Pengenalan



Susulan dari artikel Membuat server PHP sendiri dengan WAMP, saya terpanggil untuk berkongsi maklumat mengenai tajuk yang sama iaitu membina server yang menyokong PHP di atas platform Windows. Untuk tutorial ini, saya akan berkongsi cara memasang dan menetapkan server Apache, PHP dan MySQL tanpa menggunakan pakej software seperti WAMP atau XAMPP. Software-software ini dibina bagi memudahkan pengguna memasang server Apache, PHP dan MySQL (Xampp juga didatangkan bersama Perl) tanpa perlu mengubah banyak tetapan.



Tutorial ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:



  1. pemasangan MySQL (rujuk artikel: Memasang dan menetapkan server PHP secara manual (Bahagian 1))

  2. PHP (rujuk artikel: Memasang dan menetapkan server PHP secara manual (Bahagian 2)), dan

  3. Apache (rujuk artikel: Memasang dan menetapkan server PHP secara manual (Bahagian 3)).


Persediaan



Software yang digunakan dalam tutorial ini adalah seperti berikut:



  1. apache_2.2.11-win32-x86-openssl-0.9.8i.msi

  2. mysql-essential-5.1.35-win32.msi

  3. php-5.2.10-Win32.zip


Pemasangan MySQL



  1. Klik fail mysql-essential-5.1.35-win32.msi yang telah dimuat turun untuk memulakan proses pemasangan dan klik Next pada paparan utama.
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

  2. Pada paparan Setup Type, pilih Typical kemudian ikuti arahan sehinggan pemasangan berjaya, kemudian klik Finish.
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

  3. Satu paparan untuk mengubah tetapan MySQL akan dipaparkan. Klik Next.

  4. Pada paparan MySQL Server Instance Configuration Wizard, pilih Detailed Configuration, kemudian klik Next.
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

  5. Pada paparan berikutnya, pilih jenis server pilihan anda. Dalam contoh ini, saya memilih Developer Machine yang melibatkan penggunaan memori yang rendah dan sesuai untk kerja-kerja pembangunan dan pengujian aplikasi sahaja. Klik Next untuk ke paparan seterusnya.
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

  6. Pada paparan ini, pilih Multifunctional Database kemudian klik Next.
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

  7. Klik Next pada paparan InnoDB Tablespace Settings ini.
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

  8. Pada paparan ini, jika anda menggunakan pelayan pangkalan data MySQL ini untuk tujuan pembangunan aplikasi dan pengujian sahaja, pilih pilihan pertama, Decision Support (DSS)/OLAP kemudian klik Next. Klik Next untuk paparan berikutnya sehingga ke paparan untuk mengubah tetapan keselamatan server MySQL.
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

  9. Pada paparan ini, masukkan kata laluan yang anda inginkan. Kata laluan ini akan digunakan untuk mengakses server MySQL anda sebagai root . Klik Next untuk ke paparan berikutnya.
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

  10. Klik Execute untuk memulakan proses pengubahsuaian berdasarkan tetapan yang telah anda masukkan sebelum ini.
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

  11. Jika tiada masalah pada tetapan anda, satu paparan menunjukkan proses pengubahsuaian telah berjaya akan dikeluarkan. Klik Finish.
    Only local images are allowed.


Menguji server MySQL



  1. Klik Start >> All Programs >> MySQL >> MySQL Server 5.1 >> MySQL Command Line Client
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

  2. Masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan sebelum ini dan tekan Enter
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

  3. Jika tiada masalah, anda akan mendapat paparan seperti berikut. Ini menandakan proses pemasangan server MySQL telah berjaya dan tiada masalah pada sambungan ke server MySQL. 
    http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx
Penilaian: 
Your rating: None Average: 5 (1 vote)