Sememangnya sukar untuk menempis kengkangan membandingkan kemampuan laman web kita dengan Google. Saya sendiri sering menggunakan Google sebagai panduan dalam melakukan pengoptimuman terhadap kelajuan laman. Mengapa? Tidak adil membandingkan dengan Google kerana sistem yang digunakan berbeza dengan laman web sekarang.

Apa yang berbeza?

  • Rata-rata pada hari ini dapat kita lihat kebanyakan laman web dibangunkan dengan menggunakan sistem pasang siap atau lebih tepat lagi Content Management System (Apa itu "Content Management System, CMS" (Sistem Pengurusan Kandungan)).
  • Berbanding dengan Google yang dibina dengan kod ringkas dan kurang kompleks.
  • CMS bukan sahaja mempunyai pemprosesan data yang tinggi malah akan semakin bertambah dengan kewujudan "plugin" tambahan yang dipasang.
  • Samalah keadaannya dengan Drupal (Kenali dan apa itu Drupal), penggunaan modul yang melampau sekaligus akan menyebabkan laman web semakin perlahan.
  • Jadi, adakah tidak sesuai untuk menggunakan CMS sekiranya kita ingin membangunkan sebuah laman web memandangkan wujud kekurangan di situ?

Kembali kepada asas

Kita perlu kembali rujuk dan memahami asas dalam penyediaan satu laman web. Kita mahu sampaikan maklumat dan informasi kepada pengguna.

Dalam erti kata lain kita mahu fokus kepada kandungan itu sendiri. Tidak menjadi masalah kita mahu menggunakan apa jua sistem sebagai tulang belakang laman web.

Only local images are allowed.Yang penting adalah memastikan kandungan utama (Isi kandungan adalah raja) disampaikan dengan jelas, mudah untuk dibaca, menjadi pelakon utama di ruang halaman dan lebih menonjol berbanding dengan elemen-elemen yang lain.

Justeru itu, elemen-elemen yang tidak penting atau boleh diasingkan atau dibuang dari paparan halaman seperti pengiklanan melampau, penggunaan elemen gambar yang banyak dan besar serta penggunaan media seperti Flash dan radio yang terpasang secara sendirinya.

Ke semua elemen ini menyumbang kepada tempoh masa memuat turun ke seluruhan struktur dokumen.

Adakah elemen-elemen tersebut tidak penting?

Bergantung. Terdapat beberapa laman web di luar sana yang hanya menggunakan konsep "simplicity" atau "typography" tetapi mampu untuk menyampaikan isi maklumat kepada pengguna.

Dan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dari segi bilangan paparan dan pengunjung tetap.

Konsep ini terbukti berjaya menarik ramai pengunjung kerana mereka dapat melihat keseluruhan kandungan tidak kurang daripada tempoh 2 - 3 saat sahaja.

Lumrah manusia mahukan sesuatu yang cepat dan segera. Jadi kita tidak perlu untuk pecahkan lumrah ini dengan elemen-elemen yang tidak sesuai.

Only local images are allowed.

Namun, sekiranya kita lebih menekankan kepada aspek paparan (first impression), pastikan ianya diterapkan dengan konsep pengoptimuman yang termaju.

Sebagai contoh, gunakan konsep CSS Sprite, CSS3 dan pengguna grafik yang dioptimumkan. Dengan cara ini, masa tambahan yang diperuntukkan adalah sekitar 1 - 1.2 saat sahaja.

Bagaimana harus kita bermula?

1. Lakukan analisa terhadap laman
Betul. Ini adalah soalan yang sering ditanyakan oleh pembangun laman web apabila isu ini dibangkitkan. Pertama kita perlu menilai kelajuan laman web secara keseluruhan terlebih dahulu.

Anda boleh menggunakan alatan yang digunakan untuk melakukan analisa secara keseluruhan prestasi (Alatan untuk menguji dan mengenali jenis sistem laman web) sesuatu laman.

2. Senaraikan elemen-elemen yang difikirkan tidak perlu
Daripada sini, lakukan beberapa kajian terdapat ke semua elemen yang dimuat turun dan fokus kepada elemen yang memperuntukan masa terlama. Buat satu senarai untuk ke semua elemen-elemen ini di atas satu kertas nota.

3. Lakukan kajian dan analisa terdapat setiap elemen yang disenarai
Peruntukkan lebih kurang 15 minit untuk menilai kembali elemen-elemen yang digunakan adakah ianya penting dalam membantu penyampaian isi kandungan. Jika ya, abaikan dan keluarkan dari senarai nota tersebut.

4. Ambil keputusan, buang elemen tidak perlu
Teruskan aktiviti ini sehingga kita mendapat satu kepastian beberapa elemen yang menyebabkan laman web kita lambat untuk dimuat turun. Fikirkan sejenak dan letakkan diri kita sebagai pengguna biasa, adakah elemen tersebut akan saya gunakan, lihat atau merasakan ianya hanya sekadar pelengkap laman.

** Elemen: sama ada modul, plugin, image, media, flash, function atau apa jua yang seangkatan dengannya.

Dengan kaedah ini, kita dapat memastikan bahawa laman web kita hanya menyediakan informasi dan elemen yang penting dan diguna pakai oleh pengguna. Sekali gus ia juga berpotensi dan membantu dalam meningkatkan kelajuan secara keseluruhan.

Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 3 (2 votes)