Apa itu Heading 1

Heading 1 (H1) merupakan isi untuk segala kandungan yang dipaparkan untuk satu-satu laman. Ianya bertindak sebagai tajuk utama kepada berita, artikel atau karangan -- yang mana membantu pembaca dan pengguna internet memahami isi kandungan secara kasar. Sebagai contohnya, tajuk untuk artikel ini menggunakan H1.

Penggunaan Heading 1 adalah dirangkum dalam tag HTML: <h1[tajuk artikel]</h1

Bagaimana Heading 1 dapat membantu meningkatkan tahap pengindeksan

Disebabkan oleh Heading 1 dirangkumkan dalam tag HTML, maka enjin carian berupaya untuk memahami, mengindeks dan memaparkan dalam pangkalan datanya. Di samping itu, mereka juga berupaya untuk menganalisa perkataan-perkataan yang dimuatkan antara tag tersebut. Seharusnya anda menggunakan kata kunci utama pada bahagian ini supaya enjin carian akan terus mendapatkan gambaran awal keseluruhan kandungan seerusnya mendapat tempat yang tertinggi dalam keputusan carian.

Adakah laman saya mempunyai Heading 1

Anda boleh memeriksanya sendiri dengan melihat kod sumber untuk setiap laman. Untuk melihat kod sumber, ianya bergantung kepada jenis perisian pelayar yang digunakan. Sebagai contoh, untuk Mozilla Firefox, anda boleh klik kanan pada mana-mana ruangan kosong pada laman dan pilih "View page source". Dengan fungsi carian; atau Ctrl + F, masukkan kata kunci h1.

Selalunya, sekiranya laman anda menggunakan aplikasi sistem pengurusan kandungan (CMS), pihak pembangun sudah mengimplementasikan kaedah ini dalam tema/templat secara asal. Namun, penggunaan tema/templat dari sumber ketiga, besar kemungkinan mempunyai susun atur dan penulisan kod yang berbeza. Anda perlu memeriksanya sendiri.

Bolehkah saya menambah atau menyunting Heading 1

Sudah tentu boleh sekiranya anda biasa dan mahir dalam menggunakan kod pengaturcaraan laman web seperti HTML dan PHP (untuk kes-kes tertentu). Namun begitu sistem aplikasi pengurusan kandungan mempunyak cara sendiri yang paling ringkas untuk mengendalikannya. Seperti Drupal, anda boleh menggunakan beberapa modul ketiga untuk menyunting dan melakukan konfigurasi mengikut keperluan sendiri.

Namuan begitu, pastikan hanya wujud satu sahaja tag H1 dalam satu-satu laman. Beberapa kesilapan yang dilakukan oleh penulis adalah menggunakan H1 berulang-ulang kali terutama kepada sistem yang dipasang dengan aplikasi tambahan untuk editor (WYSIWYG). Untuk kandungan, gunakan H2 sebagai sub tajuk atau pengasing isi penting.

Artikel: 
Penilaian: 
No votes yet