Sistem yang diperkenalkan oleh Google agak berbeza sedikit dengan sistem-sistem perkongsian rangkaian yang sedia ada. Kebanyakan perkongsian menyebarkan URL atau pautan untuk satu-satu halaman yang difikirkan "bagus" mana-mana pengguna. Pautan tersebut seterusnya akan disalurkan ke dalam sistem rangkaian dan dipaparkan menerusi akaun pengguna.

Bagi Google +1, sistem penilaian ini hampir sama dengan lain-lain sistem, iaitu pengguna perlu klik butang +1 yang dipaparkan pada halaman tersebut. Yang membezakannya statistik tersebut diintegrasikan dengan keputusan carian di halaman Google. Google tidak menyebarkan pautan halaman yang mengimplementasikan butang +1 sebaliknya menjadi pemberat kepada keputusan dalam carian.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Sebagai contohnya, sekiranya pengguna A (memiliki akaun Google) menemui satu halaman mempelajari Drupal. Seterusnya beliau klik butang +1. Statistik ini akan dikongsikan bersama rakan-rakan di dalam senarai kenalan akaun Google. Sekiranya kenalan pengguna A, katakan pengguna B melakukan carian di Google.com dengan kata kunci "drupal", halaman yang tadi akan berada di bahagian 10 carian terawal.

Mekanisma +1 lebih ke arah mencadangkan sesuatu yang direkomen oleh senarai kenalan pada bahagian keputusan carian di Google.com berbanding perkongsian pautan.

 

Cara-cara menggunakan butang Google+

<!-- Place this tag in your head or just before your close body tag -->
<script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script>
  • Kod ini adalah untuk memanggil skrip API daripada Google. Untuk tidak mengganggu prestasi laman, pastikan kod ini diletakkan dibahagian paling bawah dokumen; sebelum tag </body.
<!-- Place this tag where you want the +1 button to render -->
<g:plusone></g:plusone>
  • Seterusnya letakkan kod butang Google+ ini pada bahagian yang ingin anda ianya dipaparkan kepada umum. Anda boleh letak pada bahagian permulaan atau dibahagian akhir kandungan. Kedua-duanya memberi impak yang sama kepada pengguna.

Keperluan untuk melihat Google+

  • pengguna PERLU mempunyai akaun Google dan telah log masuk. Jika tidak, butang Google+ tidak akan kelihatan
  • hanya disokong oleh perisian pelayar moden sahaja -- kerana Google+ memerlukan HTML5
  • tidak kelihatan pada pelayar mobil
  • hanya boleh digunakan pada halaman yang dipaparkan kepada umum; halaman peribadi, terhalang tidak akan disokong
  • Apabila anda mengaktifkan Google+, satu tab yang baru akan dipaparkan pada ruangan profile akaun Google anda. Di sini anda boleh berkongsi dengan dunia halaman-halaman yang telah anda berikan penilaian untuk dilawati.
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Bagaimana dengan impak SEO dengan Google+

Boleh dikatakan, hampir 80% pengguna internet pada hari ini menggunakan Google sebagai agen carian pilihan pertama. Penggunaan Google+ pada halaman sememangnya akan meningkatkan tahap SEO halaman tersebut.

Difahamkan oleh pihak Google, halaman yang disyorkan melalui Google+ akan menerima dan diindeks oleh Google bot dengan lebih terperinci berbanding halaman yang tidak menggunakannya.

Keputusan carian di Google.com mempunyai akan dipengaruhi oleh Google+ yang mana halaman yang mengimplementasinya akan berada dibahagian 10 teratas.

Walaupun Google+ ini terhad kepada pengguna yang mempunyai akaun di Google, namun rantaian sosial antara satu pengguna dengan pengguna yang lain mampu mencetuskan trafik yang lebih tinggi dan berkualiti berbanding sistem yang lain.

Artikel: 
Tag #: 
Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)