Selalunya, bagi mengumpan atau mendapatkan tumpuan daripada pembaca untuk tinggal lebih lama di web blog, lakukan semakan dengan kriteria-kriteria yang dinyatakan seperti di bawah:

#1 Tiada biblografi penulis

Melainkan laman tersebut adalah bersifat blog perniagaan, selalunya ruangan laman "Tentang kami" lebih menjurus kepada memperkenalkan syarikat kepada pengguna.

  • Cara ini supaya pengguna lebih dekat dan dapat mengenali dengan siapa mereka sedang berurusan.
  • Sebenarnya kewujudan biblografi ringkas pada satu ruang sudut dapat meningkat dan menaikkan tahap kepercayaan pembaca kepada setiap artikel yang ditulis.
  • Jika boleh selitkan bersama pengalaman kita dalam bidang yang diceburi tetapi ingat untuk tidak meletakkan sesuatu yang bukan hak milik atau kepakaran kita.

#2 Tiada gambar penulis

Walaupun sesetengah blog menampilkan biblografi di satu sudut halaman, mereka tertinggal untuk meletakkan gambar diri sendiri. Gambar sangat penting jika dilihat dari dua aspek utama iaitu:

  • Ia menampilkan luahan personaliti dan impresi penulis. Ia juga menunjukkan bahawa kredibiliti kita sebagai penulis yang tidak bersembunyi dibelakang tabir sahaja.
  • Tambahan, pengguna lebih selesa untuk berkomunikasi dengan orang yang mereka kenal dan lihat.
  • Ia menjadi satu perhubungan antara dunia virtual dan dunia sebenar. Masyarakat yang pernah berjumpa mudah untuk mengenali kita menerusi gambar, atau pengguna yang pernah membaca artikel kita akan lebih mudah mesra di luar sana.

Kajian menunjukkan otak manusia mempunyai peratus dan potensi yang lebih besar dalam mengingati gambar. Dalam kebanyakan kes, wajah seseorang lebih banyak berfungsi berbanding nama.

#3 Tajuk artikel yang tidak menarik

Sungguhpun laman blog adalah bebas dari segi kandungannya; penulis di luar sana agak sukar untuk mematuhi peraturan dalam penulisan laman web (Sasaran penulisan artikel: Kepopularan atau Kerelevanan) terutamanya membolehkan artikel untuk diimbas. Konsep dan panduan ini diguna pakai pada kedua-dua kandungan utama dan tajuk kandungan.

  • Tajuk artikel yang menerangkan maksudnya sangat penting bukan sahaja kepada enjin carian sebaliknya kepada persekitaran yang lain.
  • Kajian menunjukkan pembaca lebih tertarik kepada tajuk kandungan (rujuk Menulis tajuk kandungan yang sesuai kepada pembaca dan enjin carian) sungguhpun disertakan bersama ringkasan artikel.
  • Beberapa contoh tajuk utama daripada laman blog, terdapat sesetengah yang menggunakan HURUF BESAR sepenuhnya.
  • Ini sangat teruk. Kelajuan bacaan akan merosot sebanyak 10% dan mengarah pembaca beredar kerana kelihatan seolah-olah kita menjerit kepada mereka.

#4 Pautan tidak memberitahu ke laman apa

Kebanyakan penulis web blog berpendapat ianya sangat hebat dengan menulis pautan sauh seperti: "artikel boleh di baca di sini" atau "dapatkan informasi di artikel ini."

  • Kita perlu ingat bahawa asas dalam laman web: Elakkan dan jangan klik pada pautan yang tidak diketahui.
  • Beritahu pembaca ke mana mereka akan dibawa dengan setiap pautan yang disediakan.
  • Secara umumnya, kita perlu memastikan maklumat yang ringkas dan padat bagi menyokong pautan sauh yang dilakukan.
  • Sebagai contoh, kita boleh gunakan kembali tajuk artikel yang hendak dituju dalam ayat karangan.

#5 Artikel terdahulu tersisih dan diabaikan

Pada awal penulisan, kadang kala kita mungkin secara tidak sedar telah menghasilkan beberapa artikel yang pernah menarik minat pembaca, katakan Mac 2008. Jangan biarkan artikel tersebut hanya muncul sebagai senarai di ruangan arkib.

  • Kembalikan artikel-artikel terdahulu dengan meletakkan di bahagian sistem navigasi atau lakukan pautan terus dalam penulisan yang baru.
  • Sebagai contoh, di laman Kripkorn Studios ini ditampilkan dengan fungsi blok kandungan yang memaparkan artikel-artikel berkaitan berdasarkan analisa algoritma kandungan pada artikel utama.
  • Tidak salah untuk memanggil dan memaut artikel terdahulu dalam artikel terbaru.
  • Jangan beranggapan setiap pembaca mengikuti perkembangan web blog kita dari awal hingga kini.

#6 Kalendar kandungan bukan penyelesaia terbaik

Garis masa merupakan antara seni bina yang terbaik bagi memaparkan semua informasi secara keseluruhan dan boleh dijadikan sebagai navigasi dalam web blog. Kebanyakan sistem CMS yang khusus kepada blog menyediakan kaedah untuk mengkategorikan kandungan bagi memudahkan pembaca melihat senarai kandungan secara pukal.

  • Jalankan aktiviti mengkategori dan merangkulkan kandungan pada kumpulan yang berkaitan.
  • Elakkan daripada memasukkan satu artikel ke dalam semua kategori. Ambil sedikit masa untuk mengelaskan kandungan secara terpilih.
  • Kategori kandungan haruslah seringkas yang boleh tetapi jelas menerangkan maksudnya tersendiri.
  • Sediakan pengelasan yang pendek dan mudah untuk diimbas oleh pembaca.
  • Bilangan menu kategori boleh diwujudkan antara 10 hingga 20 menu sahaja.

#7 Selang masa penerbitan yang tidak sekata

Bagi laman web jenis blog, kemas kini atau penerbitan satu artikel setiap hari adalah yang terbaik. Namun pemilihan selang masa setiap minggu atau setiap bulan juga memberi impak yang agak sama bergantung kepada pemilihan topik.

  • Cara yang terbaik adalah dengan memilih satu tarikh tetap bagi penerbitan kandungan.
  • Sesungguhnya, jangan lakukan sebarang penulisan sekiranya kita tidak mempunyai sebarang topik ingin dikongsikan.
  • Pencemaran maklumat yang terlalu banyak dan tidak berkaitan adalah satu beban yang sedang berlaku sekarang.
  • Ramai mengejar kuantiti kandungan berbanding kualiti penulisan itu sendiri.

#8 Bercampur aduk

Pengamalan mencampur aduk dan mengambil semua topik dalam penulisan blog mengurangkan tahap kepercayaan pembaca. Ini kerana pembaca adalah seorang yang sangat sibuk dan hanya akan berminat kepada satu-satu topik yang mereka cari.

  • Kebanyakan daripada pembaca kita jarang untuk kembali artikel-artikel yang lain.
  • Kandungan yang lebih fokus kepada topik utama, memberi satu impresi yang berlainan kepada semua pembaca.
  • Seandainya kita berkemahiran dalam dua bidang yang berlainan, bina dua blog yang berasingan.

#9 Tidak beranggapan penulisan yang dibuat adalah untuk golongan berperanan

Sebarang penulisan di internet -- tidak mengira jenis dan bentuk laman web yang dibina -- cuba bina satu kreadibiliti dengan berfikiran artikel yang ditulis adalah untuk satu golongan yang berperanan.

  • Dengan berperangai sebegini, tidaklah artikel yang ditulis akan dimuatkan di bahagian arkib sahaja.
  • Fikir sebanyak dua kali sebelum kita menulis.
  • Seandainya kita tidak mahu dimarahi oleh golongan berperanan ini, hasilkan satu kandungan yang betul-betul terbaik.

#10 Mempunyai domain kepunyaan syarikat web blog

Walaupun kita baru berjinak-jinak dengan dunia blog, ambil serius tentang aspek menggunakan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh syarikat web blog seperti blogspot.com, typepad.com dan lain-lain.

Kita tertakluk kepada syarat penggunaan yang ditetapkan oleh syarikat tersebut.

Mereka boleh bila-bila masa sahaja meletakkan pengiklanan, mengurangkan fungsi tertentu, dan menaikkan mana-mana kualiti perkhidmatan. Mereka boleh gunakan aset kita sebagai salah satu punca keuntungan tanpa sebarang notis bertulis.

Ya, sememangnya tidak hairan kerana kita tidak melabur sebarang kos sebaliknya menggunakan perkhidmatan mereka secara percuma.

Tetapi kita perlu ingat bahawa, perpindahan atau penarikan daripada ruangan yang mempunyai pengikut setia yang begitu ramai dan populariti yang tinggi adalah satu kerugian terbesar.

Lebih lama kita tinggal dan menumpang di domain kepunyaan orang lain, lebih besar kosnya sekiranya ingin berpindah kepada ruang persendirian. Tidak dinafikan banyak cadangan dan saranan menggunakan perkhidmatan percuma ini sejauh mana yang boleh.

Namun kita perlu sedar apabila keadaan serius terhadap blog semakin menebal, keluar dari kepompong ini dan bina domain sendiri adalah yang terbaik.

Artikel: 
Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)