Seperti hari minggu atau setiap pagi, anda mengemas rumah bagi memastikan ianya sentiasa bersih, kemas dan teratur. Begitu juga dengan laman web. Ianya perlu dikemas kini bukan sahaja dari segi kandungan tetapi pengurusannya. Kerana proses kemas kini seperti naik taraf atau kemasukan maklumat baru akan merubah keadaan sedia ada.

Perubahan ini bukan sahaja melibatkan paparan tetapi juga bentuk, susunan dan penulisan kod aturcara. Penggunaan kod aturcara yang tersekat-sekat, tidak lancar dan tidak tersusun akan memberi kesan kepada prestasi paparan. Lebih teruk sekiranya ianya memberi kesan kepada populariti laman di Agen Carian.

Penulisan kod yang lancar umpama berjalan di jalan yang baru diturap - lancar dan selesa. Jalan berlubang-lubang mengganggu keselesaan

Penggunaan perisian pembangunan laman web seperti Dreamweaver dan Frontpage contohnya dapat mempercepat proses penghasilan laman web tetapi perisian-perisian ini tidak efisien dalam penulisan aturcara. Penulisan asas seperti Notepad atau Wordpad sememangnya dapat menghasilkan aturcara yang lebih baik.

Dalam mencapai tahap pengoptimuman kelajuan laman, kita perlu kurangkan atau padatkan penggunaan kod aturcara. Memandangkan HTML, bahasa pengaturcaraan yang klasik tetapi ianya merupakan agen yang bersua dan berkomunikasi dengan pengguna dibahagian akhir, kita perlu lakukan yang terbaik untuknya.

Gunakan kod aturcara yang paling ringkas

HTML mempunyai keupayaan untuk merangkumkan beberapa kod dan atribut aturcara secara pukal. Maknanya kita boleh masukkan satu elemen kod ke dalam elemen kod yang lain. Contohnya seperti dalam kod penulisan di bawah ini:

<font face="Arial">Ini adalah tulisan</font>
<font face="Arial"><strong>TEBAL</strong></font>
<font face="Arial">untuk dipaparkan</font>

Penulisan di atas terlalu tidak sistematik, mengambil ruang yang panjang dan sukar untuk difahami. Keadaan ini biasanya terjadi dengan penggunaan perisian penulisan.

Memandangkan elemen <font> muncul pada setiap barisan maka kita rangkumkan ketiga-tiga baris ke dalam elemen <font></font>. Seterusnya perkataan yang perlu ditebalkan, digunakan elemen <b> berbanding <strong> yang memerlukan 3 aksara berbanding 8 aksara.

Penulisan yang diperbaik adalah seperti berikut:

<font face="Arial">Ini adalah tulisan <b>TEBAL</b> untuk dipaparkan</font>

Berhati-hati dalam penggunaan tag pukal

Ketika anda mengemas kini laman menggunakan perisian pembangunan laman web diharapkan agar lebih berhati-hati. Ini kerana setiap kali berlaku penambahbaikkan seperti format tulisan atau penambahan kod, perisian tersebut akan membuat satu lapisan kod yang baru.

Lapisan kod pukal akan berulang-ulang menyebabkan penindihan kod di atas kod yang sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana HTML akan menggunakan kod yang berulang untuk perkara yang sama apabila proses ubah suai dilakukan. Masalah ini boleh di atasi dengan menggunakan CSS.

Penggunaan tag pukal kadang-kadang menimbulkan masalah. Jadi berhati-hati dalam menggunakannya.

CSS akan menghasilkan satu "class" untuk satu jenis keadaan format penulisan. Seandainya dalam satu laman memerlukan format tersebut digunakan berulang kali, hanya pemanggilan "class" dilakukan pada elemen tersebut. Sebagi contohnya seperti di bawah:

<font face="Arial" color="blue"  size="4">Tajuk utama</font>
<font face="Verdana" color="black" size="2">Kandungan untuk tajuk utama</font>
<font face="Arial" color="blue"  size="4"><b>Tajuk seterusnya</b></font>
<font face="Verdana" color="black" size="2">Kandungan seterusnya</font>

Perhatikan contoh di atas, beberapa kod aturcara HTML digunakan berulang kali untuk format yang sama. Sebanyak 191 aksara dalam penggunaan kod tersebut. Kita akan ringkaskan kod ini dengan menggunakan CSS.

<head>
<style>
.tajuk {
  font-family: Arial;
  font-size: 16px;
}
.isi {
  font-family: Verdana;
  font-size: 12px;
}
</style>
<body>
<p class="isi">
  <p class="tajuk">Tajuk utama</p>
  Kandungan untuk tajuk utama
  <p class="tajuk"><b>Tajuk seterusnya</b></p>
  Kandungan seterusnya</p>
<p>

Untuk ke semua penulisan ianya dirangkumkan ke dalam kelas "isi". Manakala untuk bahagian tajuk, kelas "tajuk" dimasukkan ke dalam kelas "isi" bagi tujuan menggantikan atau menulis semula kelas untuk elemen tajuk sahaja. Melalui cara ini, kita menggunakan sebanyak 165 aksara.

Dan sekiranya CSS tersebut diletak sebagai fail luaran, jumlah aksara untuk aturcara HTML menjadi 83 sahaja berbanding 191 sebelum ini. Bayangkan sekiranya kandungan tersebut diulang sebanyak 100 kali. Begitu besar perbezaannya.

Gunakan CSS seberapa mungkin

CSS mempunyai beberapa abiliti seperti diasingkan dari fail HTML dan dirantaikan kepada fail luaran. Dengan cara ini kita akan mengurangkan saiz fail HTML tersebut di samping keupayaan untuk mengubah suai satu elemen format dalam CSS dan diaplikasikan keseluruhannya kepada "class" WALAUPUN pada fail-fail yang berlainan.

Jadi, dengan HTML yang ringkas, penggunaan CSS sebagai sokongan laman menjadi lebih "ringan", lebih pantas dimuat turun, lebih bersih, mudah untuk difahami walaupun dibaca menerusi bahasa aturcara dan melajukan laman web anda.

Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 3 (1 vote)