Terdapat beberapa tips dan panduan yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap kelajuan laman web Drupal pada pelantar localhost.

1. Nyahaktifkan perisian ZoneAlarm

ZoneAlarm merupakan perisian antivirus dan penjagaan semasa melayari internet. Walaupun begitu pemasangan perisian ini ternyata menyebabkan Drupal diproses dengan terlalu perlahan (termasuk semua jenis perisian pelayan setempat, XAMPP, WAMP). Nyahaktif atau buangkan perisian ini -- gantikan dengan sistem keselamatan yang lain.

2. Periksa fail php.ini

Cari fail php.ini dalam direktori perisian pelayan setempat anda. Anda mungkin boleh menggunakan fungsi carian yang ada pada perisian sistem operasi.

Setelah menjumpainya, sunting fail tersebut dengan editor ringkas (Notepad/Notepad+). Gunakan fungsi carian editor tersebut (find) dan cari frasa "realpath_cache_size". Buangkan tanda semikolon (;) pada permulaan baris tersebut dan gantikan nilai asal 16k kepada satu nilai yang lebih besar seperti 10M.

3. Periksa fail Windows Hosts

(konfigurasi ini telah dicuba pada pelantar Windows Vista dan Windows 7)

Tambahkan tandaan # pada bahagian hadapan untuk baris yang mengandungi nilai ::1 localhost pada fail tersebut. Fail ini boleh didapati di c:\Windows\System32\drivers\etc\hosts

Maklumat lanjut: Apa yang kita lakukan di atas adalah untuk menyahaktifkan dan memadamkan resolusi IPv6 (Isu dan perbezaan IPv4 dan IPv6) pada localhost. Pengaktifan secara lalai oleh perisian hos pelayan setempat ini kadang kala menimbulkan beberapa konflik yang tidak dinyatakan paparan skrin. Sekiranya masih ingin menggunakan fungsi tersebut, beberapa tetapan yang lebih maju perlu dilakukan kepada Apache.

4. Cuba menggunakan perisian hos pelayan setempat yang lain

Beberapa laporan daripada pengguna seluruh dunia mendapati aplikasi Zend Server (edisi komuniti percuma -- free community edition) berbanding aplikasi yang biasa dinyatakan seperti XAMPP, WAMP, MAMP atau EasyPHP. ZendServer ternyata dilengkapi dengan modul tambahan untuk mengendalikan fail-fail secara cache yang memberi impak yang besar kepada masa kadar muatan turun.

Selain itu anda juga boleh menggunakan aplikasi yang dikeluarkan oleh syarikat perkhidmatan di bawah naungan pencipta Drupal iaitu Acquia Drupal Stack: https://dev.acquia.com/downloads

5. Kemas kini perisian pelayar Firefox (untuk pengguna FF)

Taipkan kod ini pada bahagian medan URL perisian: about:config

Sekiranya terdapat sebarang notis pemberitahuan, teruskan dengan klik butang "Ignore". Lakukan carian pada keseluruhan konfigurasi dan fokus kepada kumpulan yang mempunyai kata kunci ipv6.

Secara asalnya, FF menggunakan nilai ini: network.dns.disableIPv6 default boolean false

Sehingga saat ini, penggunaan IPv6 masih lagi belum diimplemenkan sepenuhnya seluruh dunia dan ke semua laman web masih menggunakan versi IPv4. Jadi, tidak menjadi masalah sekiranya kita mengaktifkan konfigurasi untuk FF agar mengabaikan terus fungsi ini dengan menukarkan nilai false kepada true.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Dwiklik pada baris tersebut untuk menukarkan nilai tersebut kepada true. Setelah itu, mulakan semula perisian Firefox anda.

Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)