page views).
  • Kedua-dua petunjuk ini boleh digunakan untuk menentukan tahap kepopularan bagi satu-satu laman (bukan melibatkan keseluruhan laman).

Faktor utama memberikan kepopularan kepada satu halaman adalah bergantung kepada jumlah trafik yang datang kepadanya. Ini berkaitan dengan bilangan pautan kembali yang seolah-olah satu terowong yang menarik trafik dari laman lain terus ke laman tertentu.

  • Semakin banyak pautan kembali untuk laman tersebut, maka lebih popular berbanding yang lain.
  • Bilangan laman yang dipaparkan merupakan hasil dari pautan kembali.

Bilangan pengunjung untuk satu-satu laman (bukan keseluruhan laman) akan meningkatkan peratusan populariti di samping akan memberi satu arahan (trigger) kepada Agen Carian agar lebih kerap untuk mengunjungi laman tersebut.

Semakin kerap enjin carian menjejak kaki untuk laman tersebut, semakin kerap ianya diindeks dan sekiranya terdapat sebarang kemas kini -- termasuk penambahan informasi kandungan utama, komen, perubahan alamat -- kemungkinan yang tinggi ianya akan dipaparkan dalam senarai carian.

Kerelevanan (relevancy)

Dalam aspek penekanan terhadap kerelevanan sesuatu artikel, penulis perlu melakukan beberapa kajian terperinci mengenai tajuk tersebut. Ini bagi menghasilkan artikel yang betul-betul mempunyai kaitan terhadap perkara yang dibincangkan.

Bagi menguji atau memantau tahap kerelevaan satu-satu penulisan, beberapa faktor boleh diambil kira iaitu:

  1. masa atau purata masa untuk satu laman (Enam (6) langkah meningkatkan kelajuan laman web)
  2. "bounce rate" atau lantunan laman
  3. peratusan kedatangan kali kedua untuk pengguna yang sama

Untuk faktor yang pertama, satu-satu artikel yang relevan kepada tajuk (Menulis tajuk kandungan yang sesuai kepada pembaca dan enjin carian) yang digunakan akan menarik minat pembaca untuk membaca keseluruhan artikel. Keadaan ini sekaligus memberikan tempoh masa yang lama untuk satu-satu artikel.

"Bounce rate", atau lantunan laman (Merendahkan kadar lantunan laman (Bounce rate)) akan berkurangan apabila artikel yang disediakan menepati kemahuan pembaca. Ramai yang menggunakan tajuk yang "panas" dengan mengambil kata kunci yang paling kerap digunakan pada satu-satu masa, tetapi kandungan artikel secara purata menyimpang dari tajuk yang ditetapkan.

Semakin rendah peratusan ini, semakin relevan artikel anda.

Faktor seterusnya agak sukar untuk dicapai melainkan laman anda mempunyai peminat yang setia. Bagi pengunjung yang pertama kali membaca hasil penulisan anda, sukar untuk meraih kelapangan pembaca membaca kali kedua.

Tetapi sekiranya gaya penulisan dan kandungan yang ditulis memenuhi keperluan yang sangat rumit pada masa sekarang, pembaca tersebut TERPAKSA untuk kembali. 

Artikel: 
Penilaian: 
4
Your rating: None Average: 3.3 (3 votes)