Memahami perbezaan kedua-dua istilah, 'symbolic link' dan 'hard link' ini sangatlah penting kepada pentadbir pelayan hos web. Tambahan ianya memberi informasi tambahan bagaimana website moden pada hari ini berfungsi.

Apa itu pautan simbolik (symbolic link/symlink)?

Pautan simbolik, selalunya dipanggil symlink atau softlink, adalah seperti mana yang kita sedia maklum dalam operasi sistem Windows iaitu -- shortcut. Ianya merupakan sejenis pintasan dalam dunia Linux/Unix. Walau bagaimanapun, pautan simbolik juga boleh wujud dalam dunia Windows. Tetapi bagi memudahkan pemahaman kita mengenai perkara ini, biarkan kita faham bahawa pautan simbolik adalah pintasan (shortcut) sehingga saat ini. Kita akan berbicara dengan lebih lanjut mengenainya kemudian. Pautan simbolik mempunyai informasi mengenai destinasi kedudukan satu-satu fail.

Apa itu pautan sebenar (hard link)?

Hard link (selalunya disebut hardlink) adalah sangat berbeza berbanding dengan symlink. Hardlink adalah direktori yang merujuk atau petunjuk kepada satu-satu fail. Hardlink merupakan label penyimpanan dalam satu-satu struktur direktori yang digunakan untuk merujuk data satu fail apabila ianya diakses pada sistem operasi. Yang paling penting adalah hardlink diikat sepenuhnya bersama dengan fail asal. Sekiranya kita buat sebarang perubahan kepada hardlink, ianya akan memberi kesan yang sama kepada fail yang asal.

Hardlink hanya boleh dirujuk kepada sebarang data yang berada dalam sistem yang sama.

Kebanyakan daripada kita semua memahami dan tahu dalam Windows ke semua fail-fail disimpan di dalam folder. Tetapi pada Linux/Unix fail tidak disimpan di mana-mana direktori. Fail dalam Linux diberi dan dikendalikan menerusi satu nombor inode (inode number) yang menentukan kedudukan fail-fail tersebut. Satu fail boleh mempunyai beberapa hardlinks yang berada di beberapa tempat/direktori. Satu-satu fail tidak buang sepenuhnya sehinggalah ke semua hardlinks yang dipautkan dibuang ke semuanya.

Perbezaan antara symlink dan hardlink

Daripada penerangan di atas, boleh kita simpulkan perbezaan antara kedua-dua jenis pautan ini:

  • Hardlink tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada direktori/folder. Ianya hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada fail sahaja.
  • Symlink pula boleh merujuk kepada direktori/folder.
  • Membuang fail asal yang mempunyai pautan kepada hardllink tidak melibatkan proses penghapusan semua hardlink yang dirujuk; hardlink masih mempunyai maklumat/data fail-fail asal.
  • Sekiranya kita membuang hardlink atau symlink, fail asal masih kekal wujud.
  • Pembuangan fail asal yang mempunyai pautan symlink yang dirujuk kepadanya tidak akan mengakibatkan symlink tersebut turut sama dihapuskan; tetapi tanpa fail asal, symlink tidak bermakna apa-apa (konsep yang sama untuk shortcut dalam Windows)

Jadi, apakah perbezaan antara symlink dan shortcut?

Sebelum ini kita mengetahui bahawa symlink adalah seolah-olah seperti shortcut. Symlink sememangnya sama seperti shortcut tetapi agak berbeza dalam beberapa perkara. Symlink secara umumnya dikendalikan sepenuhnya oleh fail sistem. Sebarang perisian atau aplikasi yang akses symlink akan dapat mengenali lokasi sebenar fail asal kerana mereka telah diberitahu oleh fail sistem. Manakala shortcut pula dianggap seperti fail-fail biasa oleh fail sistem dan tidak diendahkan oleh mana-mana aplikasi/perisian. Hanya perisian yang mengenali shortcut (contohnya Windows) akan mengendalikannya untuk merujuk kepada satu-satu fail atau direktori. Shortcut boleh digunakan untuk merujuk kepada fail atau direktori pada fail sistem berlainan atau pada jaringan yang berbeza.

Perbezaan antara symlink dan hardlink dalam Windows

Tidak banyak perbezaan dari segi konsep untuk symlink dan hardlink dalam Windows. Konsep yang sama digunakan tidak mengira kita bekerja pada pelantar Windows atau Linux; perbezaan yang sangat ketara adalah bagaimana kita menghasilkannya. Apabila berbicara mengenai Windows, terdapat tiga perkara yang boleh kita lakukan iaitu:

  • shorcut
  • hardlink/hard link
  • symlink/symbolic link

Rujuk artikel selanjutnya sekiranya anda ingin mendapatkan pemahaman yang lebih lanjut mengenai penghasilan shortcut, hardlink dan symlink dalam Windows. Artikel tersebut menyentuh bagaimana kita menggunakan Mklink dalam Windows.

Penilaian: 
Your rating: None Average: 4 (1 vote)