Dalam versi Drupal yang sebelum ini, apabila pentadbir melawat bahagian laman yang menyenaraikan semua modul-modul sama ada yang diaktifkan atau tidak, sering mengalami masalah ralat laman kosong. Keadaan ini disebabkan ke semua modul tersebut dimuatkan ke dalam memori. Apabila had penggunaan telah tercapai, proses seterusnya akan tergantung dan mengakibatkan WSOD (White Screen of Death).

Langkah yang paling pantas adalah dengan mengurangkan penggunaan modul (sama ada yang aktif atau pun tidak). Namun dalam versi Drupal 5 dan 6, masalah ini telah diselesaikan. Hanya modul-modul yang aktif digunakan sahaja dimuatkan ke dalam memori. Walaupun begitu, masih terdapat sestengah laman yang menghadapi masalah WSOD akibat penggunaan modul yang aktif terlalu banyak.

Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu tingkatkan had memori PHP yang digunakan. Sesetengah penyedia hos web tidak membenarkan pelanggan mengubah nilai ini. Tetapi kes ini sangat kecil. Rata-rata syarikat penyedia hos web membenarkan nilai asal had memori ini diubahsuai berdasarkan kepada keperluan laman.

Cara 1

Hasilkan satu fail kosong dengan editor ringkas (Notepad/Notepad2). Kemudian masukkan kod di bawah ini dalam fail tersebut:

memory_limit = 16M

Simpan fail tersebut sebagai php.ini (pastikan tiada sambungan .txt dibelakang fail tersebut). Simpan dan muat naik ke dalam direktori laman di hos web.

Cara 2

Navigasi ke dalam direktori sites/default/settings.php. Sunting fail tersebut dengan editor ringkas. Tambahkan kod ini pada baris yang mengandungi beberapa konfigurasi nilai ini_set yang lain.

ini_set('memory_limit', '16M');

Simpan fail tersebut dan muat naik dengan fungsi tulistindih (overwrite).

Cara 3

Masuk ke dalam hos web anda dan car fail .htaccess pada bahagian root (pangkal direktori). Sunting fail tersebut dengan editor ringkas. Tambahkan kod seperti di bawah:

php_value memory_limit 16M

Simpan fail tersebut dan muat naik semula.

Cara 4

Pasang modul Drupal tweaks: https://www.drupal.org/project/drupal_tweaks. Kemudian tingkatkan nilai had memori PHP kepada 16M.

Keempat-empat cara di atas boleh digunakan DAN pastikan hanya satu cara sahaja digunakan. Anda boleh mencuba mengikut susunan kaedah seperti di atas. Anda boleh periksa pada bahagian Administer Reports Status report untuk melihat sama ada nilai had memori telah ditingkatkan atau tidak.

Nilai had memori yang baru ini bergantung kepada keperluan laman. Sesetengah laman Drupal menggunakan 24M hingga 32M sahaja. Untuk laman yang menggunakan modul yang melibatkan pemprosesan gambar, dicadangkan untuk menggunakan nilai had memori 96M.

Penilaian: 
No votes yet