Sekiranya laman yang anda bina mengambil masa yang terlalu untuk dibuka dan dimuat turun sepenuhnya, kebarangkalian untuk kehilangan pelawat dalah lebih tinggi. Ini bermakna, bukan sahaja pemilik tetapi pereka laman perlu mengambil berat mengenai penggunaan elemen media dan format dalam laman sepenuhnya.



1. Periksa saiz keseluruhan laman



Anda perlu memeriksa terlebih dahulu jumlah saiz laman yang akan dimuat turun (kebiasaanya adalah laman utama) termasuklah fail HTML, elemen media, CSS dan Javascript. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan fungsi web pelayar (web browser) dan simpan keseluruhan laman. Seterusnya gunakan fungsi "Properties" untuk memeriksa jumlah saiz semua fail yang disimpan.

Atau anda boleh gunakan laman http://www.webpagetest.org/ dan masukkan alamat laman web dan tunggu sehingga data rumusan dipaparkan.
http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Untuk laman utama Kripkorn Studios, jumlah saiz fail adalah 238 KB keseluruhannya.



2. Tentukan kelajuan sambungan internet



Seterusnya tentukan kelajuan sambungan internet. Sewaktu artikel ini ditulis, terdapat banyak syarikat perkhidmatan internet yang menawarkan variasi kelajuan seperti Streamyx, Celcom, Maxis dan Digi. Berdasarkan kepada statistik Malaysia, kita akan ambil nilai yang paling kecil iaitu 376kbps (47 KB/saat).



3. Tukarkan kepada unit yang sama



Untuk mengira masa yang diperlukan memuat turun kandungan laman, penukaran unit perlu dilakukan kepada satu unit yang sama. Iaitu sama ada berdasarkan kepada kbps atau KB/saat. Untuk pengiraan menerusi kbps, kita perlu tukarkan unit untuk junlah saiz fail kepada unit yang sama iaitu:



1 bytes = 8 bits
1 KB = 1024 bytes
238 KB = 238 x 1024 x 8 = 1,949,696 bits



Kelajuan internet telah ditentukan iaitu 375 kbps = 384,000 bps. Oleh itu masa yang diperlukan untuk memuat turun adalah:



1,949,696 / 384,000 = 5.07 saat



Jika kita gunakan unit KB/saat, pengiraan lebih mudah boleh dilakukan. Iaitu: 238 KB / 47 KB/saat = 5.06 saat. Antara kedua-dua ini, pengiraan menggunakan unit bits adalah lebih jitu.



4. Tambahan masa untuk satu-satu permintaan



Seterusnya kita perlu menambah masa yang diperlukan untuk melakukan satu-satu permintaan. Ini bergantung kepada lokasi permintaan dan kekuatan pelayan pengehosan web. Dalam kes ini, kebiasaan pengehosan web mampu untuk memproses setiap permintaan dalam tempoh kurang dari 1 -2 saat. Sekiranya lebih, anda mungkin perlu mendapatkan pelayan yang lebih bertenaga.



Selain itu faktor utama adalah lokasi jarak pengehosan web dan permintaan. Sekiranya laman web dihoskan di Malaysia dan permintaan dilakukan di Singapura, masa permintaan dilakukan adalah sekitar 0.5 - 1 saat, Eropah adalah sekitar 1.5 - 2 saat dan Malaysia 0.2 - 0.5 saat.



Oleh itu, jika seseorang membuka laman web Kripkorn Studios dari Sabah, secara kasarnya tempoh masa yang diperuntukkan untuk membuka lengkap adalah:



5.07 + 1.5 (proses di pelayan) + 0.3 (jarak lokasi) = 6.87 saat.



Pengiraan ini adalah secara teori dan untuk mengetahui masa sebenar, anda perlu lakukannya secara manual atau menerusi perkhidmatan laman web http://www.webpagetest.org/.

Penilaian: 
No votes yet