Terlebih dahulu, penggunaan mklink dalam Windows memerlukan kebenaran daripada pentadbir sebelum ianya boleh digunakan sepenuhnya. Berdasarkan kepada artikel sebelum ini yang bertajuk perbezaan antara symlink dan hardlink, entri kali ini membincangkan bagaimana cara-cara untuk menghasilkan kedua-dua jenis pautan ini dalam Windows bagi pemahaman yang terhadap artikel sebelum ini.

Namun sebelum ini, mari kita lihat terlebih dahulu apakah arahan mklink ini dalam Windows. Paparan dibawah diambil menerusi tangkap layar command prompt dalam Windows.

Only local images are allowed.

Bagi yang sudah biasa menggunakan sistem DOS sebelum kehadiran Windows, arahan mklink ini sangat ringkas dan mudah. Jadi mari kita lihat kegunaan dan apa yang boleh dilakukan dengannya.

Contoh mklink

Dengan menggunakan arahan yang sama, saya hasilkan tiga jenis pautan iaitu symlinks, hardlinks dan juga shortcut di dalam Windows. Berikut adalah kriteria dan perbezaan yang boleh disimpulkan.

Symbolic link:

  • Dihasilkan dengan arahan: mklink link target
  • ikon yang dihasilkan adalah sama seperti yang digunakan pada shorcut
  • mempunyai saiz fail sifar (0) dalam sistem
  • ianya bukanlah fail yang berlainan dengan sistem fail
  • ditakrif dan disahkan oleh fail sistem
  • sekiranya fail asal dibuang, pautan ini tidak berguna
  • pembuangan fail asal tidak membuang pautan ini
  • pembuangan pautan ini tidak membuang fail yang asal

Hard link:

  • Dihasilkan dengan arahan: mklink /H link target
  • ruang storan yang diambil adalah sama seperti saiz fail sebenar, tetapi ditujukan terus kepada fail sebenar (bukan satu salinan pendua)
  • ditakrif dan disahkan oleh fail sistem
  • ikon yang digunakan adalah berlainan dengan fail asal atau objek lain
  • pembuangan fail asal tidak membuang pautan ini
  • pembuangan pautan ini tidak membuang fail yang asal
  • sekiranya fail asal dibuang, kandungannya masih boleh diakses menerusi hard link
  • melakukan sebarang perubahan pada fail hard link akan turut mengubah kandungan fail asal

Shortcut

  • Dihasilkan menerusi klik-kanan pada fail asal dan pilihan menu jatuh dipilih
  • satu fail yang berbeza dan berasingan daripada fail asal
  • hanya fail sistem yang memahami shortcut sahaja boleh membacanya
  • sekirany fail asal dibuang, pautan sudah tidak berguna
  • pembuangan fail asal tidak membuang pautan ini
  • pembuangan pautan ini tidak membuang fail yang asal

Only local images are allowed.

Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)