Sebelum anda bersedia untuk menghubungkan laman dengan dunia internet, ianya amat penting untuk memahami perkara asas mengenai pengehosan web (web hosting) dan apa yang tersedia di luar sana. Bagi yang pertama kali memasuki dunia internet, beberapa terma-terma yang mungkin jarang anda dengari akan dapat difahami.

Berikut adalah jenis-jenis penghosan web yang boleh didapati:

Pengehosan web percuma (Free webhosting)

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolxBermakna ianya adalah percuma untuk digunakan oleh sesiapa. Sangat sesuai bagi pengguna yang beru menjinakkan diri dalam dunia pembangunan laman web dan sesuai bagi pelantar laman web persendirian. Tetapi fungsi dan kelebihan dihadkan kepada satu tahap dan tertakluk kepada polisi dan tatacara penggunaan.

 

Perkongsian atau Maya (Shared or Virtual Web Hosting)

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolxKedua-duanya adalah sama, hanya nama sahaja berlainan. Ia jenis penghosan web menempatkan beberapa laman (lebih dari satu) dengan pengehosan yang berlainan dalam satu pelayan. Bilangan pengehosan dalam pelayan tersebut boleh mencapai ratusan mahupun ribuan. Ianya digunakan hampir 90% daripada pembangunan laman web memandangkan harga yang lebih murah.

 

Pengehosan Jual Semula (Reseller Web Hosting)

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolxPengehosan jual semula seolah-olah memiliki syarikat perkhidmatan pengehosan kecil-kecilan. Melalui jenis hos ini membolehkan anda menghasilkan beberapa akaun kecil di dalamnya dan diberikan sama ada percuma atau menjualkannya kembali untuk keuntungan. Empunya hos mampu untuk mengawal ke semua kandungan dan akaun yang ditempatkan, semuanya di bawah satu pelayan.

 

Pengehosan khusus (Dedicated Web Hosting)

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolxIa adalah bapa kepada semua jenis pengehosan. Kebiasaanya plan penghosan ini hanya digunakan oleh laman-laman yang bertaraf tinggi dan besar. Ianya dipanggil sebagai hos khusus kerana satu pelayan hanya menempatkan satu laman atau dalam erti kata lain, anda memiliki sepenuhnya pelayan tersebut. Plan ini membantu laman yang mempunyai trafik yang tinggi, keperluan ruangan storan yang besar dan lain-lain perkhidmatan yang dikhususkan khas kepada laman tersebut. Pihak syarikat perkhidmatan hanya terlibat dalam membantu, menyelenggara peralatan dan menyediakan penyambungan. Selebihnya di kawal oleh anda sendiri tetapi bukan bermaksud anda memiliki pelayan tersebut.

Terdapat dua jenis pengehosan khusus: diselenggara dan tidak diselenggara. Tidak diselenggara memberikan harga sewaan yang lebih murah tetapi anda bertanggungjawab untuk menyediakan dan menetapkan sendiri pelayan tersebut.

 

Web hos maya khusus (Virtual Dedicated Web Hosting, VPS)

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolxPerkataan VPS mungkin sering kali anda lihat dan baca namun mungkin agak kurang mengetahuinya. Jenis plan ini memberikan pemilik merasai kelebihan pelayan seolah-olah seperti pengehosan khusus (dedicated). Secara realitinya, dalam pelayan tersebut menempat beberapa pemilik yang lain tetapi diasingkan secara pembahagi (partition). Maknanya anda boleh mengawal tetapan untuk memenuhi ciri keperluan laman web tanpa menganggu pemilik lain (berbeza dengan penghosan perkongsian).

 

Kolokasi pengehosan web (Collocation Web Hosting)

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolxIanya hampir menyamai dengan pengehosan khusus (dedicated) dan pemilik memiliki sepenuhnya pelayan tersebut. Pihak syarikat hanya menyediakan ruangan untuk menempatkan pelayan, sokongan sumber elektrik dan sambungan internet. Ternyata plan ini adalah paling mahal sebaliknya bagi bisnes orientasi, pembinaan penempatan pelayan sendiri lebih memakan kos di samping plan ini memberikan tahap keselamatan yang lebih tinggi.

 

Pengehosan web berkelompok (Clustered Web Hosting)

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolxPlan ini mempunyai taburan atau kelompok sambungan pelayan kepada beberapa pelayan lain dari satu tempat ke tempat lain. Seandainya salah satu pelayan mengalami kegagalan, sistem akan memindahkan dan mengaktifkan secara automatis laman anda ke pelayan yang lain agar perkhidmatan web diteruskan tanpa perlu berhenti. Laman-laman yang maju menggunakan plan ini bagi mengatasi masalah gangguan pelayan (server downtime).

 

Pengehosan sendiri (Home hosting)

Tiada yang perlu dihuraikan, anda mengehoskan sendiri pelayan anda. Kebanyakan pemilik mengubah suai komputer peribadi untuk menjalankan proses seperti pelayan. Seterusnya disambungkan kepada talian jalur lebar.

Ini adalah antara jenis-jenis pengehosan web yang boleh didapati. Kini anda tidak lagi seperti katak dibawah tempurung dengan jenis perkhidmatan yang disediakan diluar sana.

Penilaian: 
4
Your rating: None Average: 3.7 (3 votes)

Komen

ariif97's picture

Info yang bagus, boleh tanya something x? kripkorn gne shared hosting ke dedicated server? laju semacam je..website aq nk loading pun lmbat..

parasolx's picture
Admin

kami guna shared hosting jer tapi yang jenis premium. cume pihak kami telah optimize drupal ke tahap yang paling optimum utk semua aspek. sememangnya aspek kelajuan tuh paling utama dalam pembangunan laman web.

kita tak perlu menekankan kepada spesifikasi server yang tinggi. pemilihan sistem, modifikasi dan pengoptimuman adalah yg lebih penting.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

ariif97's picture

Oh macam tuu ke terima kasih