Selain itu juga populariti laman web anda juga akan menurun kerana kurang dikunjungi oleh Google bot atau bot-bot yang lain.

Salah satu sifat untuk menarik bot melawat laman web anda adalah mempunyai kadar pembukaan atau "load" yang cepat. Google bot akan terus meninggalkan sesuatu laman web sekiranya masa yang diambil untuk membuka satu laman web melebihi 5 - 10 saat dan terus menyenarai hitam alamat web anda. Ini merupakan satu kerugiaan. Jadi di bawah ini saya sertakan 6 langkah yang boleh anda praktiskan untuk membaik pulih laman web anda.

#1 Kecilkan seberapa boleh gambar

Anda boleh meningkatkan kadar pembukaan laman web dengan menggunakan saiz gambar yang lebih kecil. Cuba gunakan perisian seperti Photoshop untuk menghasilkan kualiti yang hampir sama dengan gambar original tetapi mempunyai saiz yang lebih kecil. Jika boleh, gunakan jenis fail seperti .GIF dan .JPEG dalam laman web anda berbanding .BMP dan .PNG yang menghasilkan saiz fail yang lebih besar.

Elakkan dari memuat naik gambar-gambar foto yang bersaiz besar untuk laman web anda. Gunakan "thumbnails" dan pautkan kepada gambar yang bersaiz sebenar. Sekiranya laman web anda ingin dipenuhi dgn elemen grafik dan gambar, pecahkan gambar-gambar yang besar kepada beberapa bahagian supaya kadar pemuat turun dipercepatkan hampir kepada 300%.

#2 Buang elemen-elemen yang tidak perlu

Cuba leakkan dari memasukkan elemen multimedia yang terlalu banyak seperti "flash" dan "animated GIF" kerana elemen ini memerlukan masa yang lebih untuk dimuat turun. Gunakan alternatif yang lain bagi menarik minat pengguna berkunjung ke laman web anda seperti menggunakan tajuk kandungan yang menarik dan susunan kata yang lebih teratur.

Penggunaan elemen JavaScript dan AJAX menambah baik kehebatan laman web anda, tetapi sekiranya terdapat sebarang ralat dalam pengaturcaraan, ia akan menyebabkan kelembapan dari segi pemprosesan keseluruhan laman web. Akhirnya, laman web lambat untuk dibuka tetapi penuh dengan ralat. Sungguh menyakitkan hati dan tidak professional.

#3 Hasilkan kandungan yang standard

Cuba elakkan dari pengguna elemen ketiga dalam laman web seperti PDF atau "flash embedded". Kerana pelayar (browser) terpaksa membuka plugin tertentu sebelum laman web siap dipaparkan. Jika komputer pengguna yang agak ketinggalan, sudah tentu masa yang diperlukan lebih lama. Cuba gunakan elemen HTML yang biasa dalam menghasilkan sesuatu kandungan laman web tersebut.

Penggunaan teks biasa (plain text) adalah lebih professional berbanding anda menggunakan sepenuhnya gambar dalam mencorakkan laman web anda. Bagaimana untuk hasilkan satu laman web yang menarik tetapi dipenuhi hanya dengan teks adalah memasukkan elemen warna pada kata kunci supaya pengguna tidak hilang arah dan letakkan tajuk-tajuk penting pada permulaan teks yang panjang.

#4 Pastikan penulisan kod adalah betul

Sekiranya anda tidak begitu mahir dengan bahasa pengaturcaraan laman web, cuba gunakan perisian-perisian seperti Dreamweaver atau Front page bagi membantu anda. Salah satu sebab kelembapan laman web dibuka kerana terdapat banyak kod-kod yang tidak sah digunakan dan tidak diuruskan dengan sempurna seperti tidak tag penutup, script tergantung dan elemen-elemen yang dipanggil tidak sah.

Keadaan ini akan lebih bertambah buruk kerana bot-bot akan terus meninggalkan laman web anda seandainya terdapat ralat atau penggunaan kod yang tidak menetapi syarat standard dunia.

#5 Beli pelayan yang terbaik

Memang tidak dinafikan, sebelum anda memuat naik dan menjalankan sepenuhnya laman web anda, pastikan "server" yang anda beli mempunyai keupayaan yang sempurna bagi menyokong laman web anda. Ambil sedikit masa melakukan tinjauan terhadap mana-mana syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini.

Kaji selidik sepenuhnya mengenai keupayaan server tersebut dari pembeli-pembeli yang sudah dan jangan terlalu ghairah dan terpengaruh dengan sebarang promosi yang diberikan. Kerana ramai di antara kita yang begitu taksub dengan promosi yang diberikan terlalu murah jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan, terus membeli tanpa mengkaji sepenuhnya keupayaan server tersebut. Akhirnya, menyesal tak sudah.

#6 Gunakan perisian web yang efisien

Kemajuan dalam dunia pembangunan laman web pada hari ini begitu cepat dan memudahkan serta memendekkan proses sesuatu laman web yang baru dihasilkan setelah diperkenalkan satu perisian web iaitu "Content Management System". Pelbagai jenis, nama dan fungsi CMS pada hari ini dihasilkan dan masing-masing bersaing untuk menunjukkan keupayaan dan kehebatan tersendiri.

Tetapi, pastikan anda memilih CMS yang betul dan sesuai dengan projek atau laman web yang anda ingin bangunkan. Tersalah pemilihan CMS dari awal mungkin akan menyebabkan proses pembukaan laman web kurang berbanding dengan harapan yang anda letakkan.

Penilaian: 
Your rating: None Average: 4 (2 votes)