Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam pembangunan laman web, beberapa konsep perlu difahami sebelum menggunakan pelbagai sistem pengurusan kandungan. Ini bagi membolehkan tiada keraguan atau persoalan yang akan mengelirukan lagi tahap kefahaman untuk pengguna baru.



Bagi yang berminat untuk membangunkan laman web secara percuma, boleh mendaftarkan diri di salah satu laman yang menyediakan perkhidmatan tersebut berdasarkan kepada jenis sistem CMS yang digunakan:



Pengertian dan maksud "Localhost"



Secara ringkas dan mudahnya, localhost dalam konteks pembangunan laman web adalah komputer yang sama dijadikan untuk pelayan dan pengguna. Bermaksud kita bekerja pada komputer yang sama. Localhost akan membina satu "loopback" pada komputer yang sama dengan sambungan kepada IP yang paling atas (top-level domain) iaitu 127.0.0.1.



Ramai yang beranggapan dengan memasang klien atau pelayan localhost ini pada komputer sendiri terus membolehkan semua orang mengakses laman web yang dibina. Konsep ini sebenarnya masih belum jelas. Kita perlu memahami dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan localhost dan alamat IP (Apa itu alamat IP (IP address)) terlebih dahulu.



Konsep localhost, LAN dan internet



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Localhost



Berdasarkan kepada rajah di atas, localhost melibatkan sambungan antara dua bahagian iaitu klien (sama ada XAMPP, WAMP atau LAMP) dan komputer pengguna itu sendiri. Sambungan dilakukan pada alamat IP 127.0.0.1. Anda menjadikan komputer anda sebagai pelayan (server) dan juga komputer untuk memaparkan laman web pada masa yang sama.



Pada waktu ini, tiada sebarang alamat IP dikhususkan pada komputer yang menempatkan klien dan laman web anda. Tetapi apabila komputer anda disambungkan kepada satu rangkaian yang selalu dikatakan iaitu LAN (Local Area Network), router dalam rangkaian akan memberikan satu IP bagi membezakan komputer-komputer yang terdapat dalam satu rangkaian.



LAN



Apabila satu-satu komputer memasuki satu rangkaian kawasan setempat, (LAN) ia membenarkan untuk ke semua komputer yang berada dalam rangkaian sama berinteraksi dan berhubung. Dengan erti kata lain, laman web yang dibina pada localhost di komputer 192.168.1.1 boleh dilihat dan diakses oleh pengguna lain yang menggunakan komputer pada IP 192.168.1.3 dengan menaip alamat IP komputer tadi pada web browser.



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Internet/WLAN



Apabila melibatkan sambungan atau akses daripada jaringan yang lebih besar seperti internet dan WLAN, pengguna tersebut perlu menentukan alamat IP yang diberikan oleh pihak ISP (Streamyx, Celcom, Digi atau Maxis) menerusi arahan "ipconfig" atau di laman web https://www.whatismyip.com.



http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx



Oleh itu, sekiranya saya (202.167.29.21) ingin mengakses komputer yang sama menerusi internet, saya perlu menaip alamat IP 202.35.26.133 yang juga dikenali sebagai "public IP" atau IP umum. IP ini diberikan oleh pihak ISP. Konsep ini perlu anda faham sekiranya ingin melakukan pengehosan persendirian pada komputer peribadi.



Namun begitu, disebabkan alamat IP yang diberikan oleh pihak ISP selalu berubah-ubah (dynamic IP) setiap kali sambungan dilakukan, adalah disarankan untuk mendapatkan IP statik daripada ISP. Atau untuk lebih mudah dengan melanggan pengehosan web daripada mana-mana syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut secara berbayar.

Penilaian: 
2
Your rating: None Average: 2 (1 vote)